Subscribe News Feed Subscribe Comments

Kekuatan Wanita Terletak Pada Kelembutan Hatinya...


I am deeply moved when I read a comment by someone, on a recent entry that I've posted on my blog...

----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,
Good day Mr.Zuraini.


Each and everyday I read your blog since Cencalok year 2007. Tapi, bila baca "Till Death Do Us Apart", menyentuh hati saya sekali. Kerana saya mengalami nasib yang sama seperti wife. Cuma dia bernasib baik kerana husband tersedar dan kembali semula, tidak seperti saya. Apa yang wife rasa sudah pun saya alami. Perkahwinan saya selama 10 tahun juga mengalami nasib yang sama. Kering sudah air mata. Merayu pun dah tak berguna lagi. Tapi wife masih bernasib baik kerana husband masih bertimbang rasa meninggalkan sesuatu untuk menampung hidup. Suami saya pula hanya meninggalkan hutang yang banyak untuk saya selesaikan setiap sen. Walaupun begitu, sebagai seorang isteri yang pernah hidup bersama bahagia dan derita, melahirkan anak untuknya, masih mengharapkan ruang untuk bersama kembali walaupun mustahil.

Setiap yang berlaku ada keburukan dan kebaikan. Saya redha.

Saya membaca ruang di blog Mr.Zuraini untuk hiburan hati saya. Banyak yang boleh dijadikan panduan.

Semoga Mr.Zuraini berjaya dan bahagia.

Rgds,
A (nama sebenar dirahsiakan)

My reply:

Dear A,

I am sorry to know that my recent entry has uncovered a painful past.

Manusia diuji oleh Tuhan dgn bermacam dugaan. Kadangkala kita merasa tiada keadilan di dalam hidup ini. Akan tetapi, Tuhan tidak akan membebankan hambaNya dgn ujian, sekiranya ujian itu tidak layak baginya.

Anggaplah sesuatu yg berlaku itu ada rahmat disebaliknya. Mungkin ada sesuatu rahsia yg indah tersimpan dari ketahuan kita. Tuhan maha penyayang dan maha adil.

Tiada apa yg harus dikesalkan, kerana setiap kejadian itu adalah ketentuan Dia.

Yang penting, kita harus redha dan memandang kehadapan demi meneruskan sebuah kehidupan. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib kita. Berusahalah dan bertawakal.

Bersabar dan sentiasa memanjatkan doa kepadanya, semoga kita diberi semangat yang kuat dan keimanan yang teguh bagi mengharungi setiap badai dan rintangan hidup.

Nescaya, Tuhan itu tidak tidur dan Dia maha mendengar.

I am humbled to know that you have been a long time follower for all of my blogs. I am indeed greatful to know that my posts has benefited you in someways.

I thank you for sharing your plight, and in return, I shall pray for your happiness in time to come.

Wishing you success dan semoga kebahgiaan dunia akhirat akan menjadi milik anda kelak. Amin...

Regards.


ps: Kekuatan wanita itu terletak pada kelembutan hatinya...


Soul: Sad Violin
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB