Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label cerita sedih. Show all posts
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

Aku mendapat kiriman email dari Kristina. Sebak aku membacanya. Yelah, kisah seorang anak yg dipukul oleh ayahya sendiri apabila dia mahu memakai tudung demi kebaikan. Ahh..bacalah korang sendiri...


Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam.

Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.

Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jer nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!! Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq!"

"LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! "

"Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"...

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu-kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak...

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Yang benar,
Pretty Boy


ps: Buang masa betol baca nie citer!


Soul: Pretty Boy (J-Son)

Cerita Kamar Agung


Malam anda lebih lena dan nyenyak. Pagi anda lebih ceria dan segar.

Aku betol nyer bz giler, sampai nak gie toilet pon takde time.

Setiap kali aku nak terkucil, ku tahan (jebat). Biler TERrasa the 'tingling' feeling kat bawah tu, aku kepit kuat2.

Sehinggakan satu ketika tu, aku dah tak leh handle lagi. Aku rasa muka aku dah tukar jadi kaler biru, menahan titisan air pancutan berirama, dari menyembur keluar...

Aku pon bergegas lari menuju ke 'kamar agung' (toilet) yg terletak nun jauh di luar opis.

Masok ajer aku ke dalam ruang tertutup, yg sekangkang kera lebarnya, aku terus menghempas pintu dibelakang.

GEDEBANG!!!!

Bergegar seluruh kamar agung. Mujur tiada sesiapa di situ.

Terasa air mula pasang. Geletar seluruh tubuh ini. Seperti air didalam saluran paip, yg sedang deras menuju ke penghujung rindu....

Aku berdiri dan berpaling ke arah target, yg merupakan sebuah mangkuk ceramic putih.

Mulot mangkuk terngangah luas seolah-olah telah lama menanti hajat ku.

Aku menggelabah menahan gelora dijiwa. Tangan ku terketar-ketar mencapai zip sluar.

Bagai gunung berapi hendak memuntahkan lahar...tetiba...zip sluar aku stuck!!?? alamak.

...

Kalo korang jadi aku, apa agaknya korang akan buat?

a) Tahan jer kencing (besok pon bole kencing per)


b) Rentap ajer zip sluar tu sampai pecah


c) Kencing ajer dalam sluar


d) Berserah pada takdir...


SMS jawapan pilihan anda ke 1900-SAYA-NAK-TERKENCING.

Pemenang akan mendapat 2 pack lampin utk orang dewasa, yang ditaja oleh Dr.P


ps: Malam anda lebih lena dan nyenyak. Pagi anda lebih ceria dan segar.


Soul: Feel The Rush (Shaggy)

Handphone & Sebatang Rokok (sketsa pagi tadi..)



Korang pernah tak, biler dah lambat, musti ader perkara-perkara yg berlaku utk melambatkan lagi kelambatan korang??

Pagi tadi ujan lebat giler. Mata aku begitu ralat nak bukak pasal kesedapan berselimut atas katil. Tapi aku seret jugak badan aku masok ke bilik air.

Sebelom menuju ke opis, aku singgah kejap ke kedai membeli sekotak rokok yg dah kehabisan stok sejak semalam.

Masa nak masok kedai, ader sorang makcik dan cucunyer diri tercegat depan pintu.

Makcik: Nak, bole tolong makcik tak? Makcik tak tahu nak ON handphone nih.

Lalu dia menghulurkan hp LG nyer kat aku. Aku tak tahu aper model hp tu, tapi aku selalu nampak hp tu ader jual kat 7-11.

Aku: Oh..bole..bole.

Dgn senang hati aku membelek-belek hp tuu cari ON button. Tapi aku tak jumpa! Aku kehairanan...

Aku: Ermm..makck, hp nie takde ON button ke!?

Makcik: Ahh tu lah. Tu pasal makcik tak tahu macam mana nak ON.

Rupanyer, aku dgn makcik tu pon, 2x5=B.E.N.G.A.P jugak derr...haha

Aku tak puas hati. Ader ke hp takde ON button? abeh mcm mana nak gunakan ek? Aku tekan ler segala mcm butang yg ader kat hp tuu..secara tetiba screen hp itu bernyala...Wahhh! pandainyer aku!

Aku: Ahh makcik...makcik! Hp dah bole ON!

Aku begitu bangga dgn 'ke-terror-an' aku kerana berjaya mengodeh alat komunikasi yang canggih seperti itu dalam beberapa minit ajer.

Makcik: Alaaaa...timakasih banyak2 ye, nak. Kalo tak, makcik pon tak tahu ler mcm mana nak tepon anak makcik tu. Bukan aper, cucu makcik nie, suroh tepon mak dia.....bla...bla..sok sek sok sek...kelentang...kelentung....bok bek...bok....bekkk....

...makcik tu pon bercerita dgn panjang lebar. Aku pon sengih-sengih ajer ler mendengar keluhan hati makcik tuu...

Aku: Ahh...yelah makcik. Lain kali jgn beli tepon canggih mcm nie. Susah nak pakai.

Tetiba, kluar seorang lelaki tua berbadan gempal, dari kedai.

Pakcik: Ahh dah bole pakai ke blom hp tu??

Dia tanyer kat makcik tadi. So, aku presume tu bini dia lah.

Makcik: Dah bole nie harr...budak nie yg tolong tadi. (Sambil menunding jari kearah aku)

Pakcik: (Senyum) Oh, Timakasih ye, nak. Pakcik pon tak paham lah nak pakai hp tu.

Aku: Ehehehe...takpe. takpe..(Aku step malu gitu ahh)

Sebaik sajer makcik & pakcik tu bobal sesama sendiri, dgn tidak berlengah lagi, aku pon meredah ler masok ke dlm kedai mencapai segala impian dan niat aku utk membeli rokok.

Time aku kluar dari kedai, aku nampak pakcik tu masih tercegat berdiri sorang diri depan pintu tadi.

Aku: Ehehe..dah bole pakai kan hp tu tadi, pakcik?

Pakcik: Ahh..dah bole..timakasih ye. Nak gie mana nie?

Aku: Saya nak gie kejer nie. Ujan lah hari nie, pakcik. Saya pon dah terlambat nie...

Pakcik: Mintak rokok sebatang, boleh? (Dia nampak aku pegang kotak rokok yg aku beli tadi kat tangan.)

Aku: Huh?? (Oohh..Rupanya dia sanggup tunggu aku luar kedai pasal nak mintak rokok FREE...huhu)

Aku pon bukak ler kotak rokok yg masih disaluti plastic, lalu menghulur kan sebatang kat dia.

Pakcik: Haizzz..ko kejer rajin-rajin tau. Kumpol duit banyak2. Kao jgn kawin dulu!

Aku: Huh?? (Kahwin?? Aku blurr kejap..)

Pakcik: Brpa gaji kao sebulan? Ader seribu? Dua ribu?

Aku: ehehee..gaji cukop untuk makan ajer pakcikk....

Pakcik: Kalo ko ader duit, ko beli baju lawa-lawa mcm nie. (Dia belek sweater yg aku pakai. Rupanyer dia berkenan dgn sweater aku nih) Nanti kalo ko dah kahwin, nak beli rokok pon takde duit!!

Aku: Ehehehe...pakcik tinggal mana nie?

Pakcik: (Muka pakcik tu berubah jadi muram) ..anak pakcik dah halau pakcik kluar dari rumah. Nie pon pakcik dok menompang umah orang....bla..bla..blahh...sok...sek..sok..sekk...

Alamakkk pakcikkkkk...aku dah ler lambat, ujan lebat lak tuu. Sekali pakcik nie ajak dengar story sedih dia lakkkk...ishhh!!!

Aku: owhh...ermm...saya mintak diri dulu ye. Ujan makin lebat nie...

Pakcik: Ahh...ko bawak motor ek? Bawak motor tu bebaik. Ujan nie. Jalan raya licin...

Aku: Ah.haha...yelah pakcik. Jalan dulu ye...

Walopon aku nie tak pernah ader motor (lesen motor pon takde), tapi aku berterimakasih kepada pakcik tu kerana sudi mengingatkan aku supaya berhati-hati dijalan raya ketika ujan lebat nie.. =)


ps: Kepada semua pengguna jalan raya, harap berhati-hati apabila memandu/menunggang di musim hujan ini. Selamat Hari Natal & Happy Holidays! Pesanan ini dibawa khas oleh Sepuloh Tin Sardin. =)


Soul: Rudolph The Red Nosed Reindeer (Destiny's Child)

T-shirt, Bermuda & Selipar...Di Pagi Hari Raya

Eeeiiii...aku jerlus ah tengok korang upload gambar raya korang yg cantik2 tuu kat Facebook!

Aku nyer gambar raya sumer tak cantik. Sebab tu aku malas nak upload...huhu. *winks*

Korang tak caya ek?? hahhaa...Aku sungguh selekeh ok!


Pagi raya aku gie solat Aidilfitri kat Masjid Jamek, Alor Gajah, Melaka.


Pagi raya tu aku bangun dgn semangat nak beraya. Aku pon pakai ler baju kurong aku yg kaler pastel PINK itu berserta samping songket. Siap berchapal lagikk. Gaya aku tak tumpah seperti hero melayu Hang Tuah yg nak beraya sakan.

Aku pon melangkah pergi ke masjid. Kenapa musti pakai lawa-lawa pegi ke masjid? Pasal kat masjid ader ramai aweks okeyy...eeheheh!

Tapi, watak hero aku tu cuma sementara ajer. Bila aku balik, baju kurong aku tuu tetiba bertukar menjadi sehelai t-shirt. Kain samping songket yg aku beli kat geylang tu hari, menjadi seluar bermuda dan chapal putih aku pula tetiba menjadi selipar jepon!

Oh, baru aku teringat. Aku bukan Hang Tuah. Rupa-rupanya, aku lah seorang gadis ayu yang pemalu, lagi sopan-santun, bernama Cinderella...jeng...jeng..jeng!

Ibu tiri kater jgn nak perasan jadi hero kampong. Jgn ler mimpi nak kahwin dgn anak raja kat Melaka tuu. Aku disuroh gie masak rendang kat dapor.

Lalu, Cinderella yang manis itu, dudok sopan memasak rendang kat luar dapor..


Inilah lauk rendang hari raya yang aku tolong masak di Pagi Hari Raya Aidilfitri yang suci lagi murni.

Ini baru 1st time aku belajar masak lauk rendang, tapi rendang aku sedap okeyyy! =)

Walopon aku tak dapat kahwin dgn anak raja, tapi aku puas hati pasal lauk rendang aku BEST in the WORLD! =)

Begitu lah kisah sedih yg menyayat hati di pagi Aidilfitri...heh!

ps: Sebenarya, gambar posing raya aku berlambak! But sorry, it's for personal viewing jer....teeehehe! =P


Soul: Koleksi Lagu-lagu Hari Raya (Sepuloh Tin Sardin)

Puasa Si Miskin


Petang tadi, Rizan email aku satu citer. Setelah aku membacanya, aku tersentak.

Betapa bersyukurnya kita dgn apa keadaan kiter sekarang. Kalo ader kala nya kiter selalu mengeluh tentang kekurangan-kekurangan kiter, ada pula mereka yg lebih dari kekurangan.

So, aku nak share ler kat korang citer nie. Semoga ianya memberi satu keinsafan pada diri ini.
--------------------------------------------------------------------------

Sekadar renungan...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.

Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.

Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu.

Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.

Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?

Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


ps: Semoga Ramadan ini memberi kiter suatu keinsafan....


Soul: Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB