Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung

Aku mendapat kiriman email dari Kristina. Sebak aku membacanya. Yelah, kisah seorang anak yg dipukul oleh ayahya sendiri apabila dia mahu memakai tudung demi kebaikan. Ahh..bacalah korang sendiri...


Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam.

Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.

Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain.

Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jer nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never! Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!! Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq!"

"LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! "

"Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!"...

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu-kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak...

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Yang benar,
Pretty Boy


ps: Buang masa betol baca nie citer!


Soul: Pretty Boy (J-Son)

Mari Belajar Bahasa Arab...


Tadi Adzam ceritakan anak dia belajar bahasa arab kat skola.

"wahhh..nie mcm ko pon terror cakap arab lah kat umah?" si razak nyampok.

"aper plak terror. dia nyer bahasa arab bukan sebijik-sebijik mcm kiter blajar dulu. kena bobal in proper sentence lerr..." adzam kata.

" ok..ok..aku nak tanyer kao. kalo 'pintu' dlm bahasa arab aper?" tanyer si razak.

"alaahh..tu senang jer..." adzam cakap. "Kalo pintu, dlm bahasa arab is Al-Bab!"

"Wahh...pandainyer kao!" razak puji kepintaran adzam. "abeh kalo kucing?"

"Kucing = Al-Meow"
"Burung = Al-Bird"
"Anjing = Al-Doggie"

Muhahahahahahaa.....


ps: bijak...bijak...kiter minom dulu!!! =P


Soul: Ana Yalli Bahebak (Nancy Agram)

Orang dolu-dolu kater...



Tadi aku skype dgn kawan aku. Masa tgh chatting, tetiba dia ngadu tangan dia terasa gatal...

Kawan: ..gatai benor tangan nie.

Aku: Org dolu-dolu kater, kalo tangan gatal, nak dpt duit!! $$

Kawan: Wahhh =D. Abeh kalo kaki gatal??

Aku: ermm..nak teranjang org kot? =P

Kawan: Muka gatal??

Aku: Nak kena teranjang kat muka ahh tuu! Hahaha!


ps: Tolong jgn amik hati. Aku gurau ajer lahhh! =)


Soul: Hati Rindu (R. Azmi)

Baywatch


harr...nengok brader tu!
 Begitu ler cara nyer kalo kita nak pakai pelampong di atas kepala.
Musti ader gaya, mutu dan keunggulan! hahaha...



ps: ...dan aku masih dalam tahap kepenatan lagi nie...


Soul: Hawaii Five-O TV Theme

Anak Derhaka Betul!! (Drama sedih...aku nak cry!)

Sempena bulan posa nie, marilah kiter fitrah kan jiwa ini dan menjadi seorang muslim yang baik dan anak yg soleh / solehah.

Aku harap korang sediakan ler tisu seberapa banyak yg mungkin, takot korang terasa sebak menonton drama ini, menahan airmata, air hidong, air liur dan segala mcm air yg meleleh nanti...

Lagi satu pesanan, tolong jangan ketawa kuat-kuat ekk...nanti batal posa korang. =)


Anak Derhaka Betul!!
(isshh..memang derhaka betol anak ini! mcm nak kena lempar dgn selipar jepon!)

Rating: NC-16 (Family violence, gruesome, suspense, horror, spooky, sad, action pack, lawak bodoh...etc..etc..sampai tak tahu aper lagi nak cakap!)


ps: Nasib baik mak dia tak sumpah dia jadi katak ke...esbok ke...PSP ke...pengat pisang ke...tskk...tskk. Derhaka betol nie anak!



Soul : Ku Mohon Restu Ayah & Bonda (Al-Jawaher)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB