Subscribe News Feed Subscribe Comments

Makan BOLA! Tido BOLA!

World Cup 2010 - South Africa

"SINGAPORE - After more than six months of nail-bitting suspense sources have confirmed that football fans will be able to watch all 64 matches of the 2010 World Cup finals in South Africa live on television in Singapore." - TODAYonline 29 April 2010


**Lalalalalalala...BOLA! YAY!!!

Finally...finally!

Team bola yg aku support dari belakang dari dulu sampai sekarang...


TEAM GERMANY


ps: Bulan June ini akan menjadi bulan paling padat dgn aksi bersengkang mata.



Soul: Waka Waka - This Time For Africa (Shakira)

Untuk yg dah gatal nak kahwin

Pada sesiapa yg dah gatal nak kahwin, tapi masih blom ketemu jodoh, meh aku share ngan korang tips-tips yg berguna dari satu website nie...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

...ader 6, 7, 8, 9, 20, 34, 48, 60 tips lagi, Tapi, aku malas nak tulis arr..

So kalo korang ghairah sangat nak tahu...
siler click sini > http://feryco.com/60-petua-mendapatkan-pasangan


ps: Tak lawa takpe. Yg penting hati mau baekkkkkkkkkkkkkkkkkk. Jgn nak PERANGAI jerr!


Soul: Cari Jodoh (Wali Band)

Abang Bangla Yang Mentel


Eh..ko pernah dengar abang-abang bangla step romeo tak? Kao nak tahu aper ayat dia pakai??

Nie kisah kawan aku > punyer kawan > punyer maid > punyer hal dahh..

Satu hari dia rampas maid dia punyer hp. Sekali dia terbaca ader mamat bangla nie sudah antar maid dia sms jiwang lerr..

Ayat power bangla 1:

"Lorry i ride is rough. you ride me is smooth."

Makna nyer: "Lori yg ku naik tyme pegi kejer tidak se-enak kau menaiki daku" - mcm paham jek!

Ayat power bangla 2:

"if u feel cold come see movie. hold my dick you can feel warm until your heart."

Makna nyer: "Jika kau terasa dingin, ku bawa kau menonton wayang. Gengam lah batang keras ku supaya kehangatan nya sampai ke hati mu." - mcm nak kena sekel!

Kiwek! Oii..bangla! Lu jgn mcm paham okeyyy....


ps: Nie bangla kurang ajar sak! sekali aku lestik dia nyer boplay!!!


Soul: Ah Beng vs Bangla (Prank Call)

Aku menulis bukan kerna nama...


Q: Dear mr sardin, how to make a catchy blog? Pls reply. Thank you.

A: Senang jer, turun bawah block, abeh tu gie lari-lari maen catching! hahaha...

Ok seriously back to the question. aku pon tak tahu mcm mana korang classify blog orang tu catchy ke tidak. Nie sumer terletak pada selera pembaca tu sendrik!

Kalo aku minat sardin, tak semestinyer korang pon minat sardin kan?

But aku rela kongsi tips kat korang ahh..

Cari topic or subject tertentu utk dibobal (kupas/elaborate/merepek). selalunya orang suka topic2 terkini yg panas, hot lagi sensasi utk dibaca dan yg ader kena mengena dlm kehidupan mereka.

Pastu beri ler pandangan korang sendiri. Tak semestinya pandangan korang tu musti sama dgn panndangan masyarakat umum.

Jgn takot kalo ko beri pandangan yg salah, pasal dalam kamus idop aku, takde pandangan yg salah. Cuma cara org yg berfikir dan menterjemahkan pandangan kao tu agak berbeza-beza sikit.

Aper yg korang blogkan tu harus ikhlas dan jujur. Kalo suka, katakan suka. Kalo tak suka, cakap tak suka. Senang jer kan? Takyah nak dolak-dalih.

Lagi best kalo korang pandai buat kelakar biler blogging. Rata2 org lebih suka baca blog yg kelakar dari blog kisah duka lara dan nestapa.

Stress siot baca blog mcm tu. Jgn suka baca blog yg sedih2 or blog yg marah2 kerana ianya bole merosak kan akidah kao dlm hidop.

Masa kao buat coretan tu, try to express all your inner feelings. Kalo terperanjat, tulis dgn nada terperanjat. Kalo happy, tulis nada happie, kalo bingit, tulis nada tengah bingit.

So biler orang baca, dia pon dpt menghayati aper perasaan korang ketika itu supaya setiap pengajaran/ilmu/message yg disampaikan itu dpt meninggalkan satu kesan yg abadi.

Tu ajer aku nak share.


ps: Aku menulis bukan kerna nama dan aku bukan pro dlm penulisan blog.


Soul: Bukan Kerna Nama (Ramli Sarip & A.Romzi)

Gambar Passport

Tu hari aku baca sotkabar pasal buat passport baru.

"...At the self-service machine, all you need to do is get your IC and thumbprint scanned. Once your identity has been verified, the system will retrieve the correct document and dispense it through a slot..." - TODAYonline, 21 Apr 2010.

Read here: http://bit.ly/bEl2lf

Wahhh...len kali kalo nak collect passport baru, mcm beli air kotak kat vending machine. Cuma scan ko peh IC and chap jari....KELEPOOPP! kuar passport baru dari vending machine!

Kawan aku tanyer dah buat gambar baru? Aku cakap dah. Semalam aku buat kat Avatar.


Abeh dia ketawa. Dia cakap tak bole.

Ape plak tak bole? Tu gambar mcm muka aku perr? Nampak tu aku tunjuk thumbprint lagik. Tu gambar bole digunakan utk passport biometric tauuu...

Tu lahh, aper korang tahu....


ps: SERONOKK ahh create Avatars! =)))


Soul: Bunga Tanjung (Sharifah Aini)

Rupa Tanpa Wajah

HAHA! Aku ader rupa baru di alam cyber! Chewaahhh....

Aku skodeng ler fB nyer Eza tadi. Then, aku nampak dia create some avatars on her profile page.

Avatar (n) - Computers . a graphical image that represents a person, as on the Internet.

Aku pon nak satu ahhh...! So, dgn tak tahu malu nyer, aku pon kecek ler mintak dia buatkan aku satu avatar jugak! Teehehehee...

TAADAAAA...!!!
ZueAvatara
(Eza kater, tu bukan songkok okeyy...tu Safety Helmet!)


ps: Pada sesiapa yg gatal tangan nak mencuba 'virtualize' kan rupa anda, sila ke http://www.faceyourmanga.com/. Anda pasti sukaaaaaaaaaaaaaaaa.............


Soul: Rupa Tanpa Wajah (Kembara - M.Nasir)

"Malay boys LURRRRRVE baju butterfly"


Ader orang tanyer minahspeak soklan SPM...

Question:
hello eli.. if all malay girls are 'minahs', in darwinspeak naturally they will all evolve into 'makciks' right? will u also evolve to become makcikspeak in future (b4 u hang the mouse)? hehe :P

Answer:
You are absolutely right! To the fact that Minahs will all evolve into Makciks. You know this when they quit wearing g-strings to seduce their Mats and convert to baju butterfly to turn on the Pakciks.

Seriously, that's a tip. Malay boys LURRRRRRVE baju butterfly. And korang satu-satu takmo nak step posh and elegant konon tak suka baju butterfly la eh, it's the most comfortable thing in the world!

Maybe if I ever do Makcikspeak I should release a line of Baju Butterfly. Hmm.

If you're GODDAMN bored and in need of some witty entertainment, click http://www.formspring.me/minahspeak.

Expect the unexpected and quirky answers! =)))

(Kenapa aku suka promote bende yg mepek2 kat sini arr...??)

Aper tu Baju Butterfly??

"korang tahu tak saper pelopor baju butterfly nie? Sebenarnya baju butterfly nie ditiru dari rancangan Wrestling WWF dulu. Korang ingat tak Macho Man Randy Savage?? Ahhh...dia ler yg start dulu pakai baju butterfly!" - Belachan Tumbuk 250209

Macho Man -  Pencetus idea "Baju Butterfly" yg popular sehingga hari nie...
(Dulu, memang ramai makcik2 suka tengok Wrestling WWF. Ramai jugak yg minat kat Macho Man!)



ps: Baru jer tu hari melepak dgn Rizan dan terkenang peristiwa pasal Baju Butterfly time gie KL. Huauahahaha...


Soul: Butterfly (Crazy Town)

Saper nak kahwin, angkat tangan!


Semalam kawan aku email citer nie. Aku baca lepaksss sia!!!

But come to think of it, the blunders have ruined the whole objective.

Al-Kisahh...

Si lelaki hantar rombongan meminang. Yelah, org melayu kalo nak kawen, penuh dgn adat istiadat. Musti antar wakil merisik konon.

So, si mak nyer pompan nie pon letak ler 'price tag' kat anak pompan dier. Konon nak ikot 'market price' ler...

Mak (Side Minah): Yerlah... anak saya blajar lulus universiti. Tak nak bilang brape tapi biarlah patut-patut.. Selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu...tapi ini lah satu satunya anak pompan saya...harap harap paham jerlah

Mak (side Mat): Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah ye...
kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan,biar jauh dari maksiat.

Mak (side Minah): Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...ada banyak lagi yang tunggu.... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap.

Mat : Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini....
SEKARANG jugak saya DOWN 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik....
Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK....
Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak...tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!

what happened next was an UGLY scene....bertikam lidah sampai 3 mat polis dtg step hero. Tu pon kena maki dgn 'mak side minah'...hurhur

...and this has been a police case...SERIOUSLY!


ps: Bak kater pepatah, "...orang lain nak kahwin, polis jugak yg kena maki.." Kao ingat jadi mat polis senang keper??


Soul: Asereje (Les Ketchup)

Aper itu Rock Kapak?

Aku terbaca status salah sorang kawan fB aku - "Aper itu rock kapak?"

Gua respect & suspect musti ader org tanyer dia mana datangnya asal-usul perkataan 'rock kapak' tu..

Ok meh gua story kat lu orang sikit perihal 'rock kapak' nih...

Zaman Rock Kangkang

Penglibatan aku dlm arena muzik rock nie bermula sejak tahun 80an dulu. Ketika itu Man Kidal masih bersama kumpulan Search!

Hahaha...ramai budak2 rock selenger skrg tak sedar bahawa, Man Kidal memulakan career nyer sebagai
gutarist rock bersama kumpulan Search dan bukan kumpulan Lefthanded.

Ketika itu, ianya dikenali sebagai zaman 'Rock Kangkang'! Kenapa dipanggil zaman rock 80an zaman
'Rock Kangkang' ahh?

Hehe..gua malas lah nak elaborate. Lu tengok jer style posing kumpulan2 rock pada pada zaman tuh..

Gambang terkangkang 1


Gambar terkangkang 2


Gambar terkangkang 3


Gambar terkangkang 4


Gambar terkangkang 5


Gambar terkangkang 6

Disebabkan sluar mereka yg sempit lagi sendat, sebab tu mereka terpaksa mengangkang kan kaki apabila bergambar atau beraksi di pentas. Kalo tak, nanti boplay terselit celah spender dan perot kao bole menjadi senak siol...!!! muahahahaa.... =D

Macam mana timbul perkataan 'Rock Kapak' plak?


Ahh..ini statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.

Dulu kan, perkataan ini tak wujud pon. Aku pon tak tahu mcm mana timbul 'kapak' dalam perkataan rock tu? 'Kapak' takde kena mengena dgn rock siol. Jahanam ahh korang rosak kan bahasa rock!

Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, 'Rock Kapak' itu bermula dari perkataan 'Rock kapa' -without the 'K' at the end.

'Rock kapa' adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang gie tengok konsert rock, tyme show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton...

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!"  (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan 'kapa' dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan
jiwa & sanubari seseorang rocker itu.

For example:

Apabila kiter nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kiter nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dgr walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie 'ringan-ringan' or 'suap lidah'...

"Fewwwiittt...jamboo sial minah! barang baek, rock kapa??"

So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.

Whenever we speak, musti ader jer kluar perkataan 'kapa' sebagai menandakan kiter nie bobal rock dan tergolong di dalam species mat rock!

Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu mulot ke satu mulot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta mulot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan 'Rock kapa' telah bertukar menjadi 'Rock Kapak'.

Walo bagaimanapon, 'Rock Kapak' sounds tak logic, pasal 'kapak' takde kena mengena dgn zaman rock, lagu rock dan aper2 yg rock dan sewaktu dengan nyer.

Sehingga hari ini, sebutan 'rock kapak' itu masih belom ader di documentasikan di internet.

So, conclusion aku, perkataan 'Rock Kapak' itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.



ps: Rock terus rock, rock sampai tua!

Soul: Meniti Titian Usang (Search)

We love you, Sengkang!


Whooishhh....Kite aku terbang tinggi!

Last weekend aku serbu Sengkang semata-mata nak maen kite!

Memang packo siot tempat tu. Punyer ler ramai manusia. Nak cari parking pon susah. After 4 kali tawaf, baru ler jumpa parking slot kat tepi stesen LRT Farmway.

Cuaca agak redup, tapi kekadang mendung jugak ler. Tapi aku yakin bahawa mendung tak bererti ujan...cheyy.

Aku melangkah ke tengah-tengah padang. Angin bertiup kencang. Aku kibarkan kite Shark aku, lalu ia terus terbang ke angkasa biru.

Ia kelihatan begitu megah dan garang. Seligan kite-kite disitu bertempiaran lari apabila melihat Shark aku meluru naik ke langit dan mengganas!


Aku sungguh enjoy melihat ia terapung di udara. Terlampao enjoy, sampai aku tak sedar reel aku kehabisan tali...

Aku sayang kite shark aku yg kaler black nie! =)



ps: Next kite flying spot will be at Woodlands.

Soul: Angkasa (Hady Mirza)

Caught Trapped!

Mustafa Centre kena tutop pasal langgar banyak peraturan keselamatan.

"SCDF has encountered cases where business operators repeatedly breach fire safety requirements leading to increased risk to lives in the event of a fire despite having been hauled to court and fined numerous times," he said, without referring to Mustafa Centre.

The mall was ordered on Thursday to stop retail operations on its ground floor for 40 hours due to overcrowding and fire safety issues. - Today Online, 10 April 2010.

Source: http://www.todayonline.com/Singapore/EDC100410-0000100/Fire-safety-to-the-fore

Tu lerr...aku dah highlight benda nie kat blog aku 2 tahun lalu....

Read here: http://mohdzuraini.blog.co.uk/2008/05/06/oh-no-it-s-a-trap-4140239/

"...it's going to be a serious offence if the store management were to get caught by the authority..."


ps: Kan...kan...dah kena kan!

Soul: Fire (Babyface & Des'ree)

Nak beli drumset!

Nak beli yg mcm nie ke..


Price: S$850++


OR, nak beli yg mcm nie..?


Price: S$1400++

 
ps: Alaaaa....Tapi mana nak aku letak ek? Tak kan nak sumbat kat dapur?? =(

Soul: Tears Of Dragon (Bruce Dickinson)

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

Aku mendapat kiriman email dari Kristina. Sebak aku membacanya. Yelah, kisah seorang anak yg dipukul oleh ayahya sendiri apabila dia mahu memakai tudung demi kebaikan. Ahh..bacalah korang sendiri...


Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam.

Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.

Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jer nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!! Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq!"

"LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! "

"Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"...

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu-kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak...

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Yang benar,
Pretty Boy


ps: Buang masa betol baca nie citer!


Soul: Pretty Boy (J-Son)

Alice Di Alam Ghaib...


Korang pernah tak TERpikir pasal cerita-cerita alam ghaib...mcm citer Alice in Wonderland tuh?

Aku sentiasa percaya bahawa kiter ini bukan sajer hidup didalam alam 3-dimensi, tetapi mungkin alam 4-dimensi!

Apakah dimensi ke-4 itu?

Dimensi ke-4 itu adalah suatu alam ghaib yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Tetapi, ianya berada disekeliling kiter.

Ianya seperti dihalang oleh satu tembok pemisah yg ghaib, dimana kiter tak nampak aper yg ader disebelah sana.

Tapi kekadang ader jugak orang yg tersesat jugak masok ke alam dimensi ke-4 tuh...

Tu pasal kekadang kiter pernah terbaca kisah orang yg tersesat dlm hutan tak jumpa jalan keluar. Ader yg sampai berminggu-minggu hilang. Seram kan??

Cerita Alam Ghaib 1

Tu hari aku dok sembang dgn sepupu aku kat bawah block. Dia citer kan bagaimana dia tersesat dlm hutan sewaktu menjalani latihan tentera di Brunei.

Waktu tu time marghrib. So, dia kena buat prowling ler.

Masa dia berjalan kluar melepasi kem tentera, dia pon masok ke dlm hutan. Dlm perjalanan tu, dia tetiba hilang arah.

So, biler dia pusing ke belakang, suasana berbeza. Kem tentera tu dah tak kelihatan lagi. Dia seolah-olah berada disuatu kawasan yg agak ganjil.

Panic jugak ah. Sebagai seorang tentera yg terlatih, dia telah diajar utk mencari tebing sungai jika tersesat. Water is a source for survival.

Dia terus berjalan dan akhirnya terjumpa tebing sungai yg berdekatan. Walopon begitu, dia masih tidak tahu dimana kah arah dia.

Dia jerit mintak bantuan, tapi takde saper yg mendengar. Padahal, baru jer beberapa tapak dia meninggalkan kem tentera itu.

Hari menjadi gelap. Suasana sunyi sepi. Tetiba dia terdengar bunyi suara yg kuat dan menggerunkan. Nak kater harimau, bukan. Nak kater beruang, bukan. Nak kater dinosaur pon bukan.

Suara itu seperti berada disisinya ajer. Tapi dia tak nampak kelibat aper2 pon.

Dgn berbekalkan hanya sebilah parang, dia nekad utk berpatah balik kearah dimana dia memulakan perjalanan tadi.

Tapi suara gerun itu, seolah2 tidak mengizin kan nyer berpatah balik. Setiap kali kakinya hendak melangkah, hembusan nafas terdengar kuat. Dia tak nampak aper pon disekelilingnya.

Sepupu aku tu pon bertawakal ajerlahh. Dia nekad jer utk gostan balik. Sambil melaungkan azan dgn sekuat hati, dia pon meredah hutan itu kembali.

Lari punyer lari, akhirnya, di terjumpa semula kem tenteranya di hadapan. Dia sujud syukur.

Dia rasa baru jer beberapa minit dia tinggal kan kawasan kem tenteranya tadi, tapi rakan2 nyer yg lain berkata, dia telah hilang sejak beberapa jam yg lalu.

Pelik kan?

Cerita Alam Ghaib 2

Aku baca cerita nie dari sebuah majalah.

Kisah terjadi pada tahun 50an. Kisah seorang pemuda, ketika itu telah kedalam hutan utk memburu rusa, di suatu kawasan di Kedah.

Waktu dia mengejar sekor rusa, dia tiba disebuah kampung yg belom pernah dia temui.

Kampong itu amat berlainan sekali dari kampong2 yg pernah dilihat. Infact, rumah2 disitu kelihatan amat ganjil bentuknya.

Orang2 disitu berpakaian pelik sekali. Dia pon merayau-rayau disekitar kampong itu sambil mencari rusa yg sedang diburu tadi.

Tetiba, ader seseorang bertanyakan apakah hajatnya berada dikampong itu??

Dia pon menceritakan kisahnya yg sedang memburu seekor rusa utk dijadikan makanan utk keluarganya.

Tetiba, rusa yg sedang dicarinya terlintas dihadapanya. Maka, dpt lah dia menangkap rusa itu tadi.

Setelah itu, dia dinasihati supaya berpatah balik kebelakang bersama rusa yg telah ditambat itu dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Pemuda itu pon beredar. Setelah beberpa tapak dia berjalan, dia berhenti.

Dia ingin bertanyakan, apakah nama kampong itu. Apabila dia menoleh kebelakang, kampong itu telah hilang. Apa yg dia nampak, hanyalah hutan rimba.

50 tahun kemudian, barulah dia menceritakan kisah ini di dalam sebuah majalah.

Ternyata, kampong yg dilihat 50 tahun yg lalu itu, sama seperti keadaan bandar yg dilihat pada zaman sekarang...

Pelik kan?

Cerita Alam Ghaib 3

Dulu, time aku berumur 9 tahun, ader jugak peristiwa berlaku di kampong.

Tyme tu kan waktu pagi. Aku ngan adik aku tgh tolak basikal gie perigi utk mandi pagi.

Perigi tu terletak agak2 50m jauhnyer dari rumah kampong nenek aku.

Lepas mandi, aku pon tolak ler basikal tu balik pulang ke rumah. Apasal aku tolak basikal? Pasal, basikal tu lagi besar dari aku. Kaki aku tak sampai nak mengayuhnya.

Dlm perjalanan pulang, aku melepasi satu pokok tua. Pokok tu agak rendang jugak ahh..(aku lupa pokok aper tu)

Masa aku melintasi pokok tu, aku terdengar suara kanak2 sedang bermain bersuka-ria. Aku heran jugak ler dari mana suara-suara tu datang. Setahu aku, kat kampong tu, takde kanak2 lain selain dari aku dan adik aku jer.

Lagipon, kawasan kampong aku tu jauh dari rumah jiran yg terdekat. So, suara saper plak tu?? Keliling aku sumer hutan rimba.

Kepala terpusing melihat kearah pokok tu. Aku ternampak bayangan 2 lembaga yg sedang ke hulur-hilir di celah pokok tu. Gerak-geri seolah2 mcm hulu balang citer dolu-dolu yg mundar-mandir menjaga pintu masok kawasan sebuah istana....ermm...korang paham tak?

Pucat lesi aku kejap. Aku suruh adik aku yg membontot kat blakang tu supaya jalan cepat sikit. Pasal aku rasa tak sedap lerr...

Abes tu aku balik, aku beritahu ler mak aku ler. Mak aku kater, mungkin tu kawasan kampong orang bunian lerr..

Nasib baik aku tak memandai masok jalan kat situ. Kalo tak...hmm...dah kena kahwin dgn orang bunian agaknyer aku nie...isshh..

Pelik kan??

So, korang percaya tak pasal alam dimensi ke-4 nih?


ps: Sebagai orang Islam, kita harus percaya wujudnya alam nyata dan alam ghaib.


Soul: Mr Crowley (Cradle Of Filth)

Learning English with Din Beramboi...

In Memory of Din Beramboi (1966-2010)

"..How much I love you...the rice.."

Comedian Din Beramboi dies

KUALA LUMPUR: Popular comedian Din Beramboi (pic), 43, died of haemorrhagic dengue fever at the Intensive Care Unit (ICU) of the Selayang Hospital at 12.30am Friday.

Din Beramboi who was in critical condition died after his liver and kidneys failed.

Born Mior Ahmad Fuad Mior Badri, Din Beramboi is also a popular radio presenter. - The Star (Read more...)


ps: Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Soul: Segment Lawak Din Beramboi

Kekuatan Wanita Terletak Pada Kelembutan Hatinya...


I am deeply moved when I read a comment by someone, on a recent entry that I've posted on my blog...

----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,
Good day Mr.Zuraini.


Each and everyday I read your blog since Cencalok year 2007. Tapi, bila baca "Till Death Do Us Apart", menyentuh hati saya sekali. Kerana saya mengalami nasib yang sama seperti wife. Cuma dia bernasib baik kerana husband tersedar dan kembali semula, tidak seperti saya. Apa yang wife rasa sudah pun saya alami. Perkahwinan saya selama 10 tahun juga mengalami nasib yang sama. Kering sudah air mata. Merayu pun dah tak berguna lagi. Tapi wife masih bernasib baik kerana husband masih bertimbang rasa meninggalkan sesuatu untuk menampung hidup. Suami saya pula hanya meninggalkan hutang yang banyak untuk saya selesaikan setiap sen. Walaupun begitu, sebagai seorang isteri yang pernah hidup bersama bahagia dan derita, melahirkan anak untuknya, masih mengharapkan ruang untuk bersama kembali walaupun mustahil.

Setiap yang berlaku ada keburukan dan kebaikan. Saya redha.

Saya membaca ruang di blog Mr.Zuraini untuk hiburan hati saya. Banyak yang boleh dijadikan panduan.

Semoga Mr.Zuraini berjaya dan bahagia.

Rgds,
A (nama sebenar dirahsiakan)

My reply:

Dear A,

I am sorry to know that my recent entry has uncovered a painful past.

Manusia diuji oleh Tuhan dgn bermacam dugaan. Kadangkala kita merasa tiada keadilan di dalam hidup ini. Akan tetapi, Tuhan tidak akan membebankan hambaNya dgn ujian, sekiranya ujian itu tidak layak baginya.

Anggaplah sesuatu yg berlaku itu ada rahmat disebaliknya. Mungkin ada sesuatu rahsia yg indah tersimpan dari ketahuan kita. Tuhan maha penyayang dan maha adil.

Tiada apa yg harus dikesalkan, kerana setiap kejadian itu adalah ketentuan Dia.

Yang penting, kita harus redha dan memandang kehadapan demi meneruskan sebuah kehidupan. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib kita. Berusahalah dan bertawakal.

Bersabar dan sentiasa memanjatkan doa kepadanya, semoga kita diberi semangat yang kuat dan keimanan yang teguh bagi mengharungi setiap badai dan rintangan hidup.

Nescaya, Tuhan itu tidak tidur dan Dia maha mendengar.

I am humbled to know that you have been a long time follower for all of my blogs. I am indeed greatful to know that my posts has benefited you in someways.

I thank you for sharing your plight, and in return, I shall pray for your happiness in time to come.

Wishing you success dan semoga kebahgiaan dunia akhirat akan menjadi milik anda kelak. Amin...

Regards.


ps: Kekuatan wanita itu terletak pada kelembutan hatinya...


Soul: Sad Violin
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB