Subscribe News Feed Subscribe Comments

#292: A Ghost Couple...!!!

Lokasi: Fort Canning Park, Singapore
Waktu: 7.30pm

Ini kisah benar. Aku dpt tgk gambar hantu first hand dari camera kawan aku tadi.

Ceritanya mcm gini. Satu hari tu dia dgn sorang kawan aku lagi satu, gie Fort Canning mlm2. Tujuan mereka utk belajar cara-cara teknik mengambil gambar pada waktu mlm, dlm suasana yg agak gelap tanpa menggunakan banyak cahaya. (Kira nak asah photography skill ler tuu...)

So dia snap sana...dia snap sini...dia snap sinun...

Berikut adalah sequence gambar2 yg dipetik dalam masa seminit tuu...

1st shot: 7.36pm

2nd shot: 7.36pm (+few seconds)

3rd shot: 7.37pm

Waktu tu takde org pon lalu kat situ. Suasana sunyi. Cuma mereka berdua ajer.

TAPI...apabila dia pulang dan meng-upload gambar2 tu, alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak ader 2 lembaga berdiri directly belakang kawan dia tuh...!!! (Gambar 2nd shot)

Berdiri bulu roma kawan aku seyy. Satu malam dia tak dpt tido...

So, tadi dia berikan kat aku gambar2 tersebut utk membuat kajian CSI dgn lebih terperinci lagi..

Sebagai seorang CSI yg professional, kami menggunakan teknik canggih, sofware canggih dan sumer yg canggih2 ahhh (takde yg tak canggih). Kami enhanced resolution dan cuba membaik pulih contrast ke atas gambar tersebut.

Gambar 2nd shot yang telah di enhanced supaya nampak lebih terang...
Terperanjat berok aku bila terlihat ader 2 lembaga putih kat belakang tuh. Sorang lelaki, dan sorang pompan....Lalalalalaa~~

Tetiba muncul 'dua pasangan' kat belakang tuu....

Kawan aku kater:

"There was no one there except us. It wasn't total darkness, so we could have seen if something was moving..."

"Anyone would have stopped snapping pictures if they see unidentified objects within their frame, right? But I see nothing..."

"He would have turned around to look behind him and tell me to wait when he heard footsteps. But it was so quiet..."

"Everything happened within that few seconds. Who could have appeared and disappeared in split second?? Only ghost does that!"

Hantu pompan (kiri), Kawan aku (tengah), Hantu lelaki (kanan)
Lembaga tu seakan-akan sepasang couple yg juga turut berposing mengambil gambar disitu. Tapi yang aku heran, hantu tu bukan mcm hantu2 yg kiter nampak kat TV.

Hantu lelaki tu pakai bermuda dgn sneakers. Yg hantu pompan tu, rambut panjang and bawak handbag. Pakaian diaorg sumer kaler putih.

Eh? Jenis hantu aper nih?? Style sakk pakaian! Mcm nak pegi picnic...!!

Berikot adalah spesifikasi camera yg telah digunakan:

Camera model: NIKON D80
F-stop: f/45
Exposure time: 1/13 sec.
ISO speed: ISO-800

Setelah mengalisa gambar-gambar tersebut, aku BERANI SAHKAN bahawa gambar itu adalah tulen tanpa sebarang editing. Perbezaan waktu ketika gambar2 tersebut dipetik kurang dari 1 minit! (The time was digitally recorded for every frame.)

Maka kedua2 pasangan lembaga itu adalah benar-benar hantu!

So, jgn pegi ke Fort Canning waktu senja. Tempat tu kini disahkan ader hantu kawen-kawen!

Edited 30/6/2010:

Tadi, penyiasat CSI mula mencari jawapan mengenai terjadinya jelmaan 'lembaga' tersebut.

Menurut kepercayaan sesetenagh pihak, bahwa hantu mcm tu mmg wujud. These sightings maybe their long lost souls.

"...They maybe once a loving couple who may have died a tragic death. They may not be aware they are dead and are roaming on this part of the world in limbo. Fort Canning maybe have been their favourite dating place once. And so, they re-appeared together again in their afterlife..."

May their souls rest in peace.

Who says "...till death do them apart"??


ps: Jgn biarkan hidop anda diselubungi misteri.......kehkehkeh


Soul: Ku Seru (Misha Omar)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB