Subscribe News Feed Subscribe Comments

Cuaca sungguh panas sekali...

Fuuhhh...panas ler 2-3 hari nie. Masa aku jalan kat bawah tadi, bahang nyer amat terasa walopon aku berjalan ditempat yg teduh.

Tadi petang aku tak jadi minom teh panas. Nyonya buat teh tu tanyer kenapa aku tak nak minom teh dia hari nie? Aku cakap org giler jer minom teh panas bila cuaca tgh panas...teeheehehe!

Memula nak beli cendol tadi. Tapi, cendol dia tak best ahh pasal dia gunakan gula merah, bukan gula melaka. So aku beli ler ABC.(Ais kacang ler).

Apabila aku menyuap mulot aku dgn ice kacang yg sejuk lagi manis, terasa seperti badan aku nie disirami salju dari pergunungan alps. Perrgghh...alang kah nikmat ketika saat itu. Sungguh cooling sekali! Rasa kan mcm nak bergolek-golek jer aku dilantai kerana menikmati kenyamanan ice blended yg aku telan tuu...

Ais kacang yg setinggi gunung Everest tu, mampu aku 'hakis' dlm masa 5 minit jer. Lepas tu aku mencedok-cedok dan menghirup-hirup baki ais kacang yg dah tercair akibat heat wave yg melanda disekeliling aku.

Slurrppp......slurrrppp...... AaaaaaAaaaaAAAaaahhhhh...nikmat!!!!

Besok aku nak gie 7-11 beli slurpee plak ahh....

ps: Ketika cuaca panas mcm nie, amalkan minom air suam. Jgn selalu minom air sejuk kerana ianya lebih memudaratkan.



Soul: Slow Hot Wind (Block 16)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB