Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

#291: Email mintak tolong...


Ader sorang kawan aku nie email kat aku mintak tolong...

Email kawan aku:

"...aku nak mintak pendapat kau. Ader sorang kawan perempuan aku mintak nasihat.

Dia dah lama dgn matair dia. Tapi matair dia nie blom bersedia nak kahwin dgn dia. Tiap kali kawan aku tu utarakan hal ni kat matair dia, matair dia buat dek jer.

So, dia tanyer aku aper harus dia buat? Sama ader leave him or gertak dia supaya masuk minang cepat2?

Please help..."

Aku reply:

Yek elehh...kawan ko tu mana nyer setep jamboo nak gertak2 matair dia ahh??

Eh, terus terang aku cakap ekh. Dgn jantan ko jgn gertak2. Lelebih lagi pasal hal kawen2 nih. Makin ko cabar dia, makin dia tunjuk ego ok. End up nanti, dia kawen ngan pompan lain, baru melopong kawan ko tuh mcm pompan tak laku! Padan muka dia...baru ler rasa kesal lah, nak bunoh diri lah, nak slit wrist lah, nak telan panadol 20 bijik lah, nak togok 3 botol chlorox lahh...ntah aper2 mepek lagi ahh.

Ko nak tahu knp lelaki takmo kawen...?? Aku kasi 10 reasons...

1) Duit tak cukop. unless, pompan sponsor duit hantaran dulu. Lepas kawen, bayar balik instalment. Lagi bagus, tak payah bayar langsung...heh!

2) Blom puas enjoy. hidop bujang njoy per...balik malam takde org marah. tak balik pon takpe...

3) Blom bersedia nak pikol tanggungjawab jadi suami/bapak/menantu. Mungkin lelaki tu rasa diri dia tu blom cukop matang. Kematangan seseorang tu bukan terletak pada umur, tapi cara dia berfikir dan pengalaman dia mengharungi hidup. Ader sorang kawan aku tu umur dah 40 tahun. Tapi perangai mcm budak bawah umur...kuat majok!

4) Masih nak try cari pasangan lain. Pasal, yg ader nie, perangai tak bole angs!!!

5) Nak upgrade motor dulu baru bole kawen. Nanti dah kawen, takde chance nak pakai motor besar. nanti bini jerlus!

6) Takot nak tgk bini bersalin. nampak darah bole pengsan.

7) Bakal bini high maintanance. Dari ujung rambut, sampai ujung kaki sumer nak branded. Bakal bini nak tinggal kat condo yg ader swimming pool. Umah flat tak maen k...

8) Org pompan skrg tak pandai masak. Malas kemas umah. cuci baju pakai tangan pon tak reti. Nak ampai baju pon bodoh!

9) Kalo kawen nanti, bini suka bully laki. Suruh kemas umah, suruh gie pasar, suruh masak, suruh cuci baju, suruh gosok baju, suruh picit kaki...kalah kan maid siol!

10) Orang pompan kalo gadoh suka ungkit balik utang2 lama, cerita2 lama, matair2 lama. Sampai biler nak game dok??

So, nak salah kan saper kalo org lelaki takmo kawen?? Skrg aku tanyer ko balik ahh..

Aku rasa lebih baek ko gie nasihat kan kawan ko tu dulu. Belajar mcm mana nak jadi isteri yg baik dan soleha. Dah nak jadi isteri org tu, tak bole nak mentel-mentel. Lelaki tak suka dpt bini yg mentel!

Nie aku kasi link. Suroh dia gie baca! >> Panduan Ke Arah Isteri Teladan

...and cakap dgn kawan ko tu, lelaki bukan takmo kawen, takot lepas kawen abeh tu end up cerai-berai! Kesian kawan ko tu...tak pasal2 jadi J-model plak!!



ps: Ape yg aku tulis kat kawan aku tu adalah sindiran seloka ajer. Sebenarya, mmg ader beberapa punca knp lelaki ralat sangat nak kawen...


Soul: Soal Kahwin (Alleycats)

Black HOLE Sun


My morning was greeted with a reply directed to my twitter on my recent blog post, Wonder Girls.

Twitter direct message:

"..When I read your latest blog post..i could only relate it to the dilemma I am battling with currently.."

Secara sedar atau tidak, perkara ini memang banyak berlaku disekeliling kita. Topic yg sama juga telah banyak dikemukakan di media-media akhbar dan massa yg sama-sama mencari punca dan huraian terjadinya masalah sosial ini.

Aku lebih suka melihat perspektif masalah dari segi ianya berpunca daripada menunding jari ke arah pihak-pihak tertentu.

Apakah penyebab ianya boleh berlaku sedemikian? Apakah reaksi masyarakat dan orang-orang sekeliling? Dan apakah implikasi yang akan menjejas sesuatu institusi kekeluargaan. Mungkin juga kerana gaya kehidupan kiter kini yg lebih liberal dan social?

Banyak lagi tanda tanyer yg masih blom terjawab. Tetapi, apabila jawapan ditemui, ianya pula memberi kenyataan yg lebih bercanggah.

Dari segi umumnya, kita memang memandang hal ini serong atau atau tidak kena pada tempatnya. Walopon begitu, ianya tetap menjadi bahan tagihan pada mereka yg melakukannya.

Adakah ianya terbit dari hawa nafsu sendiri, desakan hidup, kurangnya perhatian dan kasih sayang?

Mungkin juga ader faktor-faktor lain, yang kurang jelas, menjadi penyebab dimana wanita itu sanggup menggoda lelaki demi kepentingan dan memuaskan nafsu diri sendiri.

Dari segi yg lain pula, adakah ianya berpunca dari tahap kematangan seseorang itu, goyahnya keimanan, perasaan emosi yg tak terkawal dan keinginan fantasi yg keterlaluan, menyebabkan lelaki itu tergoda oleh desakan dan pujukan wanita?

Atau ianya suatu ujian sementara dari Tuhan yg datang untuk menguji utuhnya iman seseorang? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi, kalo dilihat dari sudut business, ianya suatu perkara 'jual-beli' yg menguntungkan. Wanita tagih aper yg 'dihajati', lelaki mengharap pulangan yg 'lain' pula.

Tapi dari sudut umumnya, ianya masih salah disisi pandangan masyarakat.

Aku terbaca pendapat seorang blogger, dimana kelemahan wanita itu terletak pada MONEY, SEX & ATTENTION. (Think about it.)

Kawan aku kater, tu sumer dia orang tak kisah. Yang penting mereka happy! Yeh! Yeh!

I got no comment. Tepok dada...jgn kuat-kuat. Nanti tersedak! =)


ps: The whole problem starts from the HOLE problem.



Soul: Black Hole Sun (Soundgarden)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB