Subscribe News Feed Subscribe Comments

Novella Isabella



"Ok geng, aku terpaksa pergi sekarang. Dah lambat sangat nih," ujar Suhaimi pada rakan-rakannya sambil tergesa-gesa.

Sesi jamming di studio pada hari itu terpaksa dipendekan. Suhaimi terpaksa bergegas untuk pergi bertemu Isabella.

"Lahh?..belom sampai sejam kita berlatih," sampuk Yazit. "Kita belum lagi tune sounding kita?"

"Yelah, Amie. Semenjak dua menjak nie, kau asyik sibuk ajer keluar dating," suara Nasir yang agak kecewa. "Masa dah semakin suntuk untuk persiapan kita nanti."

Kugiran Amie telah dijemput untuk tampil membuat persembahan istimewa rancangan Hari Raya, disalah sebuah stesen TV. Mereka telah diundang khas oleh pihak penerbit rancangan itu selepas berjaya memenangi pertandingan muzik rock yang telah dianjurkan di Alor Setar baru-baru ini.

Setelah mendapat tawaran, rakan-rakan yang lain tidak jemu-jemu berlatih untuk memantapkan lagi segi permainan muzik mereka. Tetapi, sejak kebelakangan ini, prestasi Amie mula menurun. Beliau agak acuh tak acuh membuat latihan. Penumpuan Amie semasa latihan nampak terjejas semenjak kehadiran Isabella di dalam hidupnya.

"Aku berharap sangat kau dapat memberi tumpuan sepenuhnya, Amie. Kita tak nak hal peribadi engkau nanti akan mengganggu persiapan kumpulan kita." Din, salah seorang anggota kumpulan, memberi sepatah-dua nasihat.

"Betul cakap Din tu." kata Kid, selaku pemian guitar utama kumpulan. "Kita tak larang kalau kau ader makwe, tapi..."

Sebelum Kid dapat menghabiskan kata-katanya, Suhaimi membuka pintu dan terus melangkar keluar dari studio. Dia seolah-olah tidak mahu mendengar teguran dari rakan-rakannya. Yazit menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Suhaimi.

"Tengok lah tu. Baru cakap sikit dah nak merajuk!" Yazit berkata dengan nada geram. "Bukan dia tak tahu betapa pentingnya acara persembahan itu bagi kita nanti."

Sambil membelek-belek gitar bass nya, Nasir berkata, "Biarkan lah dia dulu. Aku tak mahu nanti dia ambil hati sangat. Keadaan jadi lagi rumit kalau dia terus merajuk."

"Kita bukan melarang dia dari berjumpa dengan Isabella. Tapi, dia harus sedar akan tanggungjawab dia dengan band kita ini!" Yazit seolah-olah berputus asa dengan perihal Amie.

"Haii.." Kid mula mengeluh. "Mana dia letak kepala otak dia? Kita dah sign kontrak. Lepas tu dia pulak buat hal." ujar Kid lagi.

Keadaan di dalam studo tiba-tiba menjadi tegang. Masing-masing termenung memikirkan kemana arah tuju kumpulan mereka. Dengan wajah yang hampa, ahli-ahli kumpulan yang lain terpaksa meneruskan juga sesi latihan tanpa Suhaimi pada hari itu.

Source: http://novella-isabella.blogspot.com/2008/11/chapter-8.html

ps: Itu adalah sebahagian karya novel aku yang separoh jalan dan blom terabes-abes lagik. Aku ilhamkan cerita ini dulu dalam bentuk sebuah komik kartun sebelom adanya filem Isabella & Fenomena lagi. Kalo ader masa nanti, aku sambung kasi abes ahh..


Soul: Isabella (Search)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB