Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label ghosts. Show all posts
Showing posts with label ghosts. Show all posts

#292: A Ghost Couple...!!!

Lokasi: Fort Canning Park, Singapore
Waktu: 7.30pm

Ini kisah benar. Aku dpt tgk gambar hantu first hand dari camera kawan aku tadi.

Ceritanya mcm gini. Satu hari tu dia dgn sorang kawan aku lagi satu, gie Fort Canning mlm2. Tujuan mereka utk belajar cara-cara teknik mengambil gambar pada waktu mlm, dlm suasana yg agak gelap tanpa menggunakan banyak cahaya. (Kira nak asah photography skill ler tuu...)

So dia snap sana...dia snap sini...dia snap sinun...

Berikut adalah sequence gambar2 yg dipetik dalam masa seminit tuu...

1st shot: 7.36pm

2nd shot: 7.36pm (+few seconds)

3rd shot: 7.37pm

Waktu tu takde org pon lalu kat situ. Suasana sunyi. Cuma mereka berdua ajer.

TAPI...apabila dia pulang dan meng-upload gambar2 tu, alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak ader 2 lembaga berdiri directly belakang kawan dia tuh...!!! (Gambar 2nd shot)

Berdiri bulu roma kawan aku seyy. Satu malam dia tak dpt tido...

So, tadi dia berikan kat aku gambar2 tersebut utk membuat kajian CSI dgn lebih terperinci lagi..

Sebagai seorang CSI yg professional, kami menggunakan teknik canggih, sofware canggih dan sumer yg canggih2 ahhh (takde yg tak canggih). Kami enhanced resolution dan cuba membaik pulih contrast ke atas gambar tersebut.

Gambar 2nd shot yang telah di enhanced supaya nampak lebih terang...
Terperanjat berok aku bila terlihat ader 2 lembaga putih kat belakang tuh. Sorang lelaki, dan sorang pompan....Lalalalalaa~~

Tetiba muncul 'dua pasangan' kat belakang tuu....

Kawan aku kater:

"There was no one there except us. It wasn't total darkness, so we could have seen if something was moving..."

"Anyone would have stopped snapping pictures if they see unidentified objects within their frame, right? But I see nothing..."

"He would have turned around to look behind him and tell me to wait when he heard footsteps. But it was so quiet..."

"Everything happened within that few seconds. Who could have appeared and disappeared in split second?? Only ghost does that!"

Hantu pompan (kiri), Kawan aku (tengah), Hantu lelaki (kanan)
Lembaga tu seakan-akan sepasang couple yg juga turut berposing mengambil gambar disitu. Tapi yang aku heran, hantu tu bukan mcm hantu2 yg kiter nampak kat TV.

Hantu lelaki tu pakai bermuda dgn sneakers. Yg hantu pompan tu, rambut panjang and bawak handbag. Pakaian diaorg sumer kaler putih.

Eh? Jenis hantu aper nih?? Style sakk pakaian! Mcm nak pegi picnic...!!

Berikot adalah spesifikasi camera yg telah digunakan:

Camera model: NIKON D80
F-stop: f/45
Exposure time: 1/13 sec.
ISO speed: ISO-800

Setelah mengalisa gambar-gambar tersebut, aku BERANI SAHKAN bahawa gambar itu adalah tulen tanpa sebarang editing. Perbezaan waktu ketika gambar2 tersebut dipetik kurang dari 1 minit! (The time was digitally recorded for every frame.)

Maka kedua2 pasangan lembaga itu adalah benar-benar hantu!

So, jgn pegi ke Fort Canning waktu senja. Tempat tu kini disahkan ader hantu kawen-kawen!

Edited 30/6/2010:

Tadi, penyiasat CSI mula mencari jawapan mengenai terjadinya jelmaan 'lembaga' tersebut.

Menurut kepercayaan sesetenagh pihak, bahwa hantu mcm tu mmg wujud. These sightings maybe their long lost souls.

"...They maybe once a loving couple who may have died a tragic death. They may not be aware they are dead and are roaming on this part of the world in limbo. Fort Canning maybe have been their favourite dating place once. And so, they re-appeared together again in their afterlife..."

May their souls rest in peace.

Who says "...till death do them apart"??


ps: Jgn biarkan hidop anda diselubungi misteri.......kehkehkeh


Soul: Ku Seru (Misha Omar)

Hantu Apakah Yg Paling Terror??

Hantu pon ader banyak bangsa jugak. Ader hantu melayu, hantu cina, hantu keling, hantu omputih, hantu jepon, hantu negro....bla...bla..blaa...

Aku ader seorang kawan berbangsa cina. Nama dia Ah Lee. Dia kawan reservist aku.

Satu hari tu aku tanyer Ah Lee dia kejer aper? Oh rupanyer Ah Lee nie kejer sebagai "cina loktang"! Korang tau tak aper tu "cina loktang"??

Kalo org melayu, kiter panggil dukun/bomoh/witch doctor. Tapi kalo bangsa cina kita panggil dia "cina loktang" atau lebih tepat "Tang-ki" dlm bahasa hokkien.


"Tang-ki are Taoist spirit-mediums possessed by deities and give advice to their clients about all matters of importance. They may also perform exorcism and healing and amazingly mutilate themselves to demonstrate supernatural power." - http://www.spi.com.sg/spi_files/tangki/main00.htm

Kejer dia mengubat dan menyembuhkan orang2 yg terkena sampok, santau, halau hantu dan mcm2 penyakit lah dari segi kepercayaan masyarakat cina.

Aku pon tanyer si Ah Lee, seronok tak jadi cina loktang nih? Dia kater mcm2 jenis bangsa hantu dia dah jumpa dan lawan. Tapi, cuma satu jenis bangsa hantu ajer dia tak berani nak lawan.

Aku tanyer dia, hantu aper kah tu? Dia kater - hantu melayu!

"Malay ghost i very scared one. Must call malay bomoh come help me." kater dia kat aku. Kao bayangkan, betape terrornyer hantu-hantu melayu nie...Loktang pon takot dgn dia orang!

Si Ah Lee nie mengaku orang melayu banyak bela hantu puaka. Dan hantu melayu nie sumer hebat-hebat plak tuh. Segala jampi serapah tak jalan. Hantu-hantu melayu nie kebal agak nyer.

Tapi aku rasa betol ler tuu... Mana2 pegi, cuma cerita hantu melayu ajer kiter selalu dgr. Pontainak lah, pocong lah, toyol lah, hantu tetek lah, penanggal lahh...ishhh...hantu bangsa lain jarang plak aku dgr.

Abeh ader satu citer lagik aku dgr dari kawan aku. Org cina takot nak jalan tepi kubor melayu. Dia kater, biar sepuloh kali dia jalan kat kubor cina. Tapi, kalo suroh dia jalan kat kubor melayu, mati idop balik dia takmo!

Dia kater, dlm banyak2 kubor, kubor orang melayu jer yg paling menakotkan. Apasal ntah, aku pon tak tahu...

So aderkah ini menunjukan hantu melayu adalah hantu jenis paling ganas dan menyeramkan? Adekah hantu melayu nie jenis King Of The Hantu??

Jenis-jenis hantu:
http://www.sfogszero.com/ghosts/ghosts-myths-and-folklores

Cerita-cerita hantu:
http://www.sfogszero.com/stories
http://www.hungzai.com/home/
http://hantumelayu.blogspot.com/
http://kisahmj12.blogspot.com/



ps: Aku tak kuasa nak pikir pasal hantu-hantu nie sumer. Yang penting, jgn terserempak sudah..


Soul: Lagu Uncle/Apek Misteri Jam 12 (DJ KC)

Do you believe in ghost?


OOOoooooOOOOooo...kehkehkeh

Eh, aku nak tanyer sikit. Korang caya ader hantu tak??

And the most important question is, korang pernah nampak hantu tak? hehe...

Meh aku citer2 sikit pasal hantu lah. Aper yg aku tahu kan, hantu nie adalah dari golongan jinn.

Dia org pon mahluk ciptaan Tuhan jugak. Dia org pon ader family. Ader bapak hantu, mak hantu, anak hantu...hurhur...kira family nucleus yg sungguh mencukupi kalo nak apply flat HDB ahh..(tapi anak menantu tak masok share ek!)

Kalo ko tanyer if aku pernah nampak hantu ke tidak, ermm...susah jugak ler aku nak cakap. Tapi ader jugak ler a few sightings. Tapi aku tak tahu if benda tu momok ke bukan...

Last friday, masa kat masjid, kiter dok ler bobal pasal citer hantu sementara nunggu khutbah jumaat. so, ader ler kawan aku nie bobal pasal Fatimah Rocker (Cik Pon).

"Eh, korang pernah nampak Cik Pon terbang tak?" kawan aku tanyer.

"ermm..blom pernah ler nampak. Kalo bole, tak nak nampak ahh..heh!" aku jawab ler balik.

Dia kata, Cik Pon nie, kalo terbang bukan mcm superman tau..dia terbang guna kan rambot dia yg panjang tuh...

"Masa dia terbang, dia pusing2 kan kepala dia so rambot dia bole berpusing mcm kipas helikopter!"

"Muahahaha...eh betol ke, bang??" aku dan members yg lain mcm tak caya gitu.

Tapi dia mcm bersungguh2 lak citer kat kiter. Dia kater dia pernah nampak dulu kat kampong...uisshhh..

Tapikan, kalo korang pegi kat Kpg Wak Hassan daerah Sembawang, korang try pegi daerah muara sungai. Kat situ org selalu tangkap ketam.

Ader sebatang pokok kelapa yg tinggi. Kat batang pokok tu aku nampak ader paku besar tercacak. Kat paku tu ader segumpal rambot yg amat pnajang. Agak2 korang aper eh??..eeeiiii takottt!

And paku tu, bukan paku tembok OR paku kayu mcm korang biasa nampak tau. Tu paku gedek siakk..mcm paku kapal! Pastu paku tu tinggi kat atas pokok tu..

Anw, aku tak tegur ler pasal benda tu. Takut nanti dia ikot aku balik ahh..

Pastu last week, aku dok bobal dgn si razak. Dia kater umah dia tu mcm ader 'benda' ahh. Dia rasa mlm susah nak tido. Mcm ader 'benda' memerhatikan dia ajer.

Pastu, kakak dia recommend ler sorang bomoh dari batam utk scan umah dia tu. Bomoh tu kater, umah dia tu ader penunggu ler. Tapi dia tak kacao org. Dia setakat tompang lalu jer.

Abes tu, bomoh tu mintak telur ler, paku ler, garam ler..ntah aper lagi ah. Dia kater nak buat pendinding ker haper...Si Razak nie, rasa mcm tak sedap ahh. Mcm menipu jer bomoh nie.

Ape ketidaknya, pastu bomoh mintak S$150.00 sebagai pengeras. Bomoh nak buat kenduri doa selamat kat batam...huhu. Ader ke patut mcm tu?? eeeiiii...menipu nih!

Aku nasihat kat korang ler, kalo nak berubat ke, nak semah umah ke, nak halao hantu ke, cari ler org2 yg bertauliah.

Kalo bole cari ler ustaz2 yg kiter kenal. Jgn ler cari yg pakai kemenyan ke, pakai limau nipis ke...takot nanti syirik. Dari nak buang suay, jadi bertambah2 suay plakk..

Actually, banyak lagi citer2 hantu aku nak share kat korang. Kalo aku FREE, nanti aku story lagi ek..


ps: Citer nenek keropok dulu tu betol. Aku memang jumpa dia! Percayalah cakap aku!



Soul: Sirenia Glades of Summer (Gothic Nagay)

Nampak Hantu...

Ghost sighting at Juara Lagu ke-24.



Alalalalala....smlm kawan aku email aku citer nih.

Korang tu hari tengok Anugerah Juarah Lagu kat TV3 tak? Ader beberapa orang nampak hantu momok 'LIVE' kat situ ahh....ishh!

Nah aku selit kan email tersebut...

Huhuh. Takutnya kita orang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-
Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.

Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.




Sedikit penerangan dari Klubkidd.

1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.

2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab

a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.

b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.

c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.

d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.


Oooohhh...padan ler Aizat menang BEST PERFORMANCE for lagu Kau Aku mlm tuu. Rupanyer ader extra dancer berjoget kat atas tuuu...huhu!


Kalo korang nak baca comments pasal citer nie, click below:
http://www.klubbkidd.com/2010/01/kisah-paranormal-di-ajl.html


Eeeiiii...takot tak??


ps: Jangan biarkan hidop anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiii................kehkehkehhkehh



Soul: Haunted (Evanescence)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB