Subscribe News Feed Subscribe Comments

Maid yang mentel!

Titt...Titt...!!!


Text message kawan aku terima...

"Good morning hw r u...? I'm sorry so early andri disturb u.i think u my friend becuase u numbr little same.don't angry ya.."

"Haii...friend? I want ask with u can or no. what u name and u from where.my name titi fandriyani from indonesia,26 year old. n u..."

Note:
Kawan aku tanyer, saper dah kasi nombor handphone dia kat maid nie harr? Harap korang ngaku! (Fyi, kawan aku bukan bangla, okeyyy)



ps: Maid tu sungguh mentel pasal sms kawan aku time dia kat toilet tgh berak! Eeee....mentel nyer maid niee...!!!




Soul: Text Me (Parker Brothaz)

Matrep tepon Encik Sarip

Warning: Tolong dgr audio nie pakai headphone, ok. Timakasih =)

"......www.pepekmakkao.....hahahah!"

ps: Encik Sarip tu ingat DJ Radio tepon agaknyer. But salute him for being very cool!

All Minah Keningz, Don't Watch This!

You'll feel offended. (Because ur unnatural keningz can't do thiz) *Blueekk*


ps: Ader kening cantik2, gie cukor. Apasal siakk??

Aunty Crackers and The Twitter Thingy

Aku tweet Nenek Keropok tanyer dia ader keropok sardin tak...? sekali dia reply dahh...

www.twitter.com/nenekkeropok

Kluar sotkhabar article pasal nenek kopok nie...

MAK CIK KEROPOK' BOHONG SEMATA-MATA
Oleh Nizam Ismail

KISAH seorang perempuan tua penjual keropok dan membawa bersama makhluk halus yang kini tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan laman blog, tiada kebenarannya dan lantas tidak seharusnya dipandang serius.

Beberapa asatizah yang dihubungi sebaliknya menasihati orang ramai agar tidak cepat terpengaruh dengan cerita-cerita perempuan tua yang diberi gelaran 'makcik keropok' itu kerana ia boleh merosakkan akidah mereka.

Mantan Pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan, Ustaz Pasuni Maulan, ketika diminta mengulas mengenai kisah 'makcik keropok' itu, berkata:

'Kita tidak seharusnya cepat percaya kepada khabar angin yang boleh merosakkan iman.

'SMS atau e-mel sebegini boleh menimbulkan semacam gangguan kepada kehidupan manusia.

'Dalam Islam, apabila kita mendengar berita, kita seharusnya tahu siapa pembawa berita itu.'

Dipercayai kisah 'makcik keropok' itu mula hangat tersebar dan kerap diperbualkan pada awal bulan ini menerusi SMS, e-mel dan laman blog.

Tidak dapat dipastikan sama ada kisah makcik keropok itu tersebar setelah radio Ria, menerusi rancangan Misteri Jam 12-nya, menyiarkan cerita seorang pendengar yang menceritakan pengalamannya dengan 'makcik keropok' itu.

Radio Ria dalam jawapannya berkata, kisah 'makcik keropok' mula diceritakan oleh seorang pendengar sekitar pertengahan tahun lalu.

'Ia adalah rancangan bercorak hiburan semata-mata, sama seperti rancangan seram yang lain di televisyen atau di pawagam.

'DJ yang bertugas sering kali menekankan bahawa cerita-cerita yang dikongsi hanya dianggap rekaan dan tiada kesahihannya.

'Diharapkan para pendengar tidak terbawa-bawa dengan cerita-cerita tersebut.'

Dalam beberapa e-mel dan SMS itu, pengirimnya mendakwa bahawa 'makcik keropok' itu datang dari rumah ke rumah untuk menjual keropok sekitar kawasan Woodlands, Tampines, Pasir Ris dan beberapa kawasan lain.

Makhluk halusnya dikatakan akan disuruh mengganggu seisi rumah mereka yang tidak membeli keropoknya.

Mereka yang membeli pula dikatakan mendapati keropok berkenaan menjadi lemau dan berbau busuk.

Pembaca Berita Harian, Cik Lili Aida Saadon, berkata beliau mula berasa takut dengan cerita-cerita sedemikian dan anakanaknya pula takut untuk membuka pintu jika didatangi sesiapa.

Pendakwah bebas, Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, berkata beliau turut menerima SMS yang sama pada mingggu lalu dan ramai anak muridnya turut mendengar cerita yang sama.

'Dari kaca mata Islam, kita perlu juga melindungi rumah kita dengan zikir atau ayat-ayat Al-Quran.

'Kita juga ada hak untuk tidak membuka pintu rumah kita kepada orang yang tidak kita kenali,' tambahnya.

Jurucakap polis berkata, sejauh ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai seorang wanita yang menjual keropok.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebaran SMS atau e-mel.

Source: http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,146003,00.html?



Pendapat aku:

Aku rasa skrang serata pulao dah dengar kisah nenek yg jual kopok bawak hantu tuu..

Ader yg percaya, dan ader jugak yg mencemuh akan kisah ini. Sehinggakan ianya tersiar diakhbar tempatan.

Khamis lepas aku jumpa Dato' Razak. Dia kata, sorang kawan dia tu dah jumpa reporter sotkabar tu supaya beliau dpt menyiarkan article ini di akhbar. So inilah article yg dimaksudkan.

Secara ringkasnya article ini ditulis secara provokatif. Ianya berat sebelah dan lebih berbaur spekulatif. Secara jelas, ianya menafikan cerita yg kononnya tahyul.

Apasal aku cakap macam tu eh??

Ko baca dan ko pikir lah secara logik..orang yg di interview tu sumer tak pernah terjumpa nenek tu. Aper dia org tahu siakk? So of course lerr dia orang tak caya akan wujudnya nenek tu. Only seeing is believing. Betol tak??

Kalo reporter org putih, dah tentu dia org investigate dalam-dalam tentang kesasihan cerita nie..eheheh..

Cuba si reporter tu gie interview orang2 yg dah terkena dan berdepan dgn nenek tu. Musti ader lagi bukti-bukti yg bole dikorek. Bukan nyer susah sangat. Ko search ajer kat internet. Ramai bloggers yg dah blog abt the insiden yg mereka experienced it first hand.

Kalo tak mereka, mungkin sahabat handai atau kenalan terdekat yg pernah mengalami peristiwa seram tu. Kalo aku dgn senang2 bole get in touch dgn mereka, apasal reporter tu tak bole gie interview mereka tu? Tak resourceful langsung ahh dia orang nie...

Aku suka sekali kalo reporter tu contact aku secara direct. Aku bole kongsi aper pengalaman aku ketika berdepan dgn nenek kopok tuu.

Aku tak nak ler berdebat panjang kat sini. Pada mereka yg tak caya, bersyukurlah. Mungkin anda adalah diantara orang2 yg terlindung dari sihir ini. Pada mereka yg dah terkena itu, semoga kiter berhati-hati di lain kali kerna benda sihir & mahluk halus ini sememangnya wujud.

Aku kira bernasib baik ler, pasal nyaris kena jugak tu hari. Aku sekadar terserempak nenek tu dlm lift ajer. Tapi aku bole kasi detailed descriptions abt nenek keropok tuu.

Ader sorang kawan aku bilang, ader orang yg dikenali tu dah terkena. Anak dia sekarang sakit2 kat umah akibat terkena badi dari nenek kopok tu. Aku simpati kat keluarga tu. Semoga dia dpt penawar dari penyakit yg ditimpa.

Nenek Keropok is now @ Facebook too! - Click here to add her as a friend. *winks*

Related story: http://10tinsardin.blogspot.com/2009/07/citer-hantu.html

ps: Wajah nenek keropok kat twitter tu tak sama dgn aper yg aku nampak dgn mata kepala aku sendiri. Nampak sah twitter tu bedek! hahaha...


Soul: Mysterium (This Ascension)

Do you know Yasmin Ahmad??

"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink." - Yasmin Ahmad, The Storyteller.

Not only loved by Malaysians, but Singaporeans love her too.

Yasmin Ahmad, the prominent film director, melts many Singaporean hearts when 2 of her TV commercials for MCYS, were shown on local channels recently.

Yasmin's gifts to Singapore.











No one doubt her talent, the only Malaysian film maker given the trust to create these commercials, funded by the Singapore government for the people of Singapore, which became an instant hit.

The lady who brought love, humour and has inspired many aspiring directors, has left us forever at 11.25pm (25 July), after lying helplessly at Damansara Specialist Hospital, on a life support, after she collapsed on Thursday, due to brain haemorrhage. (Related news: Click)

The controversial movie Sepet, was well-loved by many, although she received harsh comments and criticisms for her creative ideas and punching storyline.

As a true self-believer, she never gives up. She then came up with more films and stories of the same kind. She has won several international awards because of her persistance.

I have been a constant follower of her blog for the past 2-years and if you are observant enough, her blog has always been on my blogpage ever since.

Every year, without fail, we shall eagerly await for her Hari Raya commercials on TV. Always, simple but touching. Family & love, have always been her theme, to spread the mood and good message across. Her artistic touch were always clear, uncluttered, sincere yet humbling. Everyone loves her for her works.

She has lots more to give, but gone too soon.

Her last words (from her blog)

Anuar said...
Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?
Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

yasmin said...
anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.

(Her above reply was made on 22 July 2009. She left us on 25 July 2009.)

Semoga roh mu dicucuri rahmatNya.

Al-fatehah.

More related news: [Edited 29 July 2009]

ps: She is one of many great talents that I adore. She is a gift from God.


Liverpool babes


Today, I saw cute babes. They look even cuter wearing Liverpool RED tops. I got fetish for girls who wear Liverpool jerseys...I think.

I can't take my eyes off them.

I.so.like.to.see.them.lots. I sound like a pervert, don't I??

If you love Liverpool, most probably I will LOVE you too....

More news: http://www.liverpoolfc.tv/news/drilldown/N165168090724-1015.htm

ps: "..I LOVE you, Torres...I LOVE you, Torres!!..." pompan tu naik stage terus jerit-jerit siakkk. Sakit telinga aku siakkk....
Soul: Can't take my eyes off you (Frankie Valli)

VOTE FOR ME and I will date you...

Awwwww, I'm wonderstruck!!!

Someone nominated me for Singapore's Mr Twitter wall...!!! =D

I checked my tweetdeck, and saw this!



And I saw myself here!!!

Step 1:
Click here >>
http://tweeterwall.mallplace.com/tw/singapore/mr-twitter

Step 2:
Search for : ZueRainey

Step 3:
Click '+' (Click again every 20 mins)

Step 4:
Give yourself a hug from ME =)


I thank you from the bottom of my heart and in return, I will do you a favour too. =)


ps: VOTE FOR ME and I will date you....only if I win. *cheyyy...cheyyy*

Soul: You Spin Me Right Round (Dead or Alive)

Book Review: Think & Grow Rich


It all started when Cikgu Nadirah tweet aku tu hari...

"Yeah, I just purchased the book. You've read it before? I'm currently into motivational stuff.. keep me up and going.. :)"

"...Realy change my perspective on how I view my life. It's all in the MIND. :)"

Kristina pon bilang aku buku nie bagus sangat2....

"Hey Zue, i've read a few pages ealier... its good just like The Secret... will read till the end... thanks..."

Sebenarnya, aku beli buku nie tahun lepas and mula baca time aku gie KL tu hari. Buku nie baguss sekali. Aper yg membuat aku tergerak membaca nyer kerana ianya sungguh relevant dgn keadaan ekonomi pada masa sekarang.

Buku ini hasil karya Napolean Hill, yg pertama kali diterbitkan pada tahun 1937, setelah dunia mengalami kehancuran sistem ekonomi capitalis yg terburuk pernah berlaku pada era, The Great Depression, pada tahun 1930.

Pada tahun 2004, Dr Arthur R Pell, seorang penulis, pensyarah dan consultant di didalam sumber manusia, menghasilkan semula buku ini untuk dijadikan bahan rujukan bersesuaian dgn ekonomi pada masa kini.

Aper yg membuat aku terdorong utk membacanya ialah, bagaimana usahawan2, ahli-ahli perniagaan dan orang-orang yg tertentu disaat-saat genting kehidupan dan kerjaya mereka, berjaya mengubah hala nasib dari belenggu kemiskinan ketika di zaman kegelapan pada masa itu.

Banyak kiter bole pelajari dari kesilapan mereka dan cara-cara mereka mengatasinya. Buku ini penuh dgn idea2 baru dan tips-tips, bukan utk menjadi kaya raya semata-mata, tetapi utk mengharungi cabaran hidup yg mendatang.

Ianya juga merangkumi cara2 kita mengawal minda dan diri kita pada perkara2 yg kita lakukan seharian.

One of the bestseller of all time, the book relates to the crucial facts that the world is currently facing.

The 13 Chapters of wonders

1. Desire: The Starting Point of All
2. Faith: Visualizing and Believing In The Attainment of Desire
3. Autosuggestion: The Medium For Influencing The Subconscious Mind
4. Specialized Knowledge: Personal Experiences or Observations
5. Imagination: The Workshop of The Mind
6. Organized Planning: The Crystallization of The Desire Into Action
7. Decision: The Mastery Of Procastination
8. Persistence: The Sustained Effort Necessary To Induce Faith
9. Power of The Master Mind: The Driving Force
10. The Mystery Of Sex Transmutation
11. The Subconcious Mind: The Connecting Link
12. The Brain: A Broadcasting and Receiving Station For Thought
13. The Sixth Sense: The Door To The Temple of Wisdom

Quote:

James J Hill met with temporary defeat when he first endeavoured to raise the necessary capital to build a railroad from the East to the West, but he turned defeat into victory through new plans.

Henry Ford met with temporary defeat, not only at the begining of his career, but after he had gone far toward the top. He created new plans and went marching on to financial victory.

No follower of this philosophy can reasonably expect to accumulate a fortune without experiencing "temporary defeat."

A QUITTER NEVER WINS - AND A WINNER NEVER QUITS


- Think and Grow Rich, Pg 118


The best part, buku nie penuh dgn kata-kata perangsang, inspirasi dan motivasi supaya kiter dpt melihat keadaan sekeliling ini dgn perspektif yg berlainan dan lebih positif.

Kalo korang ader masa yg terluang, luangkan ler masa itu utk membelek-belek buku nie...



ps: Helu Nadirah, its nice to hear from you =)


Soul: Lucky (Jason Mraz)

Peewiiitt! Peewiittt!!!


Parrot jiran bawah rumah aku tu memekak siaa...

Aku tgh kiwi kasut kat dapor, skali aku terdengar parrot tu munyik....

"PEEEWIIITTTT..."
"PEEEEWIIITTTT!!!..."


Aku pon jengok ahh kat luar tingkap. Ohhh...dia nampak ader minah kat depan tu tgh jemur baju kat dapur rupanya.

Padan ler dia horny sangat. Aku rasa, tu musti parrot jantan ahhh...tu pasal dia mentel!

KNNCB! Diam lah parrot! Lempar dgn selipar baru tahu...!


ps: Hari nie aku sibok dgn kejer. Tak sempat nak blog. Sorry, ehhh....



Soul: A Necklace of Birds (The Thin Man)

A boy and a girl and another Love Story...


It's a typical story between a boy and a girl. They met through friends and didn't expect for anything to happen between them. All that happen was just with the mere intention of forming a friendship bond.

Simple right?

However, that wasn't exactly what happened.

Eventually, the boy and the girl developed feelings for each other. They got together into a relationship, and everything was smooth sailing. Not exactly fairy-tale like, but enough to make both of them happy.

A few months into the relationship, things got abit out of hand. The boy had someone else and left the girl just like that. The girl was clueless, lost and of course, heartbroken. It affected her to a certain extent but she had to move on. She knew crying bucketloads wouldn't help anything.

So she moved on. It was hard, but she got over it.

Somehow a few months later, the boy came back into her life. To think that the girl hoped for their relationship to blossom again, it had to get worse.

"I am going to be a father"

She had to hold back her tears and swallow as much of the pride and ego that she had to be the nice person. When she thought that the sudden appearance of the boy would bring a glimmer of hope, she got it all wrong. The girl probably thought that hating the boy wouldn't make anything better and she couldn't help seeing the friendship that they initially had go to waste.

So she put up a brave front and decided to keep it to a friendship level, to a point where she faced up to reality and met the wife and the son.

Seeing the true reality in front of her eyes, the girl decided that at that point, it was really time to stop hoping and look beyond the horizon. She picked up the pieces slowly, but surely she was moving on, forgetting the boy.

Again, things just had to happen.

A few months later, the boy came back again but now, with problems between him and his wife. The girl, being naive, she decided to help sort things out but matters got worse with the boy's wife begging the girl to get back together with the boy. Drama, much.

Seeing the drama happening, the girl just dissappeared.

There were major changes. The boy is now married with two kids and the girl, isn't married, but rather happy with the special person that she is with now.

It had been 2 years.

Who would have thought that both of them would meet again.

After 2 years, the boy came back. However, this time, the boy has hopes of being together with the girl again.

"I'm sorry but right now, I am in a relationship and I am happy with the person I'm with now. As much as I feel like going back to you, you know it's not possible. I wouldn't wanna trade my boyfriend for anyone else. Sorry."

The boy was having a rough time in his marriage. He wanted to end it sooner or later. However, the girl was very much in love with her boyfriend eventhough she feels unappreciated in her present relationship.

But the girl decided to meet the boy. As soon as they met, she felt a sense of happiness. The boy beamed with joy.

Knowing that their love was impossible.....the boy landed a kiss on the girl's forehead.

"Do you know what that kiss is for?"

"No. You tell me."

"Whenever someone else kisses you on your forehead, you will be reminded of me."


(Any relation to anyone living or dead is unintentional. All characters in this story are fictional.)


Source: http://untuned-rhapsody.blogspot.com/2009/06/its-typical-story-between-boy-and-girl.html



ps: Sometimes, you have to give up everything just to be in love....



Soul: BitterSweet (Within Temptation)

Love is a game. A foolish game.


Hari nie lak, aku nak bawak korang jelajah kisah cinta. Korang suka kan kisah cintan-cintun mcm nie??

Anw, nie bukan kisah aku. Aku takde love story nak share ngan korang ahh..So, aku pinjam jer orang nyer citer lah. Enjoyzz!

She said...

"...Why is there a need to be in a relationship when you know, and you bloody fucking hell know that it will definitely end sometime soon?...Maybe some people can take the pain, and maybe some don't even love their partner, thus when breaking up they weren't too affected by it. So here's another question.. why the fuck are you even attach to someone you don't really love?..." - Arshanti

If you are indulging into the game of love, here is an interesting view with some truths, defined in the most utterly manner that we comprehend.

Visit her blog here. (And view with an open mind! *winks*)


ps: Whatever it is, love is a game. Play it smart.



Soul: Lovegame (Lady GaGa)

TGIF


Hari nie aku sibuk sikit dgn kejer-kejer last minit, so aku tak sempat nak blog.

Anw, aku nak share korang article yg kawan aku forward kat email aku tadi.

Terimakasih kerana sudi menjengok, ya! =)


@}----- @}----- @}-----



Something To Ponder Upon....

One day, a professor asked his students 'Why do we SHOUT instead of speak when we are ANGRY?'

All the students thought for a while. One answered 'Because we lost our cool. That's why we SHOUT.'

Asked the professor again, 'But the person is just right next to you, why can't we talk softly but have to SHOUT?'

Everyone gave their opinions but none was accepted by the professor.

Lastly explained by the professor 'When we are ANGRY, our hearts drift apart. To mask the DISTANCE we felt, we instinctively SHOUT instead of speak so the other party can hear us.'

'But as we SHOUT, we get ANGRIER. And we felt we drift apart further. So we SHOUT even louder...'

'It is the opposite when we are in love. Not only we do not shout, we whisper into each other ears. Why?'

'This is because our hearts are very close, almost never apart. As our love deepens, we reach a state of communication where there is no need for words.'

'We understand each other well enough just by exchanging look,' concluded the professor.

'Therefore, when we are arguing, DO NOT speak words that will make our hearts drift apart. WAIT a few days. When you feel your hearts are no longer far apart, pick up the conversation and continue from there...


ps: Aku setuju sangat dgn pendapat di atas. Dalam business pon ader istilah ini...kiter panggil '30-days-cooling-off-period'.



Soul: Don't Speak (No Doubt)

Common Interests..

What does this man and I have in common?

Ans: WE BOTH LOVE SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!!

"... The show is seen in 25 different languages and counts two world leaders, US President Barack Obama and British Prime Minister Gordon Brown, who say they watch it with their children, as fans..." - Today, 15 July 2009.

ps: Weiiii...Ah Huay....Ah Huayy...Ahhhh....


Soul: Spongebob Squarepants (Black Lodge Singers)

Black HOLE Sun


My morning was greeted with a reply directed to my twitter on my recent blog post, Wonder Girls.

Twitter direct message:

"..When I read your latest blog post..i could only relate it to the dilemma I am battling with currently.."

Secara sedar atau tidak, perkara ini memang banyak berlaku disekeliling kita. Topic yg sama juga telah banyak dikemukakan di media-media akhbar dan massa yg sama-sama mencari punca dan huraian terjadinya masalah sosial ini.

Aku lebih suka melihat perspektif masalah dari segi ianya berpunca daripada menunding jari ke arah pihak-pihak tertentu.

Apakah penyebab ianya boleh berlaku sedemikian? Apakah reaksi masyarakat dan orang-orang sekeliling? Dan apakah implikasi yang akan menjejas sesuatu institusi kekeluargaan. Mungkin juga kerana gaya kehidupan kiter kini yg lebih liberal dan social?

Banyak lagi tanda tanyer yg masih blom terjawab. Tetapi, apabila jawapan ditemui, ianya pula memberi kenyataan yg lebih bercanggah.

Dari segi umumnya, kita memang memandang hal ini serong atau atau tidak kena pada tempatnya. Walopon begitu, ianya tetap menjadi bahan tagihan pada mereka yg melakukannya.

Adakah ianya terbit dari hawa nafsu sendiri, desakan hidup, kurangnya perhatian dan kasih sayang?

Mungkin juga ader faktor-faktor lain, yang kurang jelas, menjadi penyebab dimana wanita itu sanggup menggoda lelaki demi kepentingan dan memuaskan nafsu diri sendiri.

Dari segi yg lain pula, adakah ianya berpunca dari tahap kematangan seseorang itu, goyahnya keimanan, perasaan emosi yg tak terkawal dan keinginan fantasi yg keterlaluan, menyebabkan lelaki itu tergoda oleh desakan dan pujukan wanita?

Atau ianya suatu ujian sementara dari Tuhan yg datang untuk menguji utuhnya iman seseorang? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tapi, kalo dilihat dari sudut business, ianya suatu perkara 'jual-beli' yg menguntungkan. Wanita tagih aper yg 'dihajati', lelaki mengharap pulangan yg 'lain' pula.

Tapi dari sudut umumnya, ianya masih salah disisi pandangan masyarakat.

Aku terbaca pendapat seorang blogger, dimana kelemahan wanita itu terletak pada MONEY, SEX & ATTENTION. (Think about it.)

Kawan aku kater, tu sumer dia orang tak kisah. Yang penting mereka happy! Yeh! Yeh!

I got no comment. Tepok dada...jgn kuat-kuat. Nanti tersedak! =)


ps: The whole problem starts from the HOLE problem.



Soul: Black Hole Sun (Soundgarden)

Pukul 3 pagi...

"Pukul 3 pagi, tido lah intan. Esok bagun pagi, senda gurauan..." - lagu P.Ramlee (Madu Tiga)


Project untuk sebulan dua nie...

Walopon dah ke pukol 3++ pagi, aku masih sibuk dgn project2 aku. Aku dah takde masa nak berchatting lagi nampaknyer. Minta maaf ler kalo seminggu dua nie aku 'menyembunyikan' diri buat seketika.

Bila tugas2 nie dah selesai, aku akan kembali 'LIVE' on MSN seperti biasa.

Thank you for your concern.

ps: Tidak. Saya bukan buat recording lagi. Kejer tu dah habis.

Soul: Searching (Joe Satriani)

Wonder Girls

Wonder Girls - Nobody


Tu hari lepas dinner, aku, Rizan & Nora dok bersembang kejap kat satu tempat di kawasan Orchard Road.

Nora mula bukak topic citer pasal org-org buat scandal nie. Aku dan Rizan sekadar dok mendengarkan jer. Dia mula ler citer pasal org tu scandal dgn org nie, org nie gie scandal dgn org tu...bla...bla...blaa...

"...Aku tak salah kan lelaki. Kekadang kan pompan nie pon jahat jugak ek!" kata Nora.

"Pantang jumpa lelaki yang baik, si pompan nie musti nak amik kesempatan." jelas beliau lagi.

Aku tercengang jugak ler. Seolah-olah Nora mcm membela kaum lelaki pulak. Padahal dia tu pompan...atau mungkin dari pengalaman dia kot??

"Elehhh....pompan-pompan tu cuma mata duitan jer. Kalo dia orang scandal tu, tak lain tak bukan nak kikis duit jantan ajer lerr..." Rizan menambah.

Aku bakar sebatang rokok dulu dan termenung kejap. Aku tak berani ler nak buat aper2 kenyataan. Sekadar dgr kan ajer...

Tapi kalo teringat balik cerita2 yg aku dgr dulu, ader kemungkinan betol jugak ler kater dia org tu.

Pompan nie kalo goda lelaki semacam jer, musti ader motif tertentu. Ader duit, abang sayang, takde duit abang melayang! Kehkehkehh...

Kena plak lelaki yg bodoh...hmmm....abes ler. In the end, cinta tak dpt, poket berlobang-lobang!

Issshhh....ader ke pompan jenis mcm tu eh?


ps: Kawan aku cakap ader. Tak dpt kikis duit, dapat mintak belanja makan pon jadi ahh...


Soul: Nobody (Wonder Girls)

Science and Technology...Aper kejadah tu?


Oiitt...aku nak citer pasal hantu lagi nie...

Dulukan, time aku masih lagi kanak2 ribena, mak aku selalu bilang..

"Zaman skrg, zaman sains dan teknologi. Mana ader hantu-hantu nie sumer..." Aku pon caya ler. hantu tu sumer zaman kuno. Tinggal kat hutan. Mana wujud lagi kan..??

Salah.

Ianya masih lagi wujud disekeliling kiter. kat belakang ko, depan ko, atas ko, bawah ko. Silap2 tgh dok sebelah ko sama2 baca blog aku nie! Cuma korang jer tak nampak...

Citer pertama

Tu hari Kak Lin bilang, dia gie tengok anak sedare dia kena rasok. Abes tu kan, ader ler tgh time berubat tu, hantu dlm badan anak sedare dia tetiba bole capai hp dan sempat buat pesanan ringkas (sms ler). Ko bayangkan, hantu/jin nie pakai hp buat sms??? Ko heran tak? Aku lupa nak tanyer saper plak hantu tu sms...

Citer kedua

Hah...ader lagi satu citer lak. Si Ali, kawan aku tu, gie ikot bapak mentua dia ke satu rumah orang nie. Rumah nie ader kena kacao ler dgn mahluk halus. So bapak mentua Ali nie kira mcm ghostbuster ahh. Dia terror bole halao hantu.

Masa mereka sampai jer, satu rumah tu tengah kecok giler siot! Nak tahu apasal? Hantu nie tgh kacao sumer orang dlm umah tu siakk. Hantu tu nak tepon gang jahat dia! Betol, gua tak bedek bro! Nie jenis hantu mafia siaa...

Ali cakap, hantu dah angkat tepon nak call gang turun...huhu. Giler ribot siot hantu zaman skrg! Don play-play siaaa!!!

Citer ketiga

Lagi satu citer, korang pernah dgr Ust Jumadi Mustar tak? Dia nie pakar halao hantu, obat kan org kena sampok..kira mcm2 ler dia bole buat. Sampai kan biler hantu dgr nama dia, terus jadi gerun, lintang pukang lari.

Kawan aku, Shaf, citer kan satu hari tu, ustaz nie gie umah org nak semah. Pasal umah tu ader gangguan. Tapi hantu tu takot semunyik tak nak kluar. Cari2 tak dpt. Sekali tuan punyer umah tu kater hp dia dah hilang. hantu dah semunyik kan.

Ustaz apalagi ler, call nombor hp tu. Yg pelik nyer, hantu tu bole picit hp dan jawab balik siakkk...!! Ko bayang kan hantu bobal pakai hp!!!?? Kiwekkk...!!.

So, saper kater zaman sekarang dah tak wujud lagi benda-benda hantu nie?? Hantu pon dah maju dari segi sains & teknologi ahh...

Aku tak terkejut ahh kalo hantu pon ader facebook account! tunggu jer dia 'add friend' kat korang nanti! hahahaa... =D

Ini sorang kawan aku kat facebook. Hantu ataupon bukan?





Soul: Abigail (King Diamond)

Lagu nie sungguh gay sekali

In Aus...In Aus...In Oder Aus...
(In Ouch! In Ouch! In, Odour Out!)

aper jenis nyer lagu nie??

Geli siak nak dengar lagu mcm nie...




ps: Dia nie jantan gay kaper??

Soul: In Oder Aus (Bruno)

Citer Hantu


Eh, korang pernah tak dpt email pasal sorang makcik tua jual keropok bawak hantu?

Ahhh...tadi aku terbaca ler email tu. Citer nie pon pernah diceritakan oleh beberapa org pendengar rancangan, Misteri Jam 12, di radio RIA baru-baru nie.

Email tersebut:

Pada saudara/i yg ku kenali,

Ada sedikit yg ingin saya sampaikan pada kalian semua supaya berhati-hati di rumah anda. Kunci pintu and JANGAN buka sekiranya orang yang anda kenali.

Semalam saya terjumpa dengan seorang teman yg memberitahu saya tentang cerita ini kerana ia terjadi pada makcik beliau. Teman saya selalunye mendengar crita "MISTERI JAM 12" di radio RIA.

Kebetulan seorang makcik bernama 'A' menelefon stesen radio untuk berkongsi cerita SERAM yang beliau alami. Makcik ni memberitahu bahwa ada seorang wanita tua yg 'Menjual Keropok' and bau wanita tua ini sangat busuk skali.

Yang seramnye die menggencang si 'CANTIK' di belakang badannye. Wanita tua ini akan mengetuk pintu mangsa2nya untuk membeli keropoknye. Apabila si mangsa buka pintu, si 'CANTIK' akan masuk ke rumah mangsa dan mangsa akan merasa 'TAKUT' dan 'TERPUKAU' lalu membeli keropoknye.

Setelah membeli keropoknye, si 'CANTIK' akan keluar dari rumah mangsanye dan meneruskan jualan keropoknye dari satu rumah ke satu rumah.

Selepas makcik 'A' menelefon stesen radio tentang cerita ini, panggilan dari makcik 'B' dan panggilan seterus nye cerita tentang kejadian yang sama.

Cerita dari makcik 'B' begini:-

Makcik 'B' ingin keluar rumah dan dia ternampak wanita tua ni di rumah jirannye untuk menjual keropoknye. Makcik 'B' ni nampak si 'CANTIK' masuk ke dalam rumah jirannye lalu jirannye terus membeli keropok wanita tua itu. Kebetulan makcik 'B' ni masuk ke dalam lif bersama dgn wanita tua ini,baunye busuk skali. Makcik 'B' terpaku apabila wanita tua ni memberitahunye...

'KAU DAH NAMPAK, DIAM2 SAJA..INI BUKAN URUSAN KAU'.

Setelah itu mereka keluar dari lif, makcik 'B' sedang menunggu suaminye dan di situlah jugak makcik 'B' nampak si wanita tua itu "MENGGENCANG" si 'CANTIK' tadi di belakangnnye dan yang terperanjatnye si 'CANTIK' yg mengangkat beg yang berisi keropok.

Wanita tua itu cuma memegang beg keropok itu saja tetapi mcm nampak si tua ni yg mengangkat beg itu. Sekarang orang2 yg berkenaan dalam ugama sedang mencari wanita tua ini.

Wanita tua ini telah 'round' di kawasan WOODLANDS, GEYLANG, JURONG.. etc tapi sekarang wanita tua ini sedang menjelajah kawasan TAMPINES, BEDOK…… Berhati2. JANGAN buka pintu sebelum intip pada lubang pintu anda dahulu. Keropoknye rasa TENGGIK dan LEMAU.


SSSSSSSSSEEEEEERRRRRRRRRAAAAAAAAAMMMMMMMM!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang caya tak citer nie??

Sebenarnya, aku pernah terserempak face-to-face dgn makcik tua tu, abt 2 bulan lepas kat block aku.

Ketika itu aku nak gie kejer abt 11am. Masa aku sampai ke tingkat bawah, aku pon melangkah kluar dari lift. Tetiba, menerpa ajer makcik tua dihadapan aku bergegas pantas nak masok ke dalam lift itu.

Makcik tu kelihatan sungguh tua sekali. Pakaian dia lusuh, compang-camping mcm tak terurus. Dia pakai baju kurung, kain batik dan berselendang kaler purple.

She looked so old, haggard and messy. Walopon kepala dia tertutup dgn selendang, tapi aku masih bole nampak rambut dia yg beruban tu kusut masai. Muka dia agak bengis. Aku nampak dia bawak berkoyan-koyan beg besar yg berisi keropok-keropok.

Looking at the petite old lady, with her hands full, lugging bags of keropok, aku pon terasa kesian ler (aku nie jenis cepat kesian kan org). Aku pon bertanyer pada diri aku...

"Isshh...terlarat ke makcik tua tu angkut keropok2 tu sumer. Nampak macam berat, pasal badan dia terbongkok-bongkok."

Aku pon mcm nak tanyer, dia nak naik lift ke tingkat berapa, so aku bole tolong tekan kan butang lift tu. Tapi, bila aku toleh jer, pintu lift tu dah tertutop.

"Heran jugak ek? Tangan dia tu sumer penuh angkat beg-beg besar. Tapi cepat pulak dia tekan butang lift tu." aku berkata di dlm hati lah.

Selepas 2-3 tapak aku melangkah, I felt skeptical pulak. Rasa mcm tak sedap hati. Yelah, dah selalu dgr pasal pukao-pukao orang nie. Lagipon, wajah makcik tua tu betol-betol mcm nenek kebayan lerr. Tapi tak kan dia buat kejer siang-siang hari eh??

Aku pon teruskan perjalanan aku tanpa pikir-pikir lagik. Sampai ler aku terbaca email nie. Baru ler aku sedar bahawa makcik tua tu ader assistant yg bawak kan beg keropok dia yg sebanyak gitu.

Oooohhh....padan ler dia terbongkok-bongkok. Agak berat jugak gendung si 'CANTIK' tu ehh...?

ps: Pada waktu tu, aku tak perasan pon 'CANTIK' ader kat belakang dia. Mungkin aku nie pemalu sangat kot biler tengok pompan cantik...ehehehe!


Soul: The Undertaker Theme (WWE)
Related story: Aunty Crackers and The Twitter Thingy [edited on 28 July 2009]

Terselit kat celah-celah

Click image to enlarge


Kekadang, aku terjumpa blog link aku terselit kat tempat yg pelik-pelik di cyberspace. Anw, appreciate the publicity. Senang-senang kunjung ler lagi...


ps : I do not wish to see Kunjung to top the Anugerah 2009. This platform isn't for her. She's wayyy to good! How cud a pro like herself competes with amateurs. LOL! She's totally degrading herself . Keep her as the benchmark in this competition but don't let her win, please! Thank you.


Soul: Buried Alive (Mercyful Fate)

Sweet Child Rocks!

Sheezz! ....and she's the drummer!


She's only 4. What were you doing when you were 4??


More of her clips :

http://www.youtube.com/watch?v=sNaZYRRZ3VM&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=s38AoXSV3AU&feature=related


ps: If you are watching her Youtube clips, kindly pause my music playlist ----------------->



Soul: Sweet Child O' Mine (Guns N Roses)

Kisah Bodoh...


Tu hari aku dok minom kopi dgn Adzam. Dia cerita kat aku, semalam nyer ader sorang apek nak bunoh diri terjun dari flat tinggi.

Tapi malang nyer, niat apek tu tak tercapai. Masa dia terjun, dia tak mati. Pasal dia landing kat atas khemah orang kahwin....wahahaha!!!

"Aiyaahh...Aiyahhh...tolong gua! tolong gua!" Apek tu terjerit dari atas khemah, kater Adzam.

Mujur ler ader sekumpolan budak2 melayu main sepaktakraw berdekatan. So, ramai2 ler gie save apek tu bawak dia turun dari atas khemah. Pastu baru ler polis, bomba, ambulance datang.

Apek tu betol2 punyer suey ler. Nak mampos pon tak tahu nak cari spot. Sebelom terjun tu tengok ler aper ader kat bawah tuu. Nie tidak, main lompat suka ati makbapak dia jer. Pastu, menyusahkan orang ramai.

Aku rasa skrg apek tu musti tgh dok nangis dlm jail. Dah ler terjun tak mampos, pastu hidop kena dok dlm jail pulak...

ps: Muda2 tak nak mampos, dah tua menyusahkan bomba~! Bodoh punyer apek!!!


Soul: Makes me wonder (Maroon 5)

1000 cases of Swine Flu!


Naik mendadak siot!! Aku heran knp gomen buat dek ajerr..Students sampai buat petition merayu mintak sekolah ditutop.

Within couple of months, we've hit from zero to a thousand! I salute the government for making these possible.

But yet, I didn't see a strong possibilty that there are concrete measures from the Health Ministry on ways curbing this pandemic, apart from telling to keep ourselves clean.

People still travel, AYG is still going on, shopping centres, night spots are buzzing and reports of new cases were like 30, 40 and last week was the worst! We got 90 in a day! WTF?? Infact, we have successfully breed our home-grown clusters around the island.


I think this time round, Singapore has poorly mismanaged this pandemic crisis putting each and everyone at high risk.

Hmmm..but I guess there are some possible factors why Singapore is doing this. But hey, I know the next election is coming, but risking the urbanites for the sake of the economy is not very wise too.



So, they are not helping us. So each is up to his own.

ps: There are things hidden away from us.

Other related news:

- 52 new H1N1 cases bring total infected in Singapore to 1,055


Soul: Swine Flu (Tumour Circus)

Batang Aku Patah...

UHUKKKK!!!!...


Batang drumstick aku patah dua dahhh! Tu lerr saper suroh tibai drumset mcm orang kena sampok?

Masa kat jamming studio tadi, kiter bawak lagu Metallica, Fade To Black. Masa tu ler aku menghentak-hentak pukulan drum aku ala-ala Lars Ulrich. Oleh kerana hentaman aku begitu kencang dan hebat (actually, tak sehebat mana pun), sekali, drumstick aku patah dua siakk...Sibot!!

I should have used my trusted Zildjian 5B pair, pasal stick tu lebih berat dan tebal utk lagu-lagu heavy mcm Metalica.

My drumstick family sekarang tinggal 2 pairs jer...sedeyyy! =(



Lars Ulrich Drum Solo



ps: Terimakasih kepada Nasi Padang Harum Manis kerana telah menaja lauk makan malam kami tadi. Perot kiter dah boncit pasal kenyang sangat nie.. =)




Soul: Fade To Black (Metallica)

Baby, I'm Sorry...


Aku betol2 mintak maaf kepada Rodzan Arshat, Annish Ahmad, Roseneeta Szs, Daing Gargamel, Weeta Rahim, Azizah A Rahman, Zalefah Hassan, Siti Norasiah Ahmad, Zabidah Amsah, Sabariah Buang, Mak Idah, SuzIan Ad and Nita Jambu kerana tak dapat hadir utk Class Reunion pada malam nanti.

Aku reply:

Kepada sahabat2 ku sekalian...

Dgn dukacita teramat sangat, ku tidak dpt menghadirkan diri ini utk pertemuan kiter esok. Diriku kini sedang terjebak dgn aktiviti kerja yg tidak dpt ku elakan.

Ku susun jari-jemari ku yg lembut lagi halus bak sutera, memohon ampun dan jgn ler serik utk mengundang diriku lagi di lain kesempatan.

Ku berharap semoga kalian bergumbira esok dan jgn ler lupa daku ketika korang menyantap pizza-pizza enak nanti.

@Daing, usah kao bersedih dgn ketiadaan diriku disismu esok. Semoga Annish dpt membahagiakan dikao seperti dimasa-masa yang lalu.

Kepada yg lain, kenang daku dlm doa mu, okey =)

Hugs & kisses.

ps: Ros, thks for making an official annoucement at RIA 89.7...mcm EVENT OF THE YEAR seyy!! =)


Soul: I'm Sorry (DJ Sancho and Blanco)

Nak meet?


Nita Jambu msg aku kat facebook. Nak meet?

Aku tersentak seketika. Bila? Friday. 7-9pm...bole?

Arrgghh...aku serba-salah, actually. She insisted. Aku ader appointment lain ler besok. Nanti aku tengok mcm mana lah. I'll get back to you by tonite.

No promises.

ps: 2hr-affair-no-strings-attached


Soul: No Promises (Shayne Ward)

Oh Bulan...

Enggan melayan diriku lagi. Pabila airmata membasahi pipi. Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku, pabila kau bersama yang lain...

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu. Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu, kau juga merindui aku...

Ku enggan berpura pura ku bahagia. Ku enggan melihat kau bersama si dia. Oh, ku akui cemburu mula menular dalam diri, pabila kau bersama yang lain...

Pabila kau merenung matanya, ku rebah jatuh ke bumi. Disaat kau benar benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air...



ps: "...Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu, kau juga merindui aku... "



Soul: Dan Sebenarnya (Yuna)

Suara ku tak semerdu buluh perindu...


Fangface dah mode balik melody lagu yg akan kami pertandingkan. Aku rasa the latest cut sounds much much better now.

Masa nak fill up form, aku realised final date for the song entry telah di extend until end of August! Huaaahh...?? Apasal ek??

Aku pon capai tepon and call Gumbira to verify. Fadly picked up my call. Aku pon kepoh-kepoh ler tanyer kenape date of submission kat website contradicts dgn date kat dlm form tuu...

Fadly pon dgn baik hati explained kat aku dgn panjang lebar. Ohhh....baru ler aku faham. Ramai mintak extend rupanyer. Infact, aku pon mcm nak tergerak hati mintak extend pasal kesuntukan masa pada 2-3 minggu yg lepas.

Since dateline dah extend, aku tanyer ler Fangface bole tak rakam balik vox aku. Nie kali aku bersemangat nak nyanyi dgn pitching yg tinggi. Fangface kater, no comment. Suka ati makbapak kao ler...

Aku balik awal hari nie. Suhaily msn tanyer knp aku kat umah awal hari nie. Ermm...aku tak nak bilang ape2 dulu ahh.

Aku setup studio bilik aku dulu. Tingkap, langsir sumer aku tutop. Aku dgr balik minus one yg Fangface kasi tadi. Aku adjust mixer sama amp. Sumer dah swee-swee. Aku adjust mic volume.

Sebelom nyanyi aku minom air jampi seteguk dulu. Pastu aku picit record button. Aku pon mula ler nyanyi dgn nada yg tinggi....makoiiiii...sampai part bridge, aku dah semput! Blom masok part chorus lagikkk.

Tak bole ler..tak bole ler...Betol adik aku kater. Nie lagu sesuai utk suara pompan ajer. Bole putus siot urat kentot.

Aku SMS Fangface. Aku give up. Aku tak bole nyanyi lagii. Fangface kater kiter submit jer aper yg kiter dah ader nih.

Aku tengah carik female vocalist yg sudi nyanyi lagu kiter nie..any takers?

ps: Duit dah bayar, tapi lagu blom submit lagi nie...


Soul: Always Be My Baby (David Cook)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB