Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Donate blood. You can save lives.


"BANGKOK - They formed up in long lines to have their blood drawn with syringes by nurses, each protester giving up a few teaspoonfuls from their veins to be collected in large plastic containers and later poured at the gates of Government House..." - Today Paper, 17 March 2010.

Aper punyer kejer bodoh ler buat benda mcm nih. Aku rasa ianya lebih memudaratkan diri sendiri daripada mencapai objektif mereka.

Daripada membazirkan darah-darah yg telah dikumpol tu, bukan kah lebih baik kalo mereka dermakan darah tu kat hospital2 yg lebih memerlukan??

Setidak-tidaknya, ada jugak nyawa2 yg boleh diselamatkan....

Inilah gimmick demonstrasi paling bodoh yang pernah tengok! Anw, penunjuk perasaan tu sumer dibayar secara professional, okay. So, tak kisah sangat ler tuu...


ps: Ader orang beritahu aku, dia dibayar RM100 time buat demo tu hari. Kejer dia cuma jerit-jerit dan tendang2 tong sampah ajer! Easy money sia..



Soul: Propaganda (Sepultura)

Cerita Tiga Ekor Monyet Lagi...


Di dalam sebuah hutan rimba, dibelantara amazon, ader 3 ekor monyet sedang dok berbincang di atas pokok...

Monyet 1: lu org tenok gaji2 menteri....dorang mkn sampai 7 keturunan mcm sumpah mahsuri pun takkan habis siakz

Monyet 2: Tadi pagi aku beli teh kat kedai kopi.. dah naik lagi seposen.. wtf man….

Monyet 1: teh naik 10...petrol naik 3 sen...current naik bersen sen...gaji jer tak naik......dorang ingat kasi duit gst $200 boleh tahan lama ke apa?

Monyet 3: Tahun nie lagi terus takde duit GST….huhu. Aku nak jual jubo ahh…

Monyet 1: last election dorang menang 66.6%. dgn duit GST tak kasi....mah bok tan nyer fumble pasal hdb....tu datuk ckp prc lagi rajin dari sgrean.....GIC rugi investment 3.6 billion....

aku rasa hard fight ni kali nyer election...

Monyet 2: Yes kita tipu gomen isi minyak kat jb, masuk jail.. gomen tipu kita pasal gst, diaorg dapat naik gaji..where the logic man..

They mucked up the economy and blame everything and everyone but themselves
Published by Singapore Election.
  • Singapore President's Basic Salary raised to S$3,187,100 (24.9% increase), Singapore's current President, Nathan, was a member of the dreaded Japanese Kampeti (uniform, sword and all) during the Japanese occupation of Singapore.
  • Singapore Prime Minister's Basic Salary raised to S$3,091,200 (25.5% increase). This is US$2.04 million, or about five times more than U.S. President George W. Bush, who currently takes home US$400,000
  • Senior Minister – S$3,043,300 (13.5% increase) or US$2.01 million.
  • Minister Mentor – S$3,043,300 (13.5% increase) or US$2.01 million
  • Deputy Prime Minister – S$2,452,500 (18.8% increase) US$1.62 million.
  • Minister and Senior Perm Sec – S$1,593,500 (32.5% increase) or US$1.06 million
  • Entry Superscale Grade – S$384,000 (3.3% increase)
  • Member of Parliament – S$216,300 (23.2% increase)
  • Average Singaporean: US$26,000 (S$43,104 or S$3,592 per mo) Source: Singapore Ministry of Manpower
  • The poorest 10% in Singapore earn S$3,600, or S$300 a month.
  • Welfare payments to the needy S$290 a month.
Quote:

A senior White House official on Tuesday, April 10, 2007 admitted he was floored by the news that Singapore's prime minister earned five times more than US President George W. Bush.

"I'm going to emigrate and run for office in Singapore," the official said on condition he be identified only as "a senior administration official who sits in disbelief after reading that story."

Sources:



ps: Next GE, korang tahu mana nak pangkah ahhh... =)

 Soul: Money, Money, Money (ABBA)

Orang Melayu Banyak Problem...??


Mendaki, NUS kaji kepincangan Melayu

Yayasan Mendaki dan Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang bergabung tenaga untuk menjalankan kajian terperinci bagi memahami dengan lebih baik segala faktor yang menjadi penyebab permasalahan keluarga pincang yang membelenggu masyarakt Melayu/Islam sejak sekian lama.

"Ada kemungkinan juga mereka ini tidak dikesan lebih awal atau mereka ini tidak tahu dimana mereka boleh mendapat pertolongan bagi menangani masalah yang dihadapi." - Dr Mohamad Maliki Osman (Setiausaha Parlimen Pembangunan Negara)

"Golongan elita Melayu tidak boleh bersikap lepas tangan. Jika hal itu berlaku kita akan menghadapi bahaya."

"Ini kerana mereka tidak meluangkan masa, tenaga dan sumber-sumber yang ada pada mereka untuk menangani masalah yang ada."

"Jadi, saya mengharapkan golongan ini mempunyai matlamat dalam kehidupan mereka, untuk sama-sama memikirkan tentang masalah-masalah yang dihadapi masyarakat, untuk menulis tentangnya dan teroka huraian-huraiannya.." - Dr Yaacob Ibrahim (Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.)

Teks diatas dipetik dari akhbar Berita Harian (Singapura) Isnin, 7 Disember 2009.

Click sources here:
Mendaki, NUS kaji kepincangan Melayu
Usah pinggirkan 'kelompok di luar lingkaran biasa'

Pendapat aku...
Stigma masalah sosial orang-orang melayu telah berlingkar sejak sekian lama tanpa mencapai huraian konkrit utk mengatasinya.

Konflik diatas ini adalah masalah kuno yang telah menjadi pekong di dada masyarakat melayu sejak Singapura merdeka lagi.

Apa yang menghairankan aku, kenapa baru hari ini tergesa-gesa mencari huraian? Adakah topik yang dilemparkan pada ketika ini adalah satu propaganda politik?

Kepincangan masyarakat melayu dan segala delima yg dihadapi, mencerminkan kepimpinan yg kurang idealistic. Keperhatinan terhadap masalah-masalah sosial juga diambil sambil lewa dan kurang diberi tekanan tehadap individu dan kelompok-kelompok dalam masyarakat.

Dimanakah pemimpin-pemimpin bangsa melayu yg berwibawa, golongan-golongan elite dan karyawan-karyawan kita? Adakah usaha mereka itu selama ini telah mencukupi? Atau adakah mereka hanya mementingkan jawatan, kedudukan, pangkat dan harta sehingga maruah bangsa sendiri tergadai?

Dimanakah mantan menteri-menteri melayu yg telah bersara dari politik? Hilang? Migrate? Tak kuasa nak layan masalah orang-orang melayu? Sibuk dgn bisnes mencari harta kekayaan dunia?

Bersara dari politik tidak bermakna bersara terus dari menyumbangkan tenaga dan bakti utk masyarakat sendiri.

Dimanakah para cendekiawan yang cerdik pandai menghilang? Adakah mereka hanya memeluk tubuh masing-masing tanpa memberi bantuan-bantuan dan buah fikiran yang sepatutnya?

Mereka-mereka inilah diantara sumber-sumber terbaik yg dapat membantu memberi pandangan dan kepimpinan yg sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat melayu.

Agak kurang tepat jika masyarakat melayu di Singapura ini selalu dimomok-momokan sebagai masyarakat yang paling bermasalah.

Bangsa2 lain juga menghadapi masalah sosial. Tapi, mereka dapat mengatasi dan mengawal masalah sosial mereka dgn kecekapan pemimpin2 masyarakat mereka sendiri dan sokongan padu dari badan-badan sosial dan kebajikan.

Tetapi ini kurang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin melayu amnya. Kenapa ya?

Punca terjadi sebegini kerana, masyarakat melayu kini terbahagi kepada 2 golongan. Golongan kelas atasan dan kelas bawahan. (Bourgeoisie dan Proletariat, respectively. - Teori Marxism)

Kalo dikaji, sebilangan besar masyarakat melayu masih lagi tergolong dalam kelompok Proletariat.

Proletariat adalah golongan yang kurang mempunyai kuasa pengaruh dan pembangunan, dimana mereka adalah dari golongan masyarakat kais pagi makan pagi (peasant), yang tidak mendapat banyak faedah keuntungan walaupon berkerja keras hasil dari titik peluh mereka sendiri dan golongan Bourgeoisie yang mengaup segala credits dan keuntangan itu.

Proletariat boleh dipecah kepada lagi satu golongan kelas bawahan, iaitu lumpenproletariat.

Lumpenproletariat ini adalah golongan kelas paling bawahan di dalam sesuatu masyarakat itu, dimana mereka tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi negara.

Golongon inilah yang sentiasa terjebak dengan masalah-masalah sosial dan jenayah. Dan masyarakat melayulah yang mendominasikan golongan tersebut.

Akan tetapi, tidak kah menteri-menteri melayu sedar akan ke wujudan masalah ini sejak dari dulu lagi? Pemimpin-pemimpin melayu semua tidor keper?

Bimbingan dan sokongan golongan atasan amat diperlukan bagi golongan bawahan yg menyumbang kepada peratusan besar masalah-masalah ini.

Tetapi, oleh kerana sikap ego dan tinggi diri masyarakat atasan ini, maka ianya tidak banyak membantu membelenggu / menyelesaikan masalah dalaman masyarakat melayu.

Setiap rayuan pertolongan oleh golongan bermasalah ini, dibalas dengan ejekan dan cemuhan oleh golongan atasan, mendiskriminasikan dan memburukan lagi keadaan masyarakat itu yg sedia ada.

Kurang keperhatinan dan kepimpinan golongan atasan tersebut, menyebabkan masyarakat itu sendiri yg menjadi mangsa.

They have to be at Ground Zero to better understand the complications that arise and becoming part of the social problems.

Apa yg penting, golongan atasan ini harus membawa diri mereka kebawah dan mendekati golongan bermasalah ini bagi memahami punca-punca tersebut.

Dengan adanya persefahaman dan perspektif yg lebih menyeluruh, punca dapat dikesan dan tindakan yang lebih terperinci dapat menghuraikan masalah masyarakat melayu sedikit demi sedikit.


ps: Kalo benar-benar nak bantu masyarakat melayu, tolong ketepikan fahaman politik mereka sejenak. *hint*hint*


Soul: Orang Kita (Wings)

Tok Guru Nik Aziz


Aku betol respect ahh dgn Tok Guru Nik Aziz nie. Tak sangka dia pon blogger jugak...hurhur.

Blog Tok Guru Nik Aziz. Click here.

Sebenarnya aku tak pernah bersemuka dgn dia ahh. Yelah, walopon aku nie takde kait-mengait dgn parti politik dia, tapi aku amat kagum dan hormat dia sebagai seorang pemimpin yg dihormati di MALAYSIA.

Pada satu hari dulu, abah aku ke serata negeri-negeri semenanjung malaysia atas urusan perniagaan. Jadi rombongan delegasi dia singgah ke setiap pelusuk negeri utk bertemu dgn setiap ketua menteri disana.

Abah aku ceritakan, rombongan dia sampai ke negeri Kelantan Darul Naim dan berjumpa dgn Tok Guru. Aper yg dia kagum dan membezakan Tok Guru nie dgn pemimpin2 negeri lain ialah, Tok Guru nie orangnyer merendah diri. Cara dia berbahasa begitu elok sekali. Cara dia melayan tetamu & rakyat semua dgn cara yg adil dan sama.

"Tak payah nak buat appointment yg leceh2 tu. Tak yah nak jumpa Personal Assistant lah, jumpa secretary lah. Terus jer jumpa dia direct."

"..Jumpa Tok Guru nie, mcm jumpa doktor. Cuma cakap jer aper hajat, nanti Tok Guru tolong usahakan sedaya upaya. Senang jer. Tak yah nak isi borang kebenda tuu.." Abah aku ceritakan dgn panjang lebar pengalaman dia berdepan dgn Tok Guru dulu.

"Orang nyer baik sekali. Begitu merendah diri. Ramai pulak org datang jumpa dia mintak tolong buat tu ler, buat nie ler..tak pernah dia tolak." sambung abah aku lagi.

"Berurusan dgn Tok Guru Nik Aziz nie, paling senang dan ringkas betol."

Tapi, masa tu aku kecik lagi. Tak paham sangat pasal politik. Tapi bila dah dgr cerita abah aku tu, tetiba buat aku suka sangat nak jumpa Tok Guru Nik Aziz nie.

Walopon aku tahu ader yg mencemuh dan tak suka dgn Tok guru Nik Aziz nie dlm hal-ehwal politik, tapi sebagai seorang muslim, banyak yg bole kiter dpt pelajari dan ambil iktibar dari diri dia. Ketepikan hal politik sebentar.

Article: Nik Aziz and his cheap plastic bic ballpoint pen.

In A Life Of Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Semoga Tok Guru dirahmati dan diberikan kesihatan berpanjangan. Amin.

ps: Abah aku kater, negeri Kelantan lebih bersih dari lain2 negeri yg pernah dia lawati.
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB