(CNN) -- Israel's attack Monday on a boat traveling in international waters and carrying humanitarian supplies for Gaza killed at least nine people and sparked a series of recriminations around the world. (1st June 2010)
Pasukan commando Israel telah menyerang dan membedil kearah jemaah bantuan kemanusiaan utk penduduk Gaza. Aku rasa kan, sekarang seluruh pelusuk dunia dah tahu akan kejadian nie....
Wahh...wahhh...bila dah berlaku macam nie, seluruh dunia start kutok lah, condemn lah, demonstrasi lah, bakar bendera lah, boycott lah...etc...etc...
Tapi aper yg pelik, takde tindakan konkrit yg dibuat pon, selain kutuk mengutuk ajerrrr....kalo mcm tu, aku pon bole buat aperr..!
Kini, kat forum internet, facebook and some social sites dah start bual issue hangat pasal keganasan Israel nie.
BERSABAR!! Jgn cepat melatah! Aku tak faham lah korang nie kutok saper? Yahudi ke, Zionist ahh?
Dulu kan, aku anggap sumer Yahudi & Zionist tu sumer sama keparat! Dua2 takde beza. Tahu nak bunoh orang jer...Tapi, satu hari tu, aku terbaca satu forum, dimana debat diantara seorang Yahudi dgn seorang Muslim.
Mulanyer, aku tak kuasa nak baca. Tapi yg menarik nyer, si Yahudi nie begitu fasih berbahasa melayu...
(Dialogue nyer bunyik mcm nih...)
Muslim: Kau Yahudi! Kau tak sepatutnyer hidop di muka bumi ini kerana kau pengganas! Kao bunuh kanak2 palestine. Kao bunuh wanita2 palestine. Kau rampas tanah mereka. Kau penceroboh!
Yahudi: Aku seperti engkau. Aku juga ingin hidup aman damai dgn bangsa2 lain. Kau tak sepatutnyer berkata aku ini pengganas.
Muslim: Kenapa aku tak sepatut mengatakan kau sebagai pengganas? Bahkan bangsa Yahudi adalah bangsa yang telah di laknat oleh Tuhan di muka bumi ini. Seperti aper yg telah tertulis di dalam Al-Quran.
Yahudi: Aku mempercayai Tuhan itu ada. Aku bersujud pada Tuhan yg sama juga. Aku tidak diminta dilahirkan sebagai seorang Yahudi. Aku tidak pernah membunuh orang-orang Muslim. Tetapi kenapa mesti aku dipersalahkan?
Muslim: Kerna kau adalah Yahudi! Bangsa Yahudi adalah bangsa yg paling terkutok! Period.
Yahudi: Baiklah. Apa kau rasa jika dunia menyatakan setiap orang Muslim itu pengganas pula? Padahal, bukan semua Muslim itu pembunuh. Tidak adil bukan? Kerana orang yahudi lain membunuh, tidak semestinya semua Yahudi itu pembunuh?
Si Muslim itu terdiam tak terkata....
Korang renungkan lah. Betul tak cakap si yahudi tu?? So dari situ, aku mula tertarik membuat kajian aper kah sebenarnya tengkarah di Asia Barat nih?? So selama nie, aku mengutuk secara membabi buta rupanyer...
Perbezaan antara Yahudi & Zionist (Jews and Zionist)
The Difference Between Jews and Zionists
Zionist: Zionism is a political, not a religious Jewish movement. Not all Zionists are Jewish, and not all Jews are Zionists.
Jews: Come in all shapes and sizes. They also have a difference in political affiliation. some support zionism, some do not. These are the Jews who are not Zionists. Jews who fight for justice and peace, and advocate an end to the Israeli occupation of Palestine.
Perbezaan orang2 Yahudi dan Zionist amat ketara. Tak semua bangsa Yahudi itu jahat. Ader juga yg amat benci dgn tindakan rejim zionist nih.
Orang2 Yahudi menganut ugama Judaism; yg mempercayai adanyer itu Tuhan yg Esa. Seperti org2 Muslim dan Christian, Yahudi juga adalah dikalangan ahli kitab (People of The Book).
Tetapi Zionist adalah kelompok yahudi yg menyeleweng dan kejam. Mereka mementingkan kuasa dunia. Mereka mahu menguasai dunia (New World Order) kerna mereka percaya bahawa mereka adalah umat yg 'terpilih.'
Manakala, sebilangan org Yahudi yg lain pula adalah dari golongan anti-zionist. Mereka yg lebih cenderung kearah Judaism, mengaku bahawa keganasan Zionist itu salah di sisi ugama. Negara Israel tidak sepatutnya wujud dan mereka mengaku bahawa tanah itu adalah hak rakyat Palestine.
Jewish Rabbi: Zionists are Godless Criminal Thugs
Dalam erti kata yg lain, tak semua org Yahudi itu zionist dan tak semua zionist itu Yahudi.
Yang aku terperanjat, rupanyer rejim Zionist ini terdiri dari bermacam-macam bangsa dan ugama....termasok segelintir kaum Muslim juga. (yg secara sedar atau tak sedar, mereka telah menjadi sekutu Zionist!)
Nauzubillah Minzalik.
ps: Kalo korang nak tahu, pegilah buat research sendiri. Korang pasti akan terjumpa...
Soul: Zion Must Fall (Fallen Angel)