Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label Email. Show all posts
Showing posts with label Email. Show all posts

#291: Email mintak tolong...


Ader sorang kawan aku nie email kat aku mintak tolong...

Email kawan aku:

"...aku nak mintak pendapat kau. Ader sorang kawan perempuan aku mintak nasihat.

Dia dah lama dgn matair dia. Tapi matair dia nie blom bersedia nak kahwin dgn dia. Tiap kali kawan aku tu utarakan hal ni kat matair dia, matair dia buat dek jer.

So, dia tanyer aku aper harus dia buat? Sama ader leave him or gertak dia supaya masuk minang cepat2?

Please help..."

Aku reply:

Yek elehh...kawan ko tu mana nyer setep jamboo nak gertak2 matair dia ahh??

Eh, terus terang aku cakap ekh. Dgn jantan ko jgn gertak2. Lelebih lagi pasal hal kawen2 nih. Makin ko cabar dia, makin dia tunjuk ego ok. End up nanti, dia kawen ngan pompan lain, baru melopong kawan ko tuh mcm pompan tak laku! Padan muka dia...baru ler rasa kesal lah, nak bunoh diri lah, nak slit wrist lah, nak telan panadol 20 bijik lah, nak togok 3 botol chlorox lahh...ntah aper2 mepek lagi ahh.

Ko nak tahu knp lelaki takmo kawen...?? Aku kasi 10 reasons...

1) Duit tak cukop. unless, pompan sponsor duit hantaran dulu. Lepas kawen, bayar balik instalment. Lagi bagus, tak payah bayar langsung...heh!

2) Blom puas enjoy. hidop bujang njoy per...balik malam takde org marah. tak balik pon takpe...

3) Blom bersedia nak pikol tanggungjawab jadi suami/bapak/menantu. Mungkin lelaki tu rasa diri dia tu blom cukop matang. Kematangan seseorang tu bukan terletak pada umur, tapi cara dia berfikir dan pengalaman dia mengharungi hidup. Ader sorang kawan aku tu umur dah 40 tahun. Tapi perangai mcm budak bawah umur...kuat majok!

4) Masih nak try cari pasangan lain. Pasal, yg ader nie, perangai tak bole angs!!!

5) Nak upgrade motor dulu baru bole kawen. Nanti dah kawen, takde chance nak pakai motor besar. nanti bini jerlus!

6) Takot nak tgk bini bersalin. nampak darah bole pengsan.

7) Bakal bini high maintanance. Dari ujung rambut, sampai ujung kaki sumer nak branded. Bakal bini nak tinggal kat condo yg ader swimming pool. Umah flat tak maen k...

8) Org pompan skrg tak pandai masak. Malas kemas umah. cuci baju pakai tangan pon tak reti. Nak ampai baju pon bodoh!

9) Kalo kawen nanti, bini suka bully laki. Suruh kemas umah, suruh gie pasar, suruh masak, suruh cuci baju, suruh gosok baju, suruh picit kaki...kalah kan maid siol!

10) Orang pompan kalo gadoh suka ungkit balik utang2 lama, cerita2 lama, matair2 lama. Sampai biler nak game dok??

So, nak salah kan saper kalo org lelaki takmo kawen?? Skrg aku tanyer ko balik ahh..

Aku rasa lebih baek ko gie nasihat kan kawan ko tu dulu. Belajar mcm mana nak jadi isteri yg baik dan soleha. Dah nak jadi isteri org tu, tak bole nak mentel-mentel. Lelaki tak suka dpt bini yg mentel!

Nie aku kasi link. Suroh dia gie baca! >> Panduan Ke Arah Isteri Teladan

...and cakap dgn kawan ko tu, lelaki bukan takmo kawen, takot lepas kawen abeh tu end up cerai-berai! Kesian kawan ko tu...tak pasal2 jadi J-model plak!!



ps: Ape yg aku tulis kat kawan aku tu adalah sindiran seloka ajer. Sebenarya, mmg ader beberapa punca knp lelaki ralat sangat nak kawen...


Soul: Soal Kahwin (Alleycats)

Life's too short...



Pagi tu aku sampai opis, aku bukak ler email dulu. Mana ler tahu ader citer lawak yg aku bole share ngan korang ke haper ke...teeehehehee~

Skali aku terbaca email si Rizan derr...

Tukilan dari email dia:

"Smalam aku ader game bola kat springfield sec, lawan ngan budak cina, campur ah, melayu ader, keling pon ader.

Abis game dalam kol 7, nk dekat magrib, aku da sampei kat kreta, skali aku terpandang budak cina ni, tetiba rebah.

Kita pon muskil, wat telah happened, rupanyer budak ni kena FIT, (sawan) mula2, member aku tolak badanyer ke sideways,

So that his lungs can open up. Pas2, dia check pulse, makin weak. Member aku buat CPR & mouth to mouth, tetiba takde heart beat ahh..

Budak ni mati depan mata aku siak. tk sempat masuk ambulan, DEAD. Aku mcm tergamam gitu…

Oh btw, budak ni umur dlm mid 30s… cian, last aku dgr dari kawan dia “bob breath in, breath out, u goin to meet yur daughter rite… pls wake up”

Moral of the story, life too short. Jgn nk enjoy jer. Ingat life after dead. Lagi 1, kalu tk bole tu, jangan paksa. Ader jer rebah trus GONE!!

Saper nk gi jawab!! Korang jawab sendiri ahhh ok!!"


Alamakkkk...betol ler kater org tua2 kiter. Kalo dah tiba ajal, kat mana2 pon bole mati!


ps: Apabila maut datang menjemput, ianya tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat...


Soul: What's This Life For? (Creed)

Kental Ahh Lu Mat!!


Hehehe...kawan aku tetiba email aku citer nie...

"...Bini aku duduk sblah mat ni kat mrt ngah boboal kat tepon. Bini aku dgr dia bobal...

“u rindu I keper? I punya org kawan biar beribu, cinta biar satu, kalau yang dicinta mcm kayu, baru carik baru… alalaalalla”..

...bini aku ngah piss jer ngan mamat ni…"


ps: muahahahaha...ayat zaman kuno siottt!!! KENTAL DOK!

Puasa Si Miskin


Petang tadi, Rizan email aku satu citer. Setelah aku membacanya, aku tersentak.

Betapa bersyukurnya kita dgn apa keadaan kiter sekarang. Kalo ader kala nya kiter selalu mengeluh tentang kekurangan-kekurangan kiter, ada pula mereka yg lebih dari kekurangan.

So, aku nak share ler kat korang citer nie. Semoga ianya memberi satu keinsafan pada diri ini.
--------------------------------------------------------------------------

Sekadar renungan...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.

Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.

Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu.

Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.

Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?

Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


ps: Semoga Ramadan ini memberi kiter suatu keinsafan....


Soul: Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

TGIF


Hari nie aku sibuk sikit dgn kejer-kejer last minit, so aku tak sempat nak blog.

Anw, aku nak share korang article yg kawan aku forward kat email aku tadi.

Terimakasih kerana sudi menjengok, ya! =)


@}----- @}----- @}-----



Something To Ponder Upon....

One day, a professor asked his students 'Why do we SHOUT instead of speak when we are ANGRY?'

All the students thought for a while. One answered 'Because we lost our cool. That's why we SHOUT.'

Asked the professor again, 'But the person is just right next to you, why can't we talk softly but have to SHOUT?'

Everyone gave their opinions but none was accepted by the professor.

Lastly explained by the professor 'When we are ANGRY, our hearts drift apart. To mask the DISTANCE we felt, we instinctively SHOUT instead of speak so the other party can hear us.'

'But as we SHOUT, we get ANGRIER. And we felt we drift apart further. So we SHOUT even louder...'

'It is the opposite when we are in love. Not only we do not shout, we whisper into each other ears. Why?'

'This is because our hearts are very close, almost never apart. As our love deepens, we reach a state of communication where there is no need for words.'

'We understand each other well enough just by exchanging look,' concluded the professor.

'Therefore, when we are arguing, DO NOT speak words that will make our hearts drift apart. WAIT a few days. When you feel your hearts are no longer far apart, pick up the conversation and continue from there...


ps: Aku setuju sangat dgn pendapat di atas. Dalam business pon ader istilah ini...kiter panggil '30-days-cooling-off-period'.



Soul: Don't Speak (No Doubt)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB