Subscribe News Feed Subscribe Comments

Aper itu Rock Kapak?

Aku terbaca status salah sorang kawan fB aku - "Aper itu rock kapak?"

Gua respect & suspect musti ader org tanyer dia mana datangnya asal-usul perkataan 'rock kapak' tu..

Ok meh gua story kat lu orang sikit perihal 'rock kapak' nih...

Zaman Rock Kangkang

Penglibatan aku dlm arena muzik rock nie bermula sejak tahun 80an dulu. Ketika itu Man Kidal masih bersama kumpulan Search!

Hahaha...ramai budak2 rock selenger skrg tak sedar bahawa, Man Kidal memulakan career nyer sebagai
gutarist rock bersama kumpulan Search dan bukan kumpulan Lefthanded.

Ketika itu, ianya dikenali sebagai zaman 'Rock Kangkang'! Kenapa dipanggil zaman rock 80an zaman
'Rock Kangkang' ahh?

Hehe..gua malas lah nak elaborate. Lu tengok jer style posing kumpulan2 rock pada pada zaman tuh..

Gambang terkangkang 1


Gambar terkangkang 2


Gambar terkangkang 3


Gambar terkangkang 4


Gambar terkangkang 5


Gambar terkangkang 6

Disebabkan sluar mereka yg sempit lagi sendat, sebab tu mereka terpaksa mengangkang kan kaki apabila bergambar atau beraksi di pentas. Kalo tak, nanti boplay terselit celah spender dan perot kao bole menjadi senak siol...!!! muahahahaa.... =D

Macam mana timbul perkataan 'Rock Kapak' plak?


Ahh..ini statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.

Dulu kan, perkataan ini tak wujud pon. Aku pon tak tahu mcm mana timbul 'kapak' dalam perkataan rock tu? 'Kapak' takde kena mengena dgn rock siol. Jahanam ahh korang rosak kan bahasa rock!

Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, 'Rock Kapak' itu bermula dari perkataan 'Rock kapa' -without the 'K' at the end.

'Rock kapa' adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang gie tengok konsert rock, tyme show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton...

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!"  (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan 'kapa' dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan
jiwa & sanubari seseorang rocker itu.

For example:

Apabila kiter nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kiter nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dgr walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie 'ringan-ringan' or 'suap lidah'...

"Fewwwiittt...jamboo sial minah! barang baek, rock kapa??"

So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.

Whenever we speak, musti ader jer kluar perkataan 'kapa' sebagai menandakan kiter nie bobal rock dan tergolong di dalam species mat rock!

Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu mulot ke satu mulot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta mulot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan 'Rock kapa' telah bertukar menjadi 'Rock Kapak'.

Walo bagaimanapon, 'Rock Kapak' sounds tak logic, pasal 'kapak' takde kena mengena dgn zaman rock, lagu rock dan aper2 yg rock dan sewaktu dengan nyer.

Sehingga hari ini, sebutan 'rock kapak' itu masih belom ader di documentasikan di internet.

So, conclusion aku, perkataan 'Rock Kapak' itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.



ps: Rock terus rock, rock sampai tua!

Soul: Meniti Titian Usang (Search)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB