Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

AYAH KU SUPERHERO!!


AYAH KU SUPERHERO

AYAH KU MEMANG PERKASA
TIDAK TAKUT PADA RAKSAKSA
SEGALA MUSUH HANCUR BINASA...HAHA!
PADA KU DIA PERWIRA

CHORUS:
AYAH KU SUPERHERO
DIA KUAT DAN HEBAT
AYAH KU SUPERHERO
DIA LAH AYAH KU

AYAH KU SANGAT BERANI
TIDAK GENTAR PADA SESIAPA
SEMUA HANTU TAKUT PADANYA...HAHA!
PADA KU DIA PERWIRA

CHORUS:
AYAH KU SUPERHERO
DIA KUAT DAN HEBAT
AYAH KU SUPERHERO
DIA LAH AYAH KU


Lagu: Adzam
Lirik: Zuraini


ps: aku dpt ilham nie time tengok citer The Incredibles kat TV.


Soul: The Glory Days (OST The Incredibles)

Epika Bonda

Lagu ini telah kami gunakan untuk pertandingan Alunan Kasih 2 - Menyanjungi Kaum Hawa, pada tahun 2009.


Oleh kerana pihak penganjur masih takmo umumkan saper para pemenang, maka kami mengambil keputusan utk 'meng-releasekan' nyer disini sebelom lagu-lagu kami diciplak oleh orang-orang yg tak bertangungjawab!

Sempena Hari Ibu ini, kami rasa agak sesuai ler lagu ini kiter tujukan untuk semua kaum hawa yang bergelar 'ibu' diluar sana. Selamat Menyambut Hari Ibu.

Epika Bonda

Epika Bonda

Sinar mata mu
bagaikan sinar mentari
Airmata mu
bagaikan embun di waktu pagi

Jeritan batin mu
Tak siapa yang sedari
Iringan doamu
Tuhan yang mengetahui
Di hati mu

Belaian tangan mu
Memberi sentuhan yang sakti
Alunan kasih mu
Menghibur ku dikala sunyi

Hari-hari indah
Disinari suria pagi
Keindahan wajah mu
Seperti taman syurgawi
Oh Bonda ku

Bridge:
Usia mu setakat mana yang mampu
Berkati dia, hingga ke saat ini

Chorus:
Telapak suci dikakimu
Adalah syurga untuk ku
Seorang insan digelarkan
ibu yang penyayang

Dari sudut dikamar mu
Terukir seribu impian
Lahirlah aku ke dunia
Engkau ibu tersayang
Oh Bonda...


Lagu: Ayu/Adzam
Lirik: Ayu/Zuraini


Soul: Epika Bonda

Siapa tu Syakilla??

Rizan nyanyi lagu Misteri Mimpi Syakilla

Time zaman rock dolu-dolu, lagu Misteri Mimpi Syakilla memang TERamat ngetop sekali ahh..

Lagu tu, kira dah mcm lagu 'wajib' bagi setiap mat-mat rock yang kental..

Tapi kan, korang tahu tak aper kah maksud disebalik lagu Misteri Mimpi Syakilla tuh?

Mari kiter kupas...

Kekadang senikata lagu nie pelik. Susah ko nak paham. Hanya orang-orang yg step mcm paham ajer paham akan isi cerita lagu tersebut.

Dah lama aku buat research pasal lagu nie. Ader mcm2 versi cerita aku dgr. Yang paling menarik aku dgr dari otai-otai lama, lagu tu citer pasal hantu yg bernama Syakilla...huhu. (Ntah yer ke tidak tuhh)

So aku mula lah buat kajian selidik-menyelidik akan maksud yg tersembunyi pada lagu tersebut.

Aku mula tonggang-terbalik dan menyusun semula lirik kata lagu tu menjadi sebuah cerita. Aku rasa lah, cerita aku ini hampir-hampir sama dgn aper yg telah dibayangkan oleh penulis lirik lagu Misteri Mimpi Syakilla itu.

Cerita Misteri Mimpi Syakilla (teori aku lah)

Aku gunakan balik lirik lagu dan re-arrange utk menjadikan sebuah cerita...baca betol2.

Berdiri bila pun engkau menjelma. cuaca begini gambaran dimana? Siapa syakilla?
Aku adalah aku. Lukisan impianku yang terharu. Apakah mahunya dalam suasana mengelilingi aku.
Harum tiada wajah. Sebuah misteri hanyut dalam bayangan diriku sendiri.

Mana Syakilla? Dimanakah mengilang?
Aku pon tak tahu. Lemah langkah ku mengejarmu, nyanyi lagu yang rindu.
Walau hilang ceritamu, sentuhan mu di hati tetap abadi.

Ku menanti disini.

Agak2 korang, dapat agak tak aper maksud yg terselit?? Masih tak paham??

Mari aku cuba kupas cerita ini dalam suasana keadaan sekarang, supaya korang dpt memahaminya dgn lebih jelas...

Terjemahan untuk paragraph pertama.

(Berdiri bila pun engkau menjelma) Kisah jejaka yg hidupnya sepi tetiba jadi ceria apabila Syakilla muncul dalam hidupnya.

Al-Kisah, si jejaka nie ader facebook. Tetiba si Syakilla nie add dia as a fren.

(Siapa syakilla?) Dia tak kenal siapakah Syakilla tu.

(Harum tiada wajah.) Infact, Syakilla nyer profile picture kat facebook pon takde gambar.

(Cuaca begini gambaran dimana?) Cuma ader gambar pemandangan pokok-pokok dan bunga-bunga ajer. Saper seyy Syakilla nie?

(Aku adalah aku) Jejaka nie tak ler sehensem mana. Kalo setakat mcm Norman Hakim tu, mmg ler jauh panggang dari api ek! setakat mata. mulot, hidong tu dia ader lahh..dia hanyalah jejaka biasa yg tidak mempunyai apa2 keistimewaan.

(Apakah mahunya dalam suasana mengelilingi aku) Dia tidak tahu apakah motif disebalik jalinan ini. Tapi si Syakilla tetap nak jadi kawan dia.

(Lukisan impianku yang terharu).Dia sungguh tersentuh dgn keikhlasan Syakilla yg begitu tulus dan suci utk menjadi sahabatnya.

Terjemahan untuk paragraph yang kedua.

Jalinan persahabatan mereka menjadi akrab semenjak hari itu.Mereka amat senang sekali berkawan. Kini mereka dah menjadi online frens. Hari2 dia orang nie chatting. Tak kira malam ke, siang ke. Walopon dah jadi online frens begitu lama, dia tetap tak tahu bagaimana rupa bentuk syakilla itu.

Satu hari tu, dia mula memberanikan diri meluahkan perasaan nyer pada Syakilla. Pastu dia ajak Syakilla kluar dating. Tapi, Syakilla seorang yg pemalu. Dia takmo berjumpa. Lagipon dia takde ape2 perasaan utk si jejaka tu. dia setakat nak berkawan jer. Berkali-kali si jejaka tu mendesak. Tetapi Syakilla die-die takmo jumpa jugak!

(Mana Syakilla?) Semenjak itu, Syakilla tetiba menyepi tanpa berita. MSN/Skype Syakilla appear offline jer, facebook pon dah takde dlm friend list lagi.

(Dimanakah mengilang?) Syakilla tetiba lenyap begitu saja. Si jejaka menyesal pasal terlalu sangat mendesak utk memotek dgn si Syakilla tuh..

(Aku pon tak tahu) Tu yg pelik tuu..Aper dah jadi dgn gadis impian dia tu ek?

(Lemah langkah ku mengejarmu, nyanyi lagu yang rindu.) Setiap hari dia mencari-cari Syakilla online. Sampai dia sanggup gie google nama Syakilla kat internet. Tapi Syakilla takde jugak. Dia sedih. Dia rindu nak chat dgn syakilla.

(Walau hilang ceritamu, sentuhan mu di hati tetap abadi.) Dia selalu terkenang saat-saat manis ketika berjiwang dgn syakilla kat online. Dia pm kat msn, tak reply. Dia msg kat facebook & twitter tak di balas langsung. Aper telah terjadi pada Syakilla? hidop dia kini kembali sunyi. Dia jadi hampagas.

Dalam kehampaan, dia masih lagi mengharapkan kehadiran Syakilla. Tak dapat jumpa pon takpe ah..asal kan dapat chatting kat online mcm dolu-dolu pon ok gak...

(Ku menanti disini) Sehingga kini dia masih menanti.

So, begitu ler kisah disebalik lagu Misteri Mimpi Syakilla.

Saper tu Syakilla, takde orang pon tahu. Syakilla is still anonymous.

Amaciam? Logik tak citer aku tuu? Ader mcm citer kisah dlm hidop korang tak?? ehehehe..

Tapi itu dari persepsi aku ajer. Pada zaman dulu, mana ader internet online nie sumer. Ruangan pen-pal tu ader ler. So maybe si Syakilla nie hantar surat pen-pal nak kenal2 dgn jejaka tu ahh..

Yg tahu cerita sebenar, adalah penulis lirik itu sendiri. Tapi, sayangnya dia dah meninggal dunia. Al-Fateha utk Allahyarham JS Kevin.

Lirik Lagu Misteri Mimpi Syakilla

Dimanakah Menghilang
Diriku Sendiri
Hanyut Dalam Bayangan
Sebuah Misteri

Harum Tiada Wajah
Mengelilingi Aku
Dalam Suasana
Yang Terharu

Lukisan Impianku
Gambaran Dimana
Cuaca Yang Begini
Apakah Mahunya

Aku Adalah Aku
Nyanyi Lagu Yang Rindu
Lemah Langkahku Mengejarmu

Bila Pun Engkau Menjelma
Disini aku Berdiri
ku Menanti
Walau Hilang Ceritamu
Di Hati Tetap Abadi
Sentuhanmu

Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Aku Pun Tak Tahu
Oh Oh

Syakilla

Lagu/Lirik: JS Kevin


ps: Dulu ader majalah Variapop tau. Ader ruangan kenal-kenal. So bole tulis surat 'wangi-wangi' kat pen-pal. Mungkin dari situ ler tercetus kisah Misteri Mimpi Syakilla nie ek..?


Soul: Misteri Mimpi Syakilla (Wings)

Lagu nie sungguh gay sekali

In Aus...In Aus...In Oder Aus...
(In Ouch! In Ouch! In, Odour Out!)

aper jenis nyer lagu nie??

Geli siak nak dengar lagu mcm nie...




ps: Dia nie jantan gay kaper??

Soul: In Oder Aus (Bruno)

Oh Bulan...

Enggan melayan diriku lagi. Pabila airmata membasahi pipi. Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku, pabila kau bersama yang lain...

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu. Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu, kau juga merindui aku...

Ku enggan berpura pura ku bahagia. Ku enggan melihat kau bersama si dia. Oh, ku akui cemburu mula menular dalam diri, pabila kau bersama yang lain...

Pabila kau merenung matanya, ku rebah jatuh ke bumi. Disaat kau benar benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air...



ps: "...Dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu, kau juga merindui aku... "



Soul: Dan Sebenarnya (Yuna)

Suara ku tak semerdu buluh perindu...


Fangface dah mode balik melody lagu yg akan kami pertandingkan. Aku rasa the latest cut sounds much much better now.

Masa nak fill up form, aku realised final date for the song entry telah di extend until end of August! Huaaahh...?? Apasal ek??

Aku pon capai tepon and call Gumbira to verify. Fadly picked up my call. Aku pon kepoh-kepoh ler tanyer kenape date of submission kat website contradicts dgn date kat dlm form tuu...

Fadly pon dgn baik hati explained kat aku dgn panjang lebar. Ohhh....baru ler aku faham. Ramai mintak extend rupanyer. Infact, aku pon mcm nak tergerak hati mintak extend pasal kesuntukan masa pada 2-3 minggu yg lepas.

Since dateline dah extend, aku tanyer ler Fangface bole tak rakam balik vox aku. Nie kali aku bersemangat nak nyanyi dgn pitching yg tinggi. Fangface kater, no comment. Suka ati makbapak kao ler...

Aku balik awal hari nie. Suhaily msn tanyer knp aku kat umah awal hari nie. Ermm...aku tak nak bilang ape2 dulu ahh.

Aku setup studio bilik aku dulu. Tingkap, langsir sumer aku tutop. Aku dgr balik minus one yg Fangface kasi tadi. Aku adjust mixer sama amp. Sumer dah swee-swee. Aku adjust mic volume.

Sebelom nyanyi aku minom air jampi seteguk dulu. Pastu aku picit record button. Aku pon mula ler nyanyi dgn nada yg tinggi....makoiiiii...sampai part bridge, aku dah semput! Blom masok part chorus lagikkk.

Tak bole ler..tak bole ler...Betol adik aku kater. Nie lagu sesuai utk suara pompan ajer. Bole putus siot urat kentot.

Aku SMS Fangface. Aku give up. Aku tak bole nyanyi lagii. Fangface kater kiter submit jer aper yg kiter dah ader nih.

Aku tengah carik female vocalist yg sudi nyanyi lagu kiter nie..any takers?

ps: Duit dah bayar, tapi lagu blom submit lagi nie...


Soul: Always Be My Baby (David Cook)

Beralunan Semalam

huhu...lengit ahh semalam.

Aku tgh siapkan project lagu kedua utk song competition, Alunan Kasih 2.


Nie pon last minute jugak. Fangface beritahu final date of submission is on the 30th June 2009. Mana siakk sempat karang lagu..idea pon tgh takde nie. Lagipon this few months aku mmg bz giler dgn hal-hal kejer.

Aku pon kol ler adik aku kat johor tanyer dia kalo nak sumbang kan lagu utk kiter yg ketandusan ilham nie. Lagi pon Fangface gie holiday seminggu tu ari. So, aku cuma ader seminggu ajer utk cari lagu for this song competition.

Nasib aku baik ler adik aku mmg ader simpan banyak lagu2 yg dia karang dulu. So, aku pon buat muka sardin dan kecek ler dia satu lagu nie. Aku rasa lagu nie sesuai utk dipertandingkan. Last Saturday, aku paksa adik aku nyanyikan balik lagu tu. Hahahah...sampai cramped jari dia petik guitar! Hmmm...aku suka melody unplugged dia. Cuma lirik nak tambah 2 verses lagi ahh kasi panjang sikit...

Monday lepas, aku pass demo kat Fangface. Dgn lincah dia rearrange balik music score. Dlm masa 24jam dah siap. So, semalam aku sibuk buat balik lirik lagu tu. Pastu aku buat voice recording dgn minus one yg Fangface kasi tempoh hari.

Actually, lagu nie perit jugak ler nak nyanyi pasal high pitch banyak sangat. But nie cuma rough cut jer. Nak kena adjust the song length lagi...perrghhh.

ps: Ayu & Anis, hehe...we might want to use one of ur songs in future too. but for now, it'll be this one. =)



Soul: Thank You For The Music (ABBA)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB