Subscribe News Feed Subscribe Comments

Alice Di Alam Ghaib...


Korang pernah tak TERpikir pasal cerita-cerita alam ghaib...mcm citer Alice in Wonderland tuh?

Aku sentiasa percaya bahawa kiter ini bukan sajer hidup didalam alam 3-dimensi, tetapi mungkin alam 4-dimensi!

Apakah dimensi ke-4 itu?

Dimensi ke-4 itu adalah suatu alam ghaib yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Tetapi, ianya berada disekeliling kiter.

Ianya seperti dihalang oleh satu tembok pemisah yg ghaib, dimana kiter tak nampak aper yg ader disebelah sana.

Tapi kekadang ader jugak orang yg tersesat jugak masok ke alam dimensi ke-4 tuh...

Tu pasal kekadang kiter pernah terbaca kisah orang yg tersesat dlm hutan tak jumpa jalan keluar. Ader yg sampai berminggu-minggu hilang. Seram kan??

Cerita Alam Ghaib 1

Tu hari aku dok sembang dgn sepupu aku kat bawah block. Dia citer kan bagaimana dia tersesat dlm hutan sewaktu menjalani latihan tentera di Brunei.

Waktu tu time marghrib. So, dia kena buat prowling ler.

Masa dia berjalan kluar melepasi kem tentera, dia pon masok ke dlm hutan. Dlm perjalanan tu, dia tetiba hilang arah.

So, biler dia pusing ke belakang, suasana berbeza. Kem tentera tu dah tak kelihatan lagi. Dia seolah-olah berada disuatu kawasan yg agak ganjil.

Panic jugak ah. Sebagai seorang tentera yg terlatih, dia telah diajar utk mencari tebing sungai jika tersesat. Water is a source for survival.

Dia terus berjalan dan akhirnya terjumpa tebing sungai yg berdekatan. Walopon begitu, dia masih tidak tahu dimana kah arah dia.

Dia jerit mintak bantuan, tapi takde saper yg mendengar. Padahal, baru jer beberapa tapak dia meninggalkan kem tentera itu.

Hari menjadi gelap. Suasana sunyi sepi. Tetiba dia terdengar bunyi suara yg kuat dan menggerunkan. Nak kater harimau, bukan. Nak kater beruang, bukan. Nak kater dinosaur pon bukan.

Suara itu seperti berada disisinya ajer. Tapi dia tak nampak kelibat aper2 pon.

Dgn berbekalkan hanya sebilah parang, dia nekad utk berpatah balik kearah dimana dia memulakan perjalanan tadi.

Tapi suara gerun itu, seolah2 tidak mengizin kan nyer berpatah balik. Setiap kali kakinya hendak melangkah, hembusan nafas terdengar kuat. Dia tak nampak aper pon disekelilingnya.

Sepupu aku tu pon bertawakal ajerlahh. Dia nekad jer utk gostan balik. Sambil melaungkan azan dgn sekuat hati, dia pon meredah hutan itu kembali.

Lari punyer lari, akhirnya, di terjumpa semula kem tenteranya di hadapan. Dia sujud syukur.

Dia rasa baru jer beberapa minit dia tinggal kan kawasan kem tenteranya tadi, tapi rakan2 nyer yg lain berkata, dia telah hilang sejak beberapa jam yg lalu.

Pelik kan?

Cerita Alam Ghaib 2

Aku baca cerita nie dari sebuah majalah.

Kisah terjadi pada tahun 50an. Kisah seorang pemuda, ketika itu telah kedalam hutan utk memburu rusa, di suatu kawasan di Kedah.

Waktu dia mengejar sekor rusa, dia tiba disebuah kampung yg belom pernah dia temui.

Kampong itu amat berlainan sekali dari kampong2 yg pernah dilihat. Infact, rumah2 disitu kelihatan amat ganjil bentuknya.

Orang2 disitu berpakaian pelik sekali. Dia pon merayau-rayau disekitar kampong itu sambil mencari rusa yg sedang diburu tadi.

Tetiba, ader seseorang bertanyakan apakah hajatnya berada dikampong itu??

Dia pon menceritakan kisahnya yg sedang memburu seekor rusa utk dijadikan makanan utk keluarganya.

Tetiba, rusa yg sedang dicarinya terlintas dihadapanya. Maka, dpt lah dia menangkap rusa itu tadi.

Setelah itu, dia dinasihati supaya berpatah balik kebelakang bersama rusa yg telah ditambat itu dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Pemuda itu pon beredar. Setelah beberpa tapak dia berjalan, dia berhenti.

Dia ingin bertanyakan, apakah nama kampong itu. Apabila dia menoleh kebelakang, kampong itu telah hilang. Apa yg dia nampak, hanyalah hutan rimba.

50 tahun kemudian, barulah dia menceritakan kisah ini di dalam sebuah majalah.

Ternyata, kampong yg dilihat 50 tahun yg lalu itu, sama seperti keadaan bandar yg dilihat pada zaman sekarang...

Pelik kan?

Cerita Alam Ghaib 3

Dulu, time aku berumur 9 tahun, ader jugak peristiwa berlaku di kampong.

Tyme tu kan waktu pagi. Aku ngan adik aku tgh tolak basikal gie perigi utk mandi pagi.

Perigi tu terletak agak2 50m jauhnyer dari rumah kampong nenek aku.

Lepas mandi, aku pon tolak ler basikal tu balik pulang ke rumah. Apasal aku tolak basikal? Pasal, basikal tu lagi besar dari aku. Kaki aku tak sampai nak mengayuhnya.

Dlm perjalanan pulang, aku melepasi satu pokok tua. Pokok tu agak rendang jugak ahh..(aku lupa pokok aper tu)

Masa aku melintasi pokok tu, aku terdengar suara kanak2 sedang bermain bersuka-ria. Aku heran jugak ler dari mana suara-suara tu datang. Setahu aku, kat kampong tu, takde kanak2 lain selain dari aku dan adik aku jer.

Lagipon, kawasan kampong aku tu jauh dari rumah jiran yg terdekat. So, suara saper plak tu?? Keliling aku sumer hutan rimba.

Kepala terpusing melihat kearah pokok tu. Aku ternampak bayangan 2 lembaga yg sedang ke hulur-hilir di celah pokok tu. Gerak-geri seolah2 mcm hulu balang citer dolu-dolu yg mundar-mandir menjaga pintu masok kawasan sebuah istana....ermm...korang paham tak?

Pucat lesi aku kejap. Aku suruh adik aku yg membontot kat blakang tu supaya jalan cepat sikit. Pasal aku rasa tak sedap lerr...

Abes tu aku balik, aku beritahu ler mak aku ler. Mak aku kater, mungkin tu kawasan kampong orang bunian lerr..

Nasib baik aku tak memandai masok jalan kat situ. Kalo tak...hmm...dah kena kahwin dgn orang bunian agaknyer aku nie...isshh..

Pelik kan??

So, korang percaya tak pasal alam dimensi ke-4 nih?


ps: Sebagai orang Islam, kita harus percaya wujudnya alam nyata dan alam ghaib.


Soul: Mr Crowley (Cradle Of Filth)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB