Subscribe News Feed Subscribe Comments

Aunty Crackers and The Twitter Thingy

Aku tweet Nenek Keropok tanyer dia ader keropok sardin tak...? sekali dia reply dahh...

www.twitter.com/nenekkeropok

Kluar sotkhabar article pasal nenek kopok nie...

MAK CIK KEROPOK' BOHONG SEMATA-MATA
Oleh Nizam Ismail

KISAH seorang perempuan tua penjual keropok dan membawa bersama makhluk halus yang kini tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan laman blog, tiada kebenarannya dan lantas tidak seharusnya dipandang serius.

Beberapa asatizah yang dihubungi sebaliknya menasihati orang ramai agar tidak cepat terpengaruh dengan cerita-cerita perempuan tua yang diberi gelaran 'makcik keropok' itu kerana ia boleh merosakkan akidah mereka.

Mantan Pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan, Ustaz Pasuni Maulan, ketika diminta mengulas mengenai kisah 'makcik keropok' itu, berkata:

'Kita tidak seharusnya cepat percaya kepada khabar angin yang boleh merosakkan iman.

'SMS atau e-mel sebegini boleh menimbulkan semacam gangguan kepada kehidupan manusia.

'Dalam Islam, apabila kita mendengar berita, kita seharusnya tahu siapa pembawa berita itu.'

Dipercayai kisah 'makcik keropok' itu mula hangat tersebar dan kerap diperbualkan pada awal bulan ini menerusi SMS, e-mel dan laman blog.

Tidak dapat dipastikan sama ada kisah makcik keropok itu tersebar setelah radio Ria, menerusi rancangan Misteri Jam 12-nya, menyiarkan cerita seorang pendengar yang menceritakan pengalamannya dengan 'makcik keropok' itu.

Radio Ria dalam jawapannya berkata, kisah 'makcik keropok' mula diceritakan oleh seorang pendengar sekitar pertengahan tahun lalu.

'Ia adalah rancangan bercorak hiburan semata-mata, sama seperti rancangan seram yang lain di televisyen atau di pawagam.

'DJ yang bertugas sering kali menekankan bahawa cerita-cerita yang dikongsi hanya dianggap rekaan dan tiada kesahihannya.

'Diharapkan para pendengar tidak terbawa-bawa dengan cerita-cerita tersebut.'

Dalam beberapa e-mel dan SMS itu, pengirimnya mendakwa bahawa 'makcik keropok' itu datang dari rumah ke rumah untuk menjual keropok sekitar kawasan Woodlands, Tampines, Pasir Ris dan beberapa kawasan lain.

Makhluk halusnya dikatakan akan disuruh mengganggu seisi rumah mereka yang tidak membeli keropoknya.

Mereka yang membeli pula dikatakan mendapati keropok berkenaan menjadi lemau dan berbau busuk.

Pembaca Berita Harian, Cik Lili Aida Saadon, berkata beliau mula berasa takut dengan cerita-cerita sedemikian dan anakanaknya pula takut untuk membuka pintu jika didatangi sesiapa.

Pendakwah bebas, Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, berkata beliau turut menerima SMS yang sama pada mingggu lalu dan ramai anak muridnya turut mendengar cerita yang sama.

'Dari kaca mata Islam, kita perlu juga melindungi rumah kita dengan zikir atau ayat-ayat Al-Quran.

'Kita juga ada hak untuk tidak membuka pintu rumah kita kepada orang yang tidak kita kenali,' tambahnya.

Jurucakap polis berkata, sejauh ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai seorang wanita yang menjual keropok.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebaran SMS atau e-mel.

Source: http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,146003,00.html?



Pendapat aku:

Aku rasa skrang serata pulao dah dengar kisah nenek yg jual kopok bawak hantu tuu..

Ader yg percaya, dan ader jugak yg mencemuh akan kisah ini. Sehinggakan ianya tersiar diakhbar tempatan.

Khamis lepas aku jumpa Dato' Razak. Dia kata, sorang kawan dia tu dah jumpa reporter sotkabar tu supaya beliau dpt menyiarkan article ini di akhbar. So inilah article yg dimaksudkan.

Secara ringkasnya article ini ditulis secara provokatif. Ianya berat sebelah dan lebih berbaur spekulatif. Secara jelas, ianya menafikan cerita yg kononnya tahyul.

Apasal aku cakap macam tu eh??

Ko baca dan ko pikir lah secara logik..orang yg di interview tu sumer tak pernah terjumpa nenek tu. Aper dia org tahu siakk? So of course lerr dia orang tak caya akan wujudnya nenek tu. Only seeing is believing. Betol tak??

Kalo reporter org putih, dah tentu dia org investigate dalam-dalam tentang kesasihan cerita nie..eheheh..

Cuba si reporter tu gie interview orang2 yg dah terkena dan berdepan dgn nenek tu. Musti ader lagi bukti-bukti yg bole dikorek. Bukan nyer susah sangat. Ko search ajer kat internet. Ramai bloggers yg dah blog abt the insiden yg mereka experienced it first hand.

Kalo tak mereka, mungkin sahabat handai atau kenalan terdekat yg pernah mengalami peristiwa seram tu. Kalo aku dgn senang2 bole get in touch dgn mereka, apasal reporter tu tak bole gie interview mereka tu? Tak resourceful langsung ahh dia orang nie...

Aku suka sekali kalo reporter tu contact aku secara direct. Aku bole kongsi aper pengalaman aku ketika berdepan dgn nenek kopok tuu.

Aku tak nak ler berdebat panjang kat sini. Pada mereka yg tak caya, bersyukurlah. Mungkin anda adalah diantara orang2 yg terlindung dari sihir ini. Pada mereka yg dah terkena itu, semoga kiter berhati-hati di lain kali kerna benda sihir & mahluk halus ini sememangnya wujud.

Aku kira bernasib baik ler, pasal nyaris kena jugak tu hari. Aku sekadar terserempak nenek tu dlm lift ajer. Tapi aku bole kasi detailed descriptions abt nenek keropok tuu.

Ader sorang kawan aku bilang, ader orang yg dikenali tu dah terkena. Anak dia sekarang sakit2 kat umah akibat terkena badi dari nenek kopok tu. Aku simpati kat keluarga tu. Semoga dia dpt penawar dari penyakit yg ditimpa.

Nenek Keropok is now @ Facebook too! - Click here to add her as a friend. *winks*

Related story: http://10tinsardin.blogspot.com/2009/07/citer-hantu.html

ps: Wajah nenek keropok kat twitter tu tak sama dgn aper yg aku nampak dgn mata kepala aku sendiri. Nampak sah twitter tu bedek! hahaha...


Soul: Mysterium (This Ascension)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB