Rizan nyanyi lagu Misteri Mimpi Syakilla
Time zaman rock dolu-dolu, lagu Misteri Mimpi Syakilla memang TERamat ngetop sekali ahh..
Lagu tu, kira dah mcm lagu 'wajib' bagi setiap mat-mat rock yang kental..
Tapi kan, korang tahu tak aper kah maksud disebalik lagu Misteri Mimpi Syakilla tuh?
Mari kiter kupas...
Kekadang senikata lagu nie pelik. Susah ko nak paham. Hanya orang-orang yg step mcm paham ajer paham akan isi cerita lagu tersebut.
Dah lama aku buat research pasal lagu nie. Ader mcm2 versi cerita aku dgr. Yang paling menarik aku dgr dari otai-otai lama, lagu tu citer pasal hantu yg bernama Syakilla...huhu. (Ntah yer ke tidak tuhh)
So aku mula lah buat kajian selidik-menyelidik akan maksud yg tersembunyi pada lagu tersebut.
Aku mula tonggang-terbalik dan menyusun semula lirik kata lagu tu menjadi sebuah cerita. Aku rasa lah, cerita aku ini hampir-hampir sama dgn aper yg telah dibayangkan oleh penulis lirik lagu Misteri Mimpi Syakilla itu.
Cerita Misteri Mimpi Syakilla (teori aku lah)
Aku gunakan balik lirik lagu dan re-arrange utk menjadikan sebuah cerita...baca betol2.
Berdiri bila pun engkau menjelma. cuaca begini gambaran dimana? Siapa syakilla?
Aku adalah aku. Lukisan impianku yang terharu. Apakah mahunya dalam suasana mengelilingi aku.
Harum tiada wajah. Sebuah misteri hanyut dalam bayangan diriku sendiri.
Mana Syakilla? Dimanakah mengilang?
Aku pon tak tahu. Lemah langkah ku mengejarmu, nyanyi lagu yang rindu.
Walau hilang ceritamu, sentuhan mu di hati tetap abadi.
Ku menanti disini.
Agak2 korang, dapat agak tak aper maksud yg terselit?? Masih tak paham??
Mari aku cuba kupas cerita ini dalam suasana keadaan sekarang, supaya korang dpt memahaminya dgn lebih jelas...
Terjemahan untuk paragraph pertama.
(Berdiri bila pun engkau menjelma) Kisah jejaka yg hidupnya sepi tetiba jadi ceria apabila Syakilla muncul dalam hidupnya.
Al-Kisah, si jejaka nie ader facebook. Tetiba si Syakilla nie add dia as a fren.
(Siapa syakilla?) Dia tak kenal siapakah Syakilla tu.
(Harum tiada wajah.) Infact, Syakilla nyer profile picture kat facebook pon takde gambar.
(Cuaca begini gambaran dimana?) Cuma ader gambar pemandangan pokok-pokok dan bunga-bunga ajer. Saper seyy Syakilla nie?
(Aku adalah aku) Jejaka nie tak ler sehensem mana. Kalo setakat mcm Norman Hakim tu, mmg ler jauh panggang dari api ek! setakat mata. mulot, hidong tu dia ader lahh..dia hanyalah jejaka biasa yg tidak mempunyai apa2 keistimewaan.
(Apakah mahunya dalam suasana mengelilingi aku) Dia tidak tahu apakah motif disebalik jalinan ini. Tapi si Syakilla tetap nak jadi kawan dia.
(Lukisan impianku yang terharu).Dia sungguh tersentuh dgn keikhlasan Syakilla yg begitu tulus dan suci utk menjadi sahabatnya.
Terjemahan untuk paragraph yang kedua.
Jalinan persahabatan mereka menjadi akrab semenjak hari itu.Mereka amat senang sekali berkawan. Kini mereka dah menjadi online frens. Hari2 dia orang nie chatting. Tak kira malam ke, siang ke. Walopon dah jadi online frens begitu lama, dia tetap tak tahu bagaimana rupa bentuk syakilla itu.
Satu hari tu, dia mula memberanikan diri meluahkan perasaan nyer pada Syakilla. Pastu dia ajak Syakilla kluar dating. Tapi, Syakilla seorang yg pemalu. Dia takmo berjumpa. Lagipon dia takde ape2 perasaan utk si jejaka tu. dia setakat nak berkawan jer. Berkali-kali si jejaka tu mendesak. Tetapi Syakilla die-die takmo jumpa jugak!
(Mana Syakilla?) Semenjak itu, Syakilla tetiba menyepi tanpa berita. MSN/Skype Syakilla appear offline jer, facebook pon dah takde dlm friend list lagi.
(Dimanakah mengilang?) Syakilla tetiba lenyap begitu saja. Si jejaka menyesal pasal terlalu sangat mendesak utk memotek dgn si Syakilla tuh..
(Aku pon tak tahu) Tu yg pelik tuu..Aper dah jadi dgn gadis impian dia tu ek?
(Lemah langkah ku mengejarmu, nyanyi lagu yang rindu.) Setiap hari dia mencari-cari Syakilla online. Sampai dia sanggup gie google nama Syakilla kat internet. Tapi Syakilla takde jugak. Dia sedih. Dia rindu nak chat dgn syakilla.
(Walau hilang ceritamu, sentuhan mu di hati tetap abadi.) Dia selalu terkenang saat-saat manis ketika berjiwang dgn syakilla kat online. Dia pm kat msn, tak reply. Dia msg kat facebook & twitter tak di balas langsung. Aper telah terjadi pada Syakilla? hidop dia kini kembali sunyi. Dia jadi hampagas.
Dalam kehampaan, dia masih lagi mengharapkan kehadiran Syakilla. Tak dapat jumpa pon takpe ah..asal kan dapat chatting kat online mcm dolu-dolu pon ok gak...
(Ku menanti disini) Sehingga kini dia masih menanti.
So, begitu ler kisah disebalik lagu Misteri Mimpi Syakilla.
Saper tu Syakilla, takde orang pon tahu. Syakilla is still anonymous.
Amaciam? Logik tak citer aku tuu? Ader mcm citer kisah dlm hidop korang tak?? ehehehe..
Tapi itu dari persepsi aku ajer. Pada zaman dulu, mana ader internet online nie sumer. Ruangan pen-pal tu ader ler. So maybe si Syakilla nie hantar surat pen-pal nak kenal2 dgn jejaka tu ahh..
Yg tahu cerita sebenar, adalah penulis lirik itu sendiri. Tapi, sayangnya dia dah meninggal dunia. Al-Fateha utk Allahyarham JS Kevin.
Lirik Lagu Misteri Mimpi Syakilla
Dimanakah Menghilang
Diriku Sendiri
Hanyut Dalam Bayangan
Sebuah Misteri
Harum Tiada Wajah
Mengelilingi Aku
Dalam Suasana
Yang Terharu
Lukisan Impianku
Gambaran Dimana
Cuaca Yang Begini
Apakah Mahunya
Aku Adalah Aku
Nyanyi Lagu Yang Rindu
Lemah Langkahku Mengejarmu
Bila Pun Engkau Menjelma
Disini aku Berdiri
ku Menanti
Walau Hilang Ceritamu
Di Hati Tetap Abadi
Sentuhanmu
Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Aku Pun Tak Tahu
Oh Oh
Syakilla
Lagu/Lirik: JS Kevin
ps: Dulu ader majalah Variapop tau. Ader ruangan kenal-kenal. So bole tulis surat 'wangi-wangi' kat pen-pal. Mungkin dari situ ler tercetus kisah Misteri Mimpi Syakilla nie ek..?
Soul: Misteri Mimpi Syakilla (Wings)