Subscribe News Feed Subscribe Comments

#292: A Ghost Couple...!!!

Lokasi: Fort Canning Park, Singapore
Waktu: 7.30pm

Ini kisah benar. Aku dpt tgk gambar hantu first hand dari camera kawan aku tadi.

Ceritanya mcm gini. Satu hari tu dia dgn sorang kawan aku lagi satu, gie Fort Canning mlm2. Tujuan mereka utk belajar cara-cara teknik mengambil gambar pada waktu mlm, dlm suasana yg agak gelap tanpa menggunakan banyak cahaya. (Kira nak asah photography skill ler tuu...)

So dia snap sana...dia snap sini...dia snap sinun...

Berikut adalah sequence gambar2 yg dipetik dalam masa seminit tuu...

1st shot: 7.36pm

2nd shot: 7.36pm (+few seconds)

3rd shot: 7.37pm

Waktu tu takde org pon lalu kat situ. Suasana sunyi. Cuma mereka berdua ajer.

TAPI...apabila dia pulang dan meng-upload gambar2 tu, alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak ader 2 lembaga berdiri directly belakang kawan dia tuh...!!! (Gambar 2nd shot)

Berdiri bulu roma kawan aku seyy. Satu malam dia tak dpt tido...

So, tadi dia berikan kat aku gambar2 tersebut utk membuat kajian CSI dgn lebih terperinci lagi..

Sebagai seorang CSI yg professional, kami menggunakan teknik canggih, sofware canggih dan sumer yg canggih2 ahhh (takde yg tak canggih). Kami enhanced resolution dan cuba membaik pulih contrast ke atas gambar tersebut.

Gambar 2nd shot yang telah di enhanced supaya nampak lebih terang...
Terperanjat berok aku bila terlihat ader 2 lembaga putih kat belakang tuh. Sorang lelaki, dan sorang pompan....Lalalalalaa~~

Tetiba muncul 'dua pasangan' kat belakang tuu....

Kawan aku kater:

"There was no one there except us. It wasn't total darkness, so we could have seen if something was moving..."

"Anyone would have stopped snapping pictures if they see unidentified objects within their frame, right? But I see nothing..."

"He would have turned around to look behind him and tell me to wait when he heard footsteps. But it was so quiet..."

"Everything happened within that few seconds. Who could have appeared and disappeared in split second?? Only ghost does that!"

Hantu pompan (kiri), Kawan aku (tengah), Hantu lelaki (kanan)
Lembaga tu seakan-akan sepasang couple yg juga turut berposing mengambil gambar disitu. Tapi yang aku heran, hantu tu bukan mcm hantu2 yg kiter nampak kat TV.

Hantu lelaki tu pakai bermuda dgn sneakers. Yg hantu pompan tu, rambut panjang and bawak handbag. Pakaian diaorg sumer kaler putih.

Eh? Jenis hantu aper nih?? Style sakk pakaian! Mcm nak pegi picnic...!!

Berikot adalah spesifikasi camera yg telah digunakan:

Camera model: NIKON D80
F-stop: f/45
Exposure time: 1/13 sec.
ISO speed: ISO-800

Setelah mengalisa gambar-gambar tersebut, aku BERANI SAHKAN bahawa gambar itu adalah tulen tanpa sebarang editing. Perbezaan waktu ketika gambar2 tersebut dipetik kurang dari 1 minit! (The time was digitally recorded for every frame.)

Maka kedua2 pasangan lembaga itu adalah benar-benar hantu!

So, jgn pegi ke Fort Canning waktu senja. Tempat tu kini disahkan ader hantu kawen-kawen!

Edited 30/6/2010:

Tadi, penyiasat CSI mula mencari jawapan mengenai terjadinya jelmaan 'lembaga' tersebut.

Menurut kepercayaan sesetenagh pihak, bahwa hantu mcm tu mmg wujud. These sightings maybe their long lost souls.

"...They maybe once a loving couple who may have died a tragic death. They may not be aware they are dead and are roaming on this part of the world in limbo. Fort Canning maybe have been their favourite dating place once. And so, they re-appeared together again in their afterlife..."

May their souls rest in peace.

Who says "...till death do them apart"??


ps: Jgn biarkan hidop anda diselubungi misteri.......kehkehkeh


Soul: Ku Seru (Misha Omar)

#291: Email mintak tolong...


Ader sorang kawan aku nie email kat aku mintak tolong...

Email kawan aku:

"...aku nak mintak pendapat kau. Ader sorang kawan perempuan aku mintak nasihat.

Dia dah lama dgn matair dia. Tapi matair dia nie blom bersedia nak kahwin dgn dia. Tiap kali kawan aku tu utarakan hal ni kat matair dia, matair dia buat dek jer.

So, dia tanyer aku aper harus dia buat? Sama ader leave him or gertak dia supaya masuk minang cepat2?

Please help..."

Aku reply:

Yek elehh...kawan ko tu mana nyer setep jamboo nak gertak2 matair dia ahh??

Eh, terus terang aku cakap ekh. Dgn jantan ko jgn gertak2. Lelebih lagi pasal hal kawen2 nih. Makin ko cabar dia, makin dia tunjuk ego ok. End up nanti, dia kawen ngan pompan lain, baru melopong kawan ko tuh mcm pompan tak laku! Padan muka dia...baru ler rasa kesal lah, nak bunoh diri lah, nak slit wrist lah, nak telan panadol 20 bijik lah, nak togok 3 botol chlorox lahh...ntah aper2 mepek lagi ahh.

Ko nak tahu knp lelaki takmo kawen...?? Aku kasi 10 reasons...

1) Duit tak cukop. unless, pompan sponsor duit hantaran dulu. Lepas kawen, bayar balik instalment. Lagi bagus, tak payah bayar langsung...heh!

2) Blom puas enjoy. hidop bujang njoy per...balik malam takde org marah. tak balik pon takpe...

3) Blom bersedia nak pikol tanggungjawab jadi suami/bapak/menantu. Mungkin lelaki tu rasa diri dia tu blom cukop matang. Kematangan seseorang tu bukan terletak pada umur, tapi cara dia berfikir dan pengalaman dia mengharungi hidup. Ader sorang kawan aku tu umur dah 40 tahun. Tapi perangai mcm budak bawah umur...kuat majok!

4) Masih nak try cari pasangan lain. Pasal, yg ader nie, perangai tak bole angs!!!

5) Nak upgrade motor dulu baru bole kawen. Nanti dah kawen, takde chance nak pakai motor besar. nanti bini jerlus!

6) Takot nak tgk bini bersalin. nampak darah bole pengsan.

7) Bakal bini high maintanance. Dari ujung rambut, sampai ujung kaki sumer nak branded. Bakal bini nak tinggal kat condo yg ader swimming pool. Umah flat tak maen k...

8) Org pompan skrg tak pandai masak. Malas kemas umah. cuci baju pakai tangan pon tak reti. Nak ampai baju pon bodoh!

9) Kalo kawen nanti, bini suka bully laki. Suruh kemas umah, suruh gie pasar, suruh masak, suruh cuci baju, suruh gosok baju, suruh picit kaki...kalah kan maid siol!

10) Orang pompan kalo gadoh suka ungkit balik utang2 lama, cerita2 lama, matair2 lama. Sampai biler nak game dok??

So, nak salah kan saper kalo org lelaki takmo kawen?? Skrg aku tanyer ko balik ahh..

Aku rasa lebih baek ko gie nasihat kan kawan ko tu dulu. Belajar mcm mana nak jadi isteri yg baik dan soleha. Dah nak jadi isteri org tu, tak bole nak mentel-mentel. Lelaki tak suka dpt bini yg mentel!

Nie aku kasi link. Suroh dia gie baca! >> Panduan Ke Arah Isteri Teladan

...and cakap dgn kawan ko tu, lelaki bukan takmo kawen, takot lepas kawen abeh tu end up cerai-berai! Kesian kawan ko tu...tak pasal2 jadi J-model plak!!



ps: Ape yg aku tulis kat kawan aku tu adalah sindiran seloka ajer. Sebenarya, mmg ader beberapa punca knp lelaki ralat sangat nak kawen...


Soul: Soal Kahwin (Alleycats)

#290: The Countdown Has Begun


Ini adalah blog entry aku yg ke dua-ratus-sembilan-puloh (#290).

Maka kalo dicongak pegi, dicongak balik, kini hanya tinggal 10 blog entry lagi sebelom blog aku ini tamat.

So mulai hari ini, jom kiter sumer bersama-sama ber-final countdown sehingga ke blog entry terakhir aku yg ke #300.

Selepas itu, Sepuloh Tin Sardin akan menutop tirai.

Harap maklom.



ps: Tetiba terasa sedih plakk... :'(


Soul: The Final Countdown (Europe)

Hari Ini Dalam Sejarah


Hari ini adalah hari yg seronok sekali bagi aku. Nak tahu apasal??

Kerana, hari ini adalah hari Khamis! Aper yg seronoknya hari Khamis? Hari Khamis menandakan kiter hampir sampai ke hujung minggu. So, wat's so special abt weekend??

Takde ape2 spesel sangat. Cuma this weekend aku nak sambung tido banyak2. Pastu, esok plak aku dah nak start countdown!

Countdown aper??

Nantikan blog entry aku esok ya! :)))

Selamat malam sumer...


ps: Ini adalah blog entry aku yg ke #289. hint*hint*


Soul: Rasputin (Boney M)

French toast


France is OUT of the World Cup!!!

They played horrible. Infact, too horrible that they shouldn't even be playing at this World Cup in the first place.

Viva La France!



ps: French players sumer dah expired siol...


Soul: Theme from 'Allo 'Allo

Quiz Bolasepak

Soalan: Siapakah satu-satunya Anak Melayu yg pernah menjaring gol keatas kelab gergasi, Inter Milan, di dalam satu Kejohanan berprestij di Eropah?



Jawapan: Fandi Ahmad. (Ketika bermain untuk FC Groningen pada tahun 1983 dalam Kejohanan Europa Cup 83. Beliau memakai jersey putih no.7)

Fandi Ahmad ketika mewakili FC Groningen pada tahun 1983.


ps: Hingga kini, tidak ada seorang pon anak melayu yg mampu mencipta sejarah seperti dia. Yang ader tu main bola sekadar nak kejar glamer ajerrr...mcm paham!


Soul: Anugerah (Fandi Ahmad)

I dream of Venice

City of Venice, Italy



Venice of Singapore, Orchard Road


The landscape of Orchard Road Shopping Belt has changed drasticly overnite. It now has river flowing into the shopping centres and underground linkways.

We are hoping to see waterfalls in future. :)

Aerial view of Orchard River

Dah macam naik ferry!

Into the river carpark besides Lucky Plaza

Orchard Road now Orchard River with water taxis

Cuscaden Road now Cuscaden River

Our very own river flowing at the doorsteps of mega shopping centres

River mouth at ION Orchard. Cool sia!

Junction at Scotts Road, Orchard Road, Patterson Road and Cuscaden Road

We are proud to be the host country for YOG 2010

Cute water buggies...so cute!

A floating lorry along Scotts River

Our very own water taxi

Nyonya bawak payung...

Boats that look like cars along Scotts River

Orchard River will be the new water sport venue for YOG 2010

Traffic lights by the river. Swim, don't walk!

No fishing here. There's no fish.

Starbuck by the river

 Car: "Get out of my way, you BIG bully!"

Cheap car wash

We have the technology to build underground linkway river

The car that could transformed into a mini-submarine

This car reminds me of the above

Buses are like dragon boats

Selain dari Sungei Singapura, Sungei Kallang & Sungei Road, kini terdapat lagi satu sungei yg amat besar dan kotor sekali! - Sungei Orchard Road!

Di dalam sungei itu takde buaya, tapi ader kereta, lori dan bas yang tersadai! Sungguh jijik sekali sungei itu...



Orchard Road will NEVER flood, says TNP in 1999
http://www.temasekreview.com/2010/06/16/in-1999-singapore’s-the-new-paper-explained-why-orchard-road-will-never-flood…/

Heavy downpour causes flash floods around S'pore
http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1063599/1/.html

*All photographs contributed by concerned netizens.


ps: Kalo besok ujan lebat lagi, aku rasa Singapore terus tenggelam...


Soul: Rain (Madonna)

Lembu Pakai Skirt...


Eh! Korang pernah dengar istilah, "Lembu pakai skirt..." ??

Example:
"Si dektu, jangan cakap makcik tua ajer, lembu pakai skirt pon dia cakap jamboo! Dasar jantan dahi chap nonok!"

Aku terbaca article nie kat kawan aku nyer Facebook...

Ader sorang lelaki nie, nampak sekor lembu betina. Abeh tu, dia stim. Dia tak dapat tahan nafsu dia, lalu dia pon gie mantat dgn lembu tu. Pastu plak, dia kena kawen dgn lembu tuu...ishh!

Teenager Passes Out Marrying Cow He Had Sex With

"A Balinese teenager caught in the act of intercourse with a cow passed out on Friday when he was forced to marry the animal in a ceremony witnessed by hundreds of curious onlookers.

In his defence, Alit admitted to the act of bestiality but claimed the cow, which he believed was a young and beautiful woman, had wooed him with flattering compliments." - www.thejakartaglobe.com

Source: http://www.thejakartaglobe.com/static/national/380095.html

Kesian kan lembu tu kena kawen paksa... :(


ps:  Ader sorang lelaki nie plak, gie mantat dgn sekor ayam betina sampai ayam tu mati. Kesian sak ayam tu mati pasal puki dia koyak! Eh, nie citer betol tau. Sick siaa...!


Soul: No Sex (Limp Bizkit)

Di robek-robek, di hiris-hiris...

German menang 4- 0..YAY!!!

Perghhhh....saper kater Germany pasukan yg paling boring??

Korang tengok ajer dorang belasah Australia 4-0!!

Aku rasa dlm banyak2 perlawanan World Cup sejauh ini, German adalah pasukan yg paling memberangsangkan!

Biler dorang attack, sumer jadi gerun. Left flank, right flank sumer dorang bedal! Takde kasi chance langsung...

They ripped the Australian merciless!

Germany vs Australia (WC2010 - 13 June 2010)

German lessons for stunned Socceroos

"The Australians were stunned by the early set-back and the heavy underdogs, labelled as such by captain Lucas Neill in the build-up, had no luck grinding their way back into the contest." - http://www.fifa.com/

Source: http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=249722/match=300111116/summary.html


Hebat lah dorang nie :)))



ps: Agak2 dorang ader chance tak lawan Argentina nanti??


Soul: Stand As One (Martin P K)

WC2010 - Jersey nombor 10

Number 10 - Park Chu Young (Korea)

Number 10 - Lionel Messi (Argentina)

Q: Apakah persamaan diantara mereka?

J: Kedua2 bermain dgn bagus, tapi tak score 1 goal pon. Nasib macam kentang!


ps: Aku sedang menantikan perlawanan diantara England & USA!



Soul: Wavin' Flag (World Cup 2010 - K'Naan)

Video Lucah Ariel & Luna!

Inilah saat yang kita nanti-nantikan!

Malam ini akan bermulanya temasya Piala Dunia 2010...YAY!!!

Cable TV aku telah siap dipasang utk memancarkan siaran langsung perlawanan bolasepak bertaraf dunia itu.

Malam ini juga, akan bermulanya naik bill letrik rumah aku utk sebulan nih. Sesiapa yg tak dapat tengok siaran bolasepak secara langsung, anda dipersilakan datang beramai-ramai ke rumah aku.

Tapi jgn lupa bawak tilam & bantal korang sendiri ek. Rumah aku tak cukop bantal lerr. Jgn lupa order pizza sardin ke, murtabak sardin ke, air coke 1 carton ke, kopi kapal api ke, red bull ke...

Agak-agak saper akan menang dlm perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico nanti??

Ermmm..korang tanyer pasal video lucah Ariel & Luna?? Ader nie. Aku tgh tengok nih...ehehehehe...

Sebagai seorang CSI yang professional, aku sedang sibuk menganalisis kesahihan video tersebut...teeheeheee~~

Biar ler aper dia org nak buat tuh...aku malas nak comment. Tengok World Cup lagi mulia!


ps: Ariel & Luna kater, itu bukan mereka. Tapikan biler aku tengok video tu berulang kali...hmmmm....aku rasa video tu TERAMAT genuine sekali!!!



Soul: Kisah Cintaku (Peterpan)

El 10

Maradona! Maradona! Maradona!

Maradona Hero Bolasepak

Mungkin korang tak pernah tahu saper tu Maradona. Dulu time aku kecik2, sumer yg minat main bolasepak, nak jadi macam Maradona.

Maradona adalah pemain yg selincah-lincah mahluk ditengah padang. Dia boleh senang2 gelecek bola melepasi 6, 7, 8, 9, 10 pemain lawan. Dia sorang ajer bole kalah kan 1 team bolasepak.

Dia tak sehensem mcm Cristiano Ronaldo. Dia tak sekaya raya mcm Beckham. Tapi skill bola dia sungguh dahsyat! Malahan sampai sekarang takde orang yg setanding dgn dia! Itu lah Legenda Bolasepak - Maradona

The Best of Diego Maradona


ps: Time dulu, tak ramai pompan minat tengok bolasepak. Pasal Maradona tak hensem! But those were the times when football was at its best!



Soul: Maradona (Mokam)

AYAH KU SUPERHERO!!


AYAH KU SUPERHERO

AYAH KU MEMANG PERKASA
TIDAK TAKUT PADA RAKSAKSA
SEGALA MUSUH HANCUR BINASA...HAHA!
PADA KU DIA PERWIRA

CHORUS:
AYAH KU SUPERHERO
DIA KUAT DAN HEBAT
AYAH KU SUPERHERO
DIA LAH AYAH KU

AYAH KU SANGAT BERANI
TIDAK GENTAR PADA SESIAPA
SEMUA HANTU TAKUT PADANYA...HAHA!
PADA KU DIA PERWIRA

CHORUS:
AYAH KU SUPERHERO
DIA KUAT DAN HEBAT
AYAH KU SUPERHERO
DIA LAH AYAH KU


Lagu: Adzam
Lirik: Zuraini


ps: aku dpt ilham nie time tengok citer The Incredibles kat TV.


Soul: The Glory Days (OST The Incredibles)

What's the fuss??

Graffiti on the MRT train

Mwahahahaa!!! MRT kena conteng dgn graffiti!!

MRT vandalism: Swiss national to face charges
Suspect could faced up to 3 years jail or a $2000 fine for vandalism and caning.

SINGAPORE - A 33-year-old Swiss male national who is alleged to have broken into an SMRT depot and vandalised a train will be charged in court today.

He faces a charge of trespassing into a protected place and two charges of vandalism. - Today paper, 5 June 2010.

Source: http://www.todayonline.com/Singapore/EDC100605-0000105/MRT-vandalism--Swiss-national-to-face-charges

"The vandals did us a FAVOUR by probing our security of a very vital infrastructural facility. They had in effect conducted an 'AUDIT' of the security system and found it wanting." - Reader's comment.

"Instead of punishing the Swiss and his confederate the SMRT and Singapore govt should in fact THANK them for showing up the weak points. SMRT should be 'punished' by being made to run the train with the graffiti intact all over to show the commuters where and how it has failed them!

The graffiti writers are like the hackers on the internet - they probe to show up where weaknesses are. In fact, some net companies even PAY them to test their web security." - Reader's comment.

Ishh..isshh...I really shouldn't be making fun out of this. But actually, aku respect betol with the cheeky act! It took the authorities off guard and really shows there are still loop holes in the transport security management.

Biler kawan aku beritahu pasal hal nie, the 1st question that triggered on everyone's mind was - "What the hell happened to our security system??"

They spent millions of dollars upgrading and enforcing tight securities around the island, but yet 1 dumb ass could sneaked in and create havoc. :)

Oh yes! He should be punished for the vandalism act. But should the authorities be penalised too for security lapse?? - So, that remain a question as for now.

Sad he was made a scapegoat to cover up their sillyness!

Kunci pintu depan, pintu blakang lupa nak kunci. Bodoh betol org2 gomen nie...tu pon ader hati mintak bonus lebih! :D :D :D


ps: They emphasize on the possibilites, but had underestimated the impossibilities.


Soul: Graffiti (May)

Hilangnya Cintamu

Hilangnya Cintamu - OST Lagenda Budak Setan

OMG!! (Oh-Mak-Gua!)  Aku TERjatuh apabila TERdengar lagu ini! Sekali ajer aku dengar lagu ini, terus aku TERjatuh cinta!...Betolll...aku tak bedekkkk!!!

Saper kah orang yg nyanyi lagu ini?? Sumpah, aku tak kenal pon. Aku dengar berkali-kali sampai telinga aku kluar torek....tapi aku tetap suka juga!

Aku pon mentel gie google ler nama singer dia. Akhirnya aku TERjumpa dia kat Facebook....Falalalalalala~~** :D :D :D /// But then, sumpah aku tak kenal dia pon...

Tetapi, oleh kerana aku minat sesangat kat lagu ini, aku pon tulis message kat inbox dia...

"...Here's a story. I didn't know who you are. An hour ago, I was surfing the net. I came across the song, "Hilangnya Cintamu". I fell in love. The angelic, mesmerizing voice of yours is so captivating. I google your name and then I found you.

Thank you for the beautiful song."


ps: aku betol suka lah lagu nie....eeeeeeeee suka nyer!!!


Soul: Hilangnya Cintamu (Fili)

Terrorisma Zionist!


(CNN) -- Israel's attack Monday on a boat traveling in international waters and carrying humanitarian supplies for Gaza killed at least nine people and sparked a series of recriminations around the world. (1st June 2010)

Click source: http://edition.cnn.com/2010/WORLD/meast/05/31/gaza.protest/index.html

Pasukan commando Israel telah menyerang dan membedil kearah jemaah bantuan kemanusiaan utk penduduk Gaza. Aku rasa kan, sekarang seluruh pelusuk dunia dah tahu akan kejadian nie....

Wahh...wahhh...bila dah berlaku macam nie, seluruh dunia start kutok lah, condemn lah, demonstrasi lah, bakar bendera lah, boycott lah...etc...etc...

Tapi aper yg pelik, takde tindakan konkrit yg dibuat pon, selain kutuk mengutuk ajerrrr....kalo mcm tu, aku pon bole buat aperr..!

Kini, kat forum internet, facebook and some social sites dah start bual issue hangat pasal keganasan Israel nie.

BERSABAR!! Jgn cepat melatah! Aku tak faham lah korang nie kutok saper? Yahudi ke, Zionist ahh?

Dulu kan, aku anggap sumer Yahudi & Zionist tu sumer sama keparat! Dua2 takde beza. Tahu nak bunoh orang jer...Tapi, satu hari tu, aku terbaca satu forum, dimana debat diantara seorang Yahudi dgn seorang Muslim.

Mulanyer, aku tak kuasa nak baca. Tapi yg menarik nyer, si Yahudi nie begitu fasih berbahasa melayu...

(Dialogue nyer bunyik mcm nih...)

Muslim: Kau Yahudi! Kau tak sepatutnyer hidop di muka bumi ini kerana kau pengganas! Kao bunuh kanak2 palestine. Kao bunuh wanita2 palestine. Kau rampas tanah mereka. Kau penceroboh!

Yahudi: Aku seperti engkau. Aku juga ingin hidup aman damai dgn bangsa2 lain. Kau tak sepatutnyer berkata aku ini pengganas.

Muslim: Kenapa aku tak sepatut mengatakan kau sebagai pengganas? Bahkan bangsa Yahudi adalah bangsa yang telah di laknat oleh Tuhan di muka bumi ini. Seperti aper yg telah tertulis di dalam Al-Quran.

Yahudi: Aku mempercayai Tuhan itu ada. Aku bersujud pada Tuhan yg sama juga. Aku tidak diminta dilahirkan sebagai seorang Yahudi. Aku tidak pernah membunuh orang-orang Muslim. Tetapi kenapa mesti aku dipersalahkan?

Muslim: Kerna kau adalah Yahudi! Bangsa Yahudi adalah bangsa yg paling terkutok! Period.

Yahudi: Baiklah. Apa kau rasa jika dunia menyatakan setiap orang Muslim itu pengganas pula? Padahal, bukan semua Muslim itu pembunuh. Tidak adil bukan? Kerana orang yahudi lain membunuh, tidak semestinya semua Yahudi itu pembunuh?

Si Muslim itu terdiam tak terkata....

Korang renungkan lah. Betul tak cakap si yahudi tu?? So dari situ, aku mula tertarik membuat kajian aper kah sebenarnya tengkarah di Asia Barat nih?? So selama nie, aku mengutuk secara membabi buta rupanyer...

Sebenarnyer, ader banyak beza diantara Yahudi dan Zionist.

Perbezaan antara Yahudi & Zionist (Jews and Zionist)

The Difference Between Jews and Zionists

Zionist: Zionism is a political, not a religious Jewish movement. Not all Zionists are Jewish, and not all Jews are Zionists.

Jews: Come in all shapes and sizes. They also have a difference in political affiliation. some support zionism, some do not. These are the Jews who are not Zionists. Jews who fight for justice and peace, and advocate an end to the Israeli occupation of Palestine.

Perbezaan orang2 Yahudi dan Zionist amat ketara. Tak semua bangsa Yahudi itu jahat. Ader juga yg amat benci dgn tindakan rejim zionist nih.

Orang2 Yahudi menganut ugama Judaism; yg mempercayai adanyer itu Tuhan yg Esa. Seperti org2 Muslim dan Christian, Yahudi juga adalah dikalangan ahli kitab (People of The Book).

Tetapi Zionist adalah kelompok yahudi yg menyeleweng dan kejam. Mereka mementingkan kuasa dunia. Mereka mahu menguasai dunia (New World Order) kerna mereka percaya bahawa mereka adalah umat yg 'terpilih.'

Manakala, sebilangan org Yahudi yg lain pula adalah dari golongan anti-zionist. Mereka yg lebih cenderung kearah Judaism, mengaku bahawa keganasan Zionist itu salah di sisi ugama. Negara Israel tidak sepatutnya wujud dan mereka mengaku bahawa tanah itu adalah hak rakyat Palestine.

Jewish Rabbi: Zionists are Godless Criminal Thugs

Dalam erti kata yg lain, tak semua org Yahudi itu zionist dan tak semua zionist itu Yahudi.

Yang aku terperanjat, rupanyer rejim Zionist ini terdiri dari bermacam-macam bangsa dan ugama....termasok segelintir kaum Muslim juga. (yg secara sedar atau tak sedar, mereka telah menjadi sekutu Zionist!)

Nauzubillah Minzalik.



ps: Kalo korang nak tahu, pegilah buat research sendiri. Korang pasti akan terjumpa...




Soul: Zion Must Fall (Fallen Angel)

We are ONE!


Hari ini (1st June), Sepuloh Tin Sardin telah mencapai genap usia setahun jagung!

Meh kiter imbas kembali aper yg aku tulis tahun lepas >> click here.

Terimakasih aku berjuta-juta lemon kepada korang yg setiap hari sudi menjengok blog aku nih.

Ader tu sampai bukak blog aku 2-3 kali dlm sehari. Aku pon tak tahu sama ader korang baca ataupon tgk2 gambar ajer kat dlm...

Semoga korang terus terhibur dgn aper jua yg aku merepek kat sini!



ps: Oh ya! Aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun kepada adek aku yg kebetolan birthday dia jatoh pada hari ini jugak!



Soul: Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB