Subscribe News Feed Subscribe Comments

môr'fō-jěn'ĭ-sĭs

morphogenesis: mor·pho·gen·e·sis (môr'fō-jěn'ĭ-sĭs)

n.
Differentiation of cells and tissues in the early embryo which results in establishing the form and structure of the various organs and parts of the body.


Scar Symmetry - Morphogenesis

Scar Symmetry, adalah diantara new age metal band yang hebat!

ps: Oppsss...ader orang bingit kena dengar birthday song repeatedly. Sementera aku carik idea untuk mengupdate blog nie, enjoy ler lagu selingan nie...hehehe..
Soul: Morphogenesis (Scar Symmetry)

Happy, Happy Birthday


Selamat menyambut harijadi untuk Nisha yang ke dot..dot..dot..

Semoga usia anda diberkati dan sentiasa ceria bunga selalu =)

@}-----

Baju itu sungguh cantik...


Jersey terbaru untuk pasukan Liverpool FC pada musim akan datang. Aku rasa, design nyer lebih simple, kemas dan berseri. Lagi berseri kalo aku yg memakainyer...heh!


ps: Aku rasa baju nie akan menjadi baju rasmi aku utk Hari Raya nanti. Bole gitu? :P


Soul: You'll Never Walk Alone (Gerry & The Pacemaker)

Macam baju Power Rangers siaa...Hahaha!

Korang tengok baju Power Rangers nih...


Manchester United new kit for season 09/10




Sama takk?? Hahahahaha....


ps: Hahahahaa....Hobit siakkk! *ketawa tergolek-golek*




Soul: Mystic Force (Power Rangers)

Gone Too Soon - Goodbye, Michael Jackson

29 Aug 1958 ~ 26 June 2009


Bangun tidor pagi tadi, aku terbaca Tweeter updates from CNN. Michael Jackson dah mati.

Aku sangkakan nie sumer hoax jer. So, aku buat bodoh suahh. Aku pon bukak fB. Makkooo! berlambak siakk update pasal Michael Jackson mati. Aku tgk ramai jugak yg dah update blog pasal nie....

Yang terawal update blog pagi-pagi buta sebelom subuh is Arshanti. Aku rasa either dia tinggal kat sebelah umah Michael Jackson or dia kejer kat CNN. Tu pasal dia dpt info lebih cepat dari sumer orang.

Saper tak kenal Michael Jackson - Mamat kulit itam tetiba jadi putih nie. So tak hairan ler kalo memana aku pegi tadi, heboh pasal kematian ikon lagenda superstar nie.

Ketika aku kecik2 dulu, aku membesar dgn lagu2 Beat It dan Billie Jean. Siap hafal lirik lagik. Time skola, aku dan kawan2 aku yg lain akan ke kedai apek kat blakang skola, beli kaset cetak rompak Michael Jackson berharga $2 jer.

Kiter beli pasal nak copy lirik lagu Michael Jackson lah. Dulu mana ader internet nak carik lirik lagu. Aku dgn si Hafiz dan Annish. Kiter bertiga nie mmg kemarok dgn Michael Jackson time tuu. Hari2 kiter dok nyanyi lagu MJ. Siap buat dance step lagikk...woooohooo...! Masa tu kami baru darjah 3.

Ader sekali tu aku bukak lagu Billie Jean kat radio. Biler dgr lagu tu, apalagi ler, musti nak berjoget sakan. Aku pon tunjuk ler skill 'moonwalk' aku. Kebetulan bapak aku tgh pakai tepon kat sebelah.

Bila dia nampak aku buat 'moonwalk', terus dia ngamok. Dia masok bilik amik rotan! Apelagi ler, kena belasah terok tak terhingga lah aku time tuu...huhu


Inilah gaya joget Michael Jackson yg aku tiru dulu...


Begitu hebatnyer pengaruh Michael Jackson ketika zaman kanak2 aku. Semoga rohnya tenang disana. Selamat tinggal, Mikaeel Jackson ='(


ps: Korang caya tak aku masih bole lagi buat 'moonwalk' sekarang?..hahahaha =D



Soul: Gone Too Soon (Michael Jackson)


Monsters Vs Aliens


Jgn salah anggapan bahawa citer nie hanya utk kanak2 ribena jekk. Actually, citer nie bagus ditonton utk kanak2 besar dan kanak2 tua mcm aku. Masa dlm cinema tu, yg tgk pon ramai yg dah tua bangka nak mampos.

Mengisahkan seorang gadis jelita yg bernama Susan, tetiba menjadi seorang gergasi yg jamboo setelah dihempap meteorite dari outer space time dia nak kawin.

Dari situ ler bermula kisah dia terjumpa kawan2 monster dia dan mereka ditugas kan utk melawan satu mahluk alien kepala besar, mempuyai 4 mata dan 8 kaki mcm sotong!

Walopon ianya sebuah citer animasi mepek dan sesuai utk kanak2, tetapi message yg diterapkan banyak pengajaran utk orang-orang dewasa.

Ianya merangkumi tentang kesetiaan cinta, semangat setia-kawan, teamwork, never say die attitude dan mcm-mcm lagi ler. Selain tu, bnyk adegan lawak jugak ahh..

Seronok ler tgk citer nie...aku syor kan korang gie tengok citer nie. Lepakssss lerr!!!

Aku kasi 11 out of 10!


ps: Sebenarnya post nie dah outdated. Aku lupa nak publish last week..huhu! :p




Soul: Wolly Bully (Sam The Sham & The Pharaos)

Beralunan Semalam

huhu...lengit ahh semalam.

Aku tgh siapkan project lagu kedua utk song competition, Alunan Kasih 2.


Nie pon last minute jugak. Fangface beritahu final date of submission is on the 30th June 2009. Mana siakk sempat karang lagu..idea pon tgh takde nie. Lagipon this few months aku mmg bz giler dgn hal-hal kejer.

Aku pon kol ler adik aku kat johor tanyer dia kalo nak sumbang kan lagu utk kiter yg ketandusan ilham nie. Lagi pon Fangface gie holiday seminggu tu ari. So, aku cuma ader seminggu ajer utk cari lagu for this song competition.

Nasib aku baik ler adik aku mmg ader simpan banyak lagu2 yg dia karang dulu. So, aku pon buat muka sardin dan kecek ler dia satu lagu nie. Aku rasa lagu nie sesuai utk dipertandingkan. Last Saturday, aku paksa adik aku nyanyikan balik lagu tu. Hahahah...sampai cramped jari dia petik guitar! Hmmm...aku suka melody unplugged dia. Cuma lirik nak tambah 2 verses lagi ahh kasi panjang sikit...

Monday lepas, aku pass demo kat Fangface. Dgn lincah dia rearrange balik music score. Dlm masa 24jam dah siap. So, semalam aku sibuk buat balik lirik lagu tu. Pastu aku buat voice recording dgn minus one yg Fangface kasi tempoh hari.

Actually, lagu nie perit jugak ler nak nyanyi pasal high pitch banyak sangat. But nie cuma rough cut jer. Nak kena adjust the song length lagi...perrghhh.

ps: Ayu & Anis, hehe...we might want to use one of ur songs in future too. but for now, it'll be this one. =)



Soul: Thank You For The Music (ABBA)

Holding On




My world is closing in I'm so alone
The door is locked and nobody's home
Desire is the key that I must own
Emotions get me losing control
I'm losing control

But I know
It's the way that I must live
Even though
It's so unclear, so unfair
God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

I'm wishing I was somebody else
This world left me all by myself
Now why do they keep playing with my mind
Trying to break me down trying to make me blind
But I see

Cuz I know
It's the way that I must live
Even though
It's so unclear, so unfair
God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

I never let my fears conquer me
Cuz I know in my heart what I can be
Holding on

Aku amik nie dari Bro Halim nyer facebook. Aku mintak izin nak letak kat blog aku.
Bro Halim kater bole, but actually nie bukan tulisan dia. Nie lirik lagu Taufik Batisah...huahuahua
Aku pon tak tahu lak. Tapi lirik dia sungguh meaningful sekali...

ps: Bila aku baca title lagu nie, teringat lagu 'Hold On' dari Mari Hamada. Tetiba terkenangkan kembali ol' sweet memories, ketika aku baru berkenalan dgn seseorang sewaktu remaja dahulu...



Soul: Hold On (One More Time) - Mari Hamada

In Loving Memory...

"You will always on my mind..."


Everyday...I wish to see you in my dreams...
Everyday...I wish you are still here with all of us...

I remember the places that we went...
I remember the days you walked me to school, holding my hand...

I miss the days we prayed together as a family...
All your cheerful smiles and we laughed at your witty jokes...

I will always remember our last moments together...Till eternity...

If only I could hold your hands and touch your face for one more time...


Happy Father's Day, Abah... ='(

Al-Fatehah.


ps: You will always on my mind...


Soul: You will always on my mind (Willie Nelson)


Kisah Seorang Romeo


Psst..aku ader citer nak story kat korang. Nak dgr tak?

Since aku tgh boring tak tahu aper nak blog, aku teringat ler kisah kawan aku nie dulu...

Aku kenal dia nie dah lama. Kira-kira lebih 10 tahun dulu ahh. Dia nie memang seorang jejaka yg hensem, macho, cantik lagi rupawan....

Ramai pompan2, gadis2 yg tergedik2 dgn dia nie. Infact, bini org, mak org, pon ader yg suka sangat dgn dia. Maklom ler dia nie hensem giler...!

Oleh kerana dia ramai peminat wanita, kiter pon gelar kan dia Mat Romeo.

Kira tiap-tiap minggu, Mat Romeo nie selalu kiter nampak kluar berdating dgn wanita2 yg berlainan. Cantik-cantik lak tuu. Ader yg mcm model, mcm artis, mcm bidadari...bla..blaa...blaa.. Kira bertuah betol ler nasib Mat Romeo tu.

Kawan2 kami yg lain pon terasa iri hati dan kadang kala terdengki jugak dgn Mat Romeo nie. Apa ketidaknya, kita nak cari satu awek pon susah. Sedang kan Mat Romeo nie boleh dpt 4-5 awek sekali gus!..huhu...bayangkan betapa hensem gilernyer kawan aku tu.

So, satu hari tu, aku berkesempatan dok bobal dgn dia. Aku pon eksyen ler bertanyerkan susuk aper dia pakai??

"Issh...kao nie pon. Walopon aku nie bukan ler baik sangat, tapi aku tahu pakai susuk tu syirik. Dosa kalo kiter mendua kan Tuhan!" Mat Romeo templak aku balik.

Terasa teramat ler malu diri aku ketika itu kerana telah memburuk sangkakan si Mat Romeo selama ini.

"Abes tu, aku heran ler kenapa kao nie mcm senang jer pikat pompan. Adakala nyer pompan2 tu yg berlari terkejar-kejar kat kao...heheh!" aku pon tanyer dgn hati yg begitu curious.

"Sebenarnya ilmu 'buaya darat' nie senang nak dipelajari. Tapi, tak sumer org bole lakukan nya." jelas Mat Romeo lagi. Terngah-ngah kejap ler aku time tu.

"Nak jadi 'buaya darat' pon nak belajar ilmu ke?" aku tanyer kehairanan.

"Ader. Semua perkara yg nak kiter lakukan di dunia nie harus berpandukan pada ilmu. Termasok ler jugak ilmu memikat pompan ..ehehehe!" Mat Romeo kenyit2 mata kat aku.

"Walopon aku nie 'buaya darat', tapi kan ader 2 perkara aku tak buat. " sambung dia lagi.

"Pertama, jgn sekali-kali kacau bini orang. Kedua, jgn rampas tunangan org. Tu bukan hak milik kiter. Tu hak orang lain. Dosa kalo kiter meruntuhkan masjid. Itu jer aku nak pesan kat kao! Itu lah pantang larang kalo nak jadi 'buaya darat'. Bukan sumer bangkai kiter bole makan," Mat Romeo berkata dgn nada serious.

Fuhhh..aku terus tabik spring ahh kat dia nie. Walopon dia ngaku dia tu 'buaya darat', tapi dia masih kenal mana batasan.

Sejak dari tu, aku takde perasan dengki kat dia lagi. Baru aku tahu betapa gentleman dia nie. Patut ler ramai pompan yg terpikat kat dia.

Setelah berapa tahun lamanya aku tak dgr berita, aku mendapat tahu, Mat Romeo tu dah pon mendirikan rumahtangga yg bahagia. Kini dia dah pencen jadi Mat Romeo. Dia sekarang seorang suami dan seorang bapa yg mithali.

Aper yg aku pelajari dari Mat Romeo nie ialah, jgn sesekali kiter kacao hak orang lain. Banyak lagi pilihan untuk kiter diluar sana. Jika ianya bukan tertulis utk kiter, maka ianya bukan hak kiter. Part nie aku respect betol dgn Mat Romeo.

ps: Mat Romeo kasi aku satu doa utk dibaca ketika melihat wajah kiter dicermin. Kalo di amalkan selalu, org akan nampak wajah kiter manis dan berseri-seri....mcm lagu Seri Hari Raya! =)



Soul: By The Way (Hinder)

Andai Ku Miliki Semalam...

"Setiap cinta memerlukan seribu pengorbanan. Setiap pengorbanan tidak selalunya berakhir dengan kemanisan.." - ZueRainey



Aku suka betol dengan lirik lagu nie. Setiap kata yang tertulis itu membayangkan ketulusan erti sebuah cinta. Kalo aku tulis surat kat awek pakai senikata nie, confirm awek tu meratap hiba menangis tergolek-golek!

Andai Ku Miliki Semalam

Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus ku tanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun ku miliki esok
Takkan ku menolak ketentuan...


Semasa aku menghayati lagu nie tadi, aku pon skodeng ler internet. Sekali aku terjumpa satu kisah cinta yang terjadi pada seseorang tu berdasarkan pada lagu ini. Sedih jugak aku baca ceritanya.

Nahh...aku share kat korang. ---> Click sini.


ps : Next time, kalo gie karaoke lagi, aku nak nyanyi lagu nie ahh...sedih.

Lawak bodoh hari ini...

Makcik yang nak terkencing dalam bas



Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil.

'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency.

'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir.

'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun naik angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit.

'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!! baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.

'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.

'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'

Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.

'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat ni.

Wahahaaakakakakakaa.... (errr...korang paham tak??)


ps: Makcik, lain kali trim lerr sikit 'misai' tuu...ishh! =D


Soul: Toilet Song (Batrider)

I nak kahwin dgn you. Tapi you ader AIDS tak??


Sunday morning seperti biasa, kalo cuaca cerah, aku akan bangun awal dan kluar gie cari sarapan.

Sambil dok menunggu roti bakar dan teh susu panas kat kedai kopi, aku pon membelek-belek sotkabar pagi minggu tu. Ader ler satu artikel nie captured my attention.

Patutkah uji HIV sebelum nikah?
Berita Minggu, 14 Jun 2009. Pg 9
Kelolaan - Dr Jazlan Joosoph


Quote:

"Ramai yang tidak setuju atau kurang memberi sokongan kepada saranan mewajibkan ujian HIV ke atas pasangan sebelum berkahwin."

"Bayangkan sepasang bakal mempelai yang sudah lama bercinta dan sudah membuat keputusan untuk membina mahligai, tiba-tiba terpaksa membuat penilaian semula terhadap hubungan cinta mereka kerana salah seorang dikesan mepunyai jangkitan HIV..."

End quote.

Hmmm....kalo 10-20 tahun dulu, kiter tak pikir pon pasal HIV testing nie time nak kahwin. Tapi sekarang mcm dah jadi satu kemestian pulak. Apasal eh??

Few years back, Malaysia juga mengumumkan perkara yg sama sebelom pasangan bernikah. Para pasangan harus menjalani pemeriksaan HIV sebelom bole mendirikan rumahtangga. Aper yg masih aku ingat, ramai yg kurang bersetuju dgn tindakan tersebut kerana ianya seperti mengaibkan pasangan masing-masing.

Yelah, dah syok2 bercinta pastu tak bole kahwin, pasal salah sorang kena jangkit penyakit HIV-AIDS. Tak ke haru dibuatnyer? Ramai pertikaikan tindakan tersebut. Ramai tak nak amik ujian kerana takot aper yg tak diingini berlaku.

Kini, Singapura juga mengambil tindakan serupa. Musti ader sesuatu sebab mengapa ianya dilakukan.

Kuman HIV ini boleh dijangkiti melalui beberapa perkara dan the top 3 are:

1. Blood transfusion
2. Jarum suntikan dadah
3. Seks rambang

Kalo dikaji dari statistic, kes penyalahan penggunaan dadah di Singapura telah berkurangan dan terkawal lelebih lagi dikalangan masyarakat melayu setempat.

Jarang sekali kiter mendengar orang kena jangkit HIV melalui pemindahan darah kerana pihak hospital disini mengamalkan prosedure yg begitu ketat bagi menjamin setiap darah yg didermakan itu bersih dari kuman HIV.

So, aku merumuskan peningkatan pesakit AIDS terdiri dari mereka yg suka melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan.

Apasal mulot aku celupah sangat cakap mcm tu eh?

Jangan banyak colok ahh...Bukak jer mata besar-besar dan lihat ajer aper dah terjadi disekeliling kiter nie. Kegiatan seks bersepah depan-depan mata aku. Mcm takde benda gitu. Sama ader kao nak buat OR tak nak buat jer.

So kini, punca meningkatnya kegiatan seks bersepah menjadi puncanya naik statistic AIDS di Singapura.

So adakah aku bersetuju jika pasangan yg bakal mendirikan rumahtangga harus menjalani pemeriksaan HIV?

Pada mula nya aku tak setuju. Malu weiii...!! Kena gie clinic, amik contoh darah, pastu tunggu result sama ader positif atau tidak. Takut kan??

Tapi sekarang, aku dah mula berubah fikiran setelah mata aku telah dibuka dgn kebebasan seks rambang pada masa kini.

Fuhhhh....takot siakk!

Kiter tak tahu sama ader pasangan kiter dah beberapa kali buat seks sebelom nie. Dgn siapa partner dia pon kiter tak tahu. Tak kan dia nak bilang kiter kan?? Baik yg si lelaki ataupon si pompan. Dua2 terpaksa tutop keaiban masing-masing. So rahsia menjadi lebih rahsia ler.

Walopon pasangan tu bersumpah utk tidak ader rahsia diantara mereka, tapi rahsia benda2 mcm nie tak kan nak bilang kan? heheheee....(Betol tak?? Tepok dada tanyer diri sendiri ahh...)

Abes ler bakal mentua sumer dpt tahu. Malu kaum keluarga kiter nanti.

Kejujuran pon ader tahapnya. Sebelom kahwin, dia cakap " I'll accept you and all about your past." Sekali dah kena AIDS, dia cakap, "I am in this state because of your past! Why didn't you tell me, bitch / bastard!"

By that time, dah terlambat ler...

So aku setuju sangat-sangat ujian ini harus dilakukan. Kekadang susah jugak nak caya dgn pasangan kiter. Jika kau jujur, buktikan lah ujian HIV mu negative...teehehehee!

Kalo kiter tak buat salah, kiter tak perlu rasa takot dan malu. Kalo kiter sayangi pasangan kiter, harungi ler cabaran ini dgn berani dan buktikan lah setiaan dan kejujuran kiter demi kebahgiaan bersama.


ps: Bukti cinta pada masa dulu - Aku sanggup telan bara api. Bukti cinta masa sekarang - Aku sanggup jalani ujian HIV...wahahaaakakaka... (Korang jgn nak ketawa. Benda nie SERIOUS OK!)





Soul: Be My Baby (Vanessa Paradis)

Thanks for the compliment!


I wish to express my heartiest thanks to Sharina for the all the kind words.

Each of your word is a great encouragement for me.

I do hope Sepuloh Tin Sardin will never fail to entertain you and everyone else!


I thank you. =)



ps: Post nie sepatutnya di publish last week. Tetapi oleh sebab2 yg tak dpt aku elak, baru ler hari nie aku tersempat publish...

Soul: I will remember you. (Ryan Cabrera)



WHO declares H1N1 flu pandemic


A bear, a lion and a pig meet.

Bear says: "if I roar in the forest, the entire forest is shivering with fear."

Lion says: "if I roar in the jungle, the entire jungle is afraid of me."

Pig says: "big deal.... I only have to cough, and the entire planet
lives in fear.

1st flu pandemic in 40 years declared - CNA

Aku baru balik dari melepak makan sop tulang dgn members kat Beach Road tadi.

Lepas mandi, aku pon rilex kat living hall. Dgn laptop kat coffee table, teh panas kat tepi dan sebatang rokok, aku pon surf internet sambil tgk TV.

Perrgghh...Singapore hit 21 cases for H1N1??? WTF!

ChannelnewsAsia
STOCKHOLM: The World Health Organisation declared a H1N1 flu pandemic on Thursday, raising its alert to the maximum level six, the Swedish government said.

Swedish Health Minister Maria Larsson was to hold a press conference later on Thursday following "the WHO's decision to raise the pandemic level to six for the influenza A(H1N1)", the government said in a statement.

A total of 74 countries are now affected by the virus.

Read more.

Share aku tak naik, H1N1 lakk yang naik mendadak! Kekadang aku pon tertanya, apasal bole jadi mcm nie? Adakah, keadaan cuaca dunia yg kian buruk penyebab punca segala penyakit yg timbul?

Apa yg aku dapat tahu, wabak H1N1 ini berpunca dari kesilapan manusia. Itu lah yg kenyataan yg telah dikeluarkan oleh PM Mexico tempoh hari sewaktu wabak ini mula dikesan. Tapi yg heran nyer, WHO menafikan kenyataan tersebut.

But on the brighter side, the flu is rather mild, not a serious one as first expected. Tapi alert level dah naik sampai tahap 6?!

Greenbacks growing weaker and oil price is climbing rapidly in the next 4 weeks. Signs of economy recovering masih blom nampak.

With this pandemic, will it add more distress to the already battered economy?

Sekarang dah bulan 6. Future bleaks. Tak bole ramal apa2 pon. Kena tunggu 3rd quarter of the year.

Kepada low risk takers, advisable not to commit heavy investments. Keadaan masih lagi muram...

Take heed.
ps: Tadi petang aku submit song competiton entry kat Compass. =)

Mari masak Kari Sardin

Tgh hari tadi kat opis, aku beremail-emailan dgn Rubiah. Topik kiter bualkan ialah pasal sardin.

Yelerr...aku nie memang hantu sardin. Pasal dari kecik mak aku asyik melantak aku makan sardin jekk.. XD

Sebenornya, kalo kiter pandai gayakan masakan, mcm2 aneka lauk kiter bole masak dgn menggunakan 1 tin sardin.

Selain roti sardin, epok2 sardin, kiter juga bole masak sambal tumis sardin, asam pedas sardin, sardin masak kicap, mee sardin, pizza sardin dan ader apa2 ntah lagii lerr..


So, hari nie, aku nak kongsi resepi Kari Sardin.

Bahan2 yang diperlukan:

1 biji bawang besau
4-5 biji bawang putih
1cm halia (tau tak halia tu aper? Bukan kunyit tau!)
1-2 tangkai daun kari (Mesti ler pakai daun kari...takkan daun pandan?!)
1 kotak santan (err...aku selalu beli santan kotak jer. Kat sini susah cari kelapa!)
2-3 biji tomato
2-3 biji kentang
Garam
Ajinomoto
Secekop biji sawi (Biji kecik2 kaler hitam tuu)
2 sudu serbuk rempah kari ikan

Cara2 siapkan bahan2 utk dimasak

Bawang besar dihiris-hiris.
Bawang putih & halia ditumbuk atau blender.
tomato & kentang dipotong dua

Cara2 memasaknyer

Tumis bahan2 dulu...

Bawang, daun kari, biji sawi di tumis hingga bawang layu. Daun kari tu tolong buang tangkai nyer dulu ehh. Pastu secekop biji sawi jer. Agak2 ajer lerr. Takyah banyak2. Terselit kat gigi kang...hahaha!

Masuk kan bahan2 yang telah ditumbuk atau diblender tadi (bawang putih & halia).

Tumis kan lagi sehingga ler garingggg...

Masuk kan 2 sudu serbuk kari ikan dan continue tumis lagi. Sambil tumis tu jaga sikit api. Check gas masak cukop tak. Karang tgh masak, sekali gas lak abes...huhu...

Agak2 berapa minit kemudian, tuang santan dan biarkan ler ianya mendidih kejap.

Kopak satu tin sardin. Sedut bau aroma sardin tuu dulu...perrghhhh tangkap feel!

Pastu tuangkan semua sardin dan kuah sardin kedalam masakan tadi. Kacau dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang agar ianya sebati. Tak bole ganas2, pasal nanti ikan sardin tu hancur! Kalo ikan sardin dah hancur berderai, lauk sardin anda tak akan jadi hensem / cantik seperti anda.

Pastu amik sedikit garam, ajinomoto secukop rasa. Renjis-renjis dipilis ke dalam lauk anda.

Akhir sekali, masuk kan tomato dan kentang yang telah dipotong tadi dan gaul sehingga keluar aroma yg menusuk ke kalbu.

TaaaDaaaa....dah siap!

Cara hidangan

Takpayah ler nak hidang dlm mangkok yg cantik2. tak payah ler nak hias-hias tarok pokok bunga kat lauk tuu. Aper yg penting kenikmatan dan kelazatan masakan anda harus ader orang yg memuji.

Next, aku akan share masak asam pedas sardin *winks* - So nanti kan resepi aku seterusnya.

Thank you dan selamat mencuba....peeewwiiitt! =)

Resepi Kari Sardin ini juga telah saya kongsi di Facebook. Sila lungsuri : http://www.facebook.com/topic.php?topic=9571&uid=77431127643#/topic.php?uid=77431127643&topic=9571


ps: Kalo anda ader aper2 soklan, sila hantar ke email saya di: rising_dragon@rock.com. Kalo nak suruh saya masak kan pon bole. Tapi musti kasi upah, okeyyyy...

"Feel bored..."

Semalam petang, aku terima satu email dari seseorang....


She wrote:

Dear Zuraini,

Don't know how to contact U.

Every day I read yr blog since Cencalok. But U closed yr blog. Feel bored........

Appreciate if we can be a friend.


Rgds,
Shaharizafila


------------------------------------------------------------


Terimakasih banyak2 kepada Fila, yg telah sudi menjengok blog saya dan bersusah payah kasi feedback (pasal tak jumpa blog baru saya). Mintak maaf kalo terbuat awak boring ler...

Anw, ramai jugak dah bertanyakan hal nie tempoh hari. Tu hari Sharina pon ader kemukakan soalan yang sama. Mcm mana dia nak tahu aper blog address baru aku nanti. susah nanti nak cari.

Actually kan, aku dah update kat sumer social website aku. (Facebook, Youtube, Twitter, Skype, LinkED, imeem dan blog-blog site aku yang lain lah.)

Tapi, ader juga yg menyatakan susah dan berbelit-belit lerr nak cari...

Selalu nyer mcm nie. Kalo aku tutop blog dan bukak yg baru, aku akan meng-linked-kan blog address yg baru kat blogsite lama.. Cuma korang kena pandai-pandai cari ahh..

Thanks for the feedback, Fila dan salam perkenalan dari saya. =)

ps: To Fila - Sorry tersalah spell ur name masa reply semalam. Nama awak panjang dan unik skali. =p



Soul: Bored Of Everything (Elle)

Mood masih lari...


Actually, aku masih takde mood lagi nie.

Nak buat kejer pon takde mood. Rasa sumer mcm tak kena. Buat tu salah, buat nie salah. Serba-serbi salah....

Kini aku lebih banyak mendiamkan diri. I'm just trying to pull myself back together again. It's tough, I know. But life has to go on....

Too many things being held back. Too many things to reschedule. It's all like going berserk. I don't need a break just yet. All I need is a little privacy.

I hope to be back to myself again in the next couple of days. I don't like what I'm going thru either.

But yeah, it's tough being me.


ps: I'll be back....soon. Don't worry.


Soul: Not Myself (John Mayer)

Dalam Kenangan...


"..Kau pergi sehari sebelum ku sempat bersama mu. Semoga roh mu dicucuri rahmat. Selamat tinggal nenek..."



ps: Kini yang tinggal hanya secebis kenangan. Al-Fatehah untuk nenek.
Soul: Yesterday (Beatles)

Nothing will last. Appreciate them while you can


A touching message sent to my email from a long time friend. Never have thought this message moved me close to tears.

I would love to share it here and hoping it will make us somehow realise the things that we took for granted all this while.

The Sunday Star
2nd March 2008
Have you watched them sleep?

I received a message on my Friendster account the other day. It was one of those forwarded messages, the type I would usually scan briefly before hitting "delete".

But this message, written in Bahasa Malaysia, started with a simple question that caught my attention. A rough translation of it goes like this:

"Have you ever watched your parents while they were asleep? Your father's body, once big and strong but now, the big is withered and the strong is weaker. Wisps of grey peek out from his hair, wrinkles now "scar" his forehead and face.

"This man works hard every day and would sacrifice anything to make sure his family is provided for and his children get the best education possible.

"Or how about your mother, whose soft hands once cuddled and held you when you were a baby? Now, those hand are dry and rough, bearing evidence of the challenges and she faced just for us.

"This woman takes care of our daily needs, constantly nagging and scolding us because of her love for us. But sadly, we often misconstrue her love as control and unfairness."

I have never thought of watching my parents while they slept. I've watched my cousins sleep when they were babies, all round and cuddly and sweet smelling. But watch my parents? No way!

But after reading this message, I realised that there was indeed much truth in it. Infact, my parents do not have to be asleep for me to realise that they have aged.

Just looking at my mother walk tells me that her legs are not as storng as they were before. Or hearing her ask me for help with that flowerpot in the garden, the one she used to be able to push and drag around the garden without help.

Or watching my dad lift a 10kg bag of rice. I can easily carry that bag now. I am young, but to him it is a struggle.

What do all these observations tell me? Yes, my parents have aged. They are ageing, just as I am ageing. But as I age towards my best years and become strongger, they in turn are becoming weaker. They were once the caregivers and I the receiver. In time, I know our roles will reverse. Like it or not, want it to or not, this is life.

I suppose I have always subconsciously thought that my parents would always be with me, never growing old. It took that message to make me realise that my parents are not immortal. That they too, will one day leave the world and me. Until then, I will make good use of our time together.

By the way, I'm forwarding that message to all my family and friends to remind them to appreciate what they have now. It will not last...


@}-----

Kepada sahabat ku Arman - Takziah sekali lagi dgn pemergian bondamu. Terkilan rasa diri ku ini kerana tidak dpt ketemu beliau sejak sekian lama. Hanya ramah mesranya yg masih ku ingati sehingga ke saat ini.

Kepada Suhaily - Takziah atas pemergian ayah mu. Sentiasa lah kenang jasa ayah ketika kita merinduinya. Semoga dirimu tabah mengharungi hari-hari yg mendatang.

Semoga roh-roh mereka sentiasa dicucuri rahmatNya. Al-Fateha.


ps: Dad, you have done so much for me and the only regret, I didn't have the chance to say - "I love you, abah." *cries* =(

Soul: You Light Up My Life (Debbie Boone)

Swine Flu Precaution...Again!

Better be safe, then never...!
*and stop watching cartoon...

ps : Hahaha...thks, kristina!

Life isn't a bed of roses

Now, in the midst fiddling with my working PC. Doing troubleshooting due to unexplain errors occuring during start up. Removing excessive datas and removing / installing softwares. Not very good with computers and these things keep bugging me all time.

While all the actions are taking place on the old Pentium 3 machine, I'm logged into my laptop listening to my music playlist and writting this blog.

Frustrating at times when speed is essential and problems cropped up.

Ciggis running out and the heat making me craves for slurpee. A walk to the convenience store across will take ages.

Flipping the plans and drawings. WTF! I should be sleeping.

Do you think I'm smilling now? YES! Smiling from reading Haffi's email. Thanks! "That's just enough" to make me smile when I need someone to cheer me up.

Going thru the installation progress for the 2nd time. It halted the 1st time. Oh, its 12 midnight and I have yet to begin anything. Forget later. The agony starts now. Sustain myself tonite, and I shall survive when morning breaks...

Such a boring life...


ps: Sorry for the loud music. It's to keep me awake thru the nite. =(



Soul: Bloodflower (Draconian)

Cuaca sungguh panas sekali...

Fuuhhh...panas ler 2-3 hari nie. Masa aku jalan kat bawah tadi, bahang nyer amat terasa walopon aku berjalan ditempat yg teduh.

Tadi petang aku tak jadi minom teh panas. Nyonya buat teh tu tanyer kenapa aku tak nak minom teh dia hari nie? Aku cakap org giler jer minom teh panas bila cuaca tgh panas...teeheehehe!

Memula nak beli cendol tadi. Tapi, cendol dia tak best ahh pasal dia gunakan gula merah, bukan gula melaka. So aku beli ler ABC.(Ais kacang ler).

Apabila aku menyuap mulot aku dgn ice kacang yg sejuk lagi manis, terasa seperti badan aku nie disirami salju dari pergunungan alps. Perrgghh...alang kah nikmat ketika saat itu. Sungguh cooling sekali! Rasa kan mcm nak bergolek-golek jer aku dilantai kerana menikmati kenyamanan ice blended yg aku telan tuu...

Ais kacang yg setinggi gunung Everest tu, mampu aku 'hakis' dlm masa 5 minit jer. Lepas tu aku mencedok-cedok dan menghirup-hirup baki ais kacang yg dah tercair akibat heat wave yg melanda disekeliling aku.

Slurrppp......slurrrppp...... AaaaaaAaaaaAAAaaahhhhh...nikmat!!!!

Besok aku nak gie 7-11 beli slurpee plak ahh....

ps: Ketika cuaca panas mcm nie, amalkan minom air suam. Jgn selalu minom air sejuk kerana ianya lebih memudaratkan.



Soul: Slow Hot Wind (Block 16)

A New Chapter...

Come, as you are, as you were. As I want you to be, as a friend....

Experimental changes and self discovery...

Ellooooo...
Selamat datang ke 'blogsite' terbaru aku nie....ehkekekeke. Hari ini, bermula lah satu lagi babak baru.

Sebenarnya, aku dah siapkan blogsite nie sejak bulan February lalu. Tapi aku sajer tunggu masa yg sesuai utk berpindah.

Selepas Cencalok dan Belachan Tumbuk, Sepuloh Tin Sardin kini menjadi blogsite ke-3 didalam projek blog bersiri aku ini.

Apa yang pasti, blog ini akan ader sedikit kelainan dari blog-blog yg terdahulu.

Apa yang akan tertulis disini nanti adalah snapshots dalam hidop aku. Apa yang aku lalui, apa yang aku nampak dan aper yg aku rasa. Aku akan tulis aper yg aku suka, aper yg aku rasa betol, aper yg aku rasa salah, aper yg aku benci dan aper yg aku rasa enak dimakan dan disukai ramai..

Konsep 3-S : Selamba, Spontan, Santai...

Seperti sumer blog-blog aku yang terdahulu, aku akan memblog secara selamba, spontan & santai.

Harapan aku, semoga kisah2 yg akan aku paparkan nanti, dpt memberi sedikit sebanyak manfaat dan pengajaran utk kiter semua. Seperti biasa, aku sentiasa menerima teguran dan pandangan dari pembaca2 blog aku ini dgn secara terbuka.

Kepada sumer, selamat melayari blog terbaru aku dengan kisah-kisah aku yang selanjutnya. :)

Sekian terimakasih.


ps: Segala feedbacks dan pandangan anda sangat di alu-alu kan. Sila antar email ke: SINI




Soul : Come As You Are (Nirvana)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB