Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

#297: Resepi Sontong Masak Asam World Cup!

Sotong suka tengok World Cup. Hari-hari sotong tengok World Cup!

Sotong Paul yg memilih Sepanyol utk menjadi juara sebelom perlawanan akhir diantara Belanda & Sepanyol bermula. Aper yg membuat ianya menjadi misteri, Sepanyol benar2 menjadi juara!

Telah termaktub dlm sejarah akhirnya pasukan Sepanyol berjaya menjadi pasukan yang terhebat dan terunggul di dunia!

Juara Dunia - Sepanyol

Syabas juga kepada sotong Paul kerana akan menjadi Sotong Masak Asam tak lama lagi.

Untuk meraihkan kemenangan itu, aper kater besok kiter sumer ramai2 masak sotong...

Sotong Masak Asam

Bahan-bahan:

625 ml air
3 camca besar air asam jawa
1 ½ cm belacan
1 camca besar garam
1 camca teh gula pasir
3 keping asam gelugur 12 biji bawang merah, dihiris halus
2 batang serai, diketuk
5 biji cili merah, dibelah tengah (jangan hingga putus)
1 ekor sotong world cup yg bernama, Paul! hahaha...

Cara-caranya:

Satukan air bersama air asam jawa, belacan, garam, gula pasir, asam gelugur, bawang merah dan serai di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana. Biar hingga ia mendidih. Masukkan cili merah bersama cili hijau, biar ia 10 minit. Masukkan sotong, biar hingga ia masak.

Source: http://resepi.mesra.net/Detailed/1357.shtml

Thks to all football kakis for the amazing World Cup time we had! Let's gather again for World Cup 2014 Brazil! Thank you, frens! =D


From Nora's fB: "And so we've got another surprise!! Nice momentos of Teddy from Zue!! So cute!! Thanks alott!!"


ps: World Cup dah abes. Nak telek ape plak lepas nie??


Soul: World Cup Song 2010 (Natalie Buntting)

Sardin masak asam pedas wak lu!

Sardin Masak Asam Pedas


Lalalalalalaaa...

Sepatutnya aku dah jadi chef sekarang ahh. Maybe, aku dah bukak restaurant agaknya. Or, setidak-tidak nya, aku dah terbitkan buku masakan aku sendiri...

Aku sebenarnya minat masak kat dapor, tapi biler dah abes masak, aku sungguh malas nak basuh segala periok belanga yg dah tonggang-langgang tuu..tu pasal ler agaknya minat aku utk masak kat dapur selalu terbantut.

Anw, seperti yg telah aku janjikan dulu, hari nie aku ader 1 lagi resepi nak share ngan korang.

Hari nie kiter masak Sardin Masak Asam Pedas, okeyy...


Barang2 masakan yg diperlukan:

1 paket kecik cili boh (Lebih bagus kalo buat sendiri- cili kering+bawang putih+belachan-pastu blender)
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikat halba
1 sudu besar asam jawa. (asam boyan, asam bugis, asam boi sumer tak bole...asam jawa jer)
2 biji tomato
1 tin sardin
Ajinomoto
Garam

Cara memasak

Tumis cili kering. Masok kan serai & halia yg telah dititik. (Titik tu ko kena ketok2dgn pisao! Bukan kuti pakai jari.)

Pastu, ko masok kan halba. Sambung tumis lagi hingga garing...

Utk membuat air campuran asam, amik asam jawa dan campurkan kedalam 500ml air. Biar air asam itu pekat.

Tuang air asam tadi kedalam tumisan dan gaul hingga mendidih.

Bubuh garam & ajinomotor secukup rasa. Masok kan 2 biji tomato yg telah dipotong empat, kedalam masakan. (Aper yg aku tahu, tomato nie bole menyerap segala lebihan rasa masin di dalam lauk kiter masak. It acts as an agent.)

Akhir sekali, baru ler kopak 1 tin sardin.

Seperti biasa, sedut bau aroma sardin tu dulu. Lepas tu masok kan kesemua ikan sardin dan sos/kuah sardin itu kedalam lauk anda.

Gaul hingga sebati dan biarkan ia masak selama 10 minit.

Taaadaaaa.....dah siap!

Ini lah masakan lauk sardin yg paling simple sekali..bole siap within 30min.

Tak caya gie try ahh...

Aku dah share resepi bahagia nie kat facebook: http://www.facebook.com/editphoto.php?oid=77431127643&success=1&failure=0#/topic.php?uid=77431127643&topic=12220



ps: Kalo lauk korang tak menjadi, jgn salah kan aku. It takes time and patience to be perfect. Lalalalalala~~


Soul: Les Sardines (Patrick Sebastien)

Mari masak Kari Sardin

Tgh hari tadi kat opis, aku beremail-emailan dgn Rubiah. Topik kiter bualkan ialah pasal sardin.

Yelerr...aku nie memang hantu sardin. Pasal dari kecik mak aku asyik melantak aku makan sardin jekk.. XD

Sebenornya, kalo kiter pandai gayakan masakan, mcm2 aneka lauk kiter bole masak dgn menggunakan 1 tin sardin.

Selain roti sardin, epok2 sardin, kiter juga bole masak sambal tumis sardin, asam pedas sardin, sardin masak kicap, mee sardin, pizza sardin dan ader apa2 ntah lagii lerr..


So, hari nie, aku nak kongsi resepi Kari Sardin.

Bahan2 yang diperlukan:

1 biji bawang besau
4-5 biji bawang putih
1cm halia (tau tak halia tu aper? Bukan kunyit tau!)
1-2 tangkai daun kari (Mesti ler pakai daun kari...takkan daun pandan?!)
1 kotak santan (err...aku selalu beli santan kotak jer. Kat sini susah cari kelapa!)
2-3 biji tomato
2-3 biji kentang
Garam
Ajinomoto
Secekop biji sawi (Biji kecik2 kaler hitam tuu)
2 sudu serbuk rempah kari ikan

Cara2 siapkan bahan2 utk dimasak

Bawang besar dihiris-hiris.
Bawang putih & halia ditumbuk atau blender.
tomato & kentang dipotong dua

Cara2 memasaknyer

Tumis bahan2 dulu...

Bawang, daun kari, biji sawi di tumis hingga bawang layu. Daun kari tu tolong buang tangkai nyer dulu ehh. Pastu secekop biji sawi jer. Agak2 ajer lerr. Takyah banyak2. Terselit kat gigi kang...hahaha!

Masuk kan bahan2 yang telah ditumbuk atau diblender tadi (bawang putih & halia).

Tumis kan lagi sehingga ler garingggg...

Masuk kan 2 sudu serbuk kari ikan dan continue tumis lagi. Sambil tumis tu jaga sikit api. Check gas masak cukop tak. Karang tgh masak, sekali gas lak abes...huhu...

Agak2 berapa minit kemudian, tuang santan dan biarkan ler ianya mendidih kejap.

Kopak satu tin sardin. Sedut bau aroma sardin tuu dulu...perrghhhh tangkap feel!

Pastu tuangkan semua sardin dan kuah sardin kedalam masakan tadi. Kacau dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang agar ianya sebati. Tak bole ganas2, pasal nanti ikan sardin tu hancur! Kalo ikan sardin dah hancur berderai, lauk sardin anda tak akan jadi hensem / cantik seperti anda.

Pastu amik sedikit garam, ajinomoto secukop rasa. Renjis-renjis dipilis ke dalam lauk anda.

Akhir sekali, masuk kan tomato dan kentang yang telah dipotong tadi dan gaul sehingga keluar aroma yg menusuk ke kalbu.

TaaaDaaaa....dah siap!

Cara hidangan

Takpayah ler nak hidang dlm mangkok yg cantik2. tak payah ler nak hias-hias tarok pokok bunga kat lauk tuu. Aper yg penting kenikmatan dan kelazatan masakan anda harus ader orang yg memuji.

Next, aku akan share masak asam pedas sardin *winks* - So nanti kan resepi aku seterusnya.

Thank you dan selamat mencuba....peeewwiiitt! =)

Resepi Kari Sardin ini juga telah saya kongsi di Facebook. Sila lungsuri : http://www.facebook.com/topic.php?topic=9571&uid=77431127643#/topic.php?uid=77431127643&topic=9571


ps: Kalo anda ader aper2 soklan, sila hantar ke email saya di: rising_dragon@rock.com. Kalo nak suruh saya masak kan pon bole. Tapi musti kasi upah, okeyyyy...
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB