Subscribe News Feed Subscribe Comments

Anak bulan tidak kelihatan...


Tadi, aku dok tgk berita kat TV sambil makan Satay...

Anak bulan tidak kelihatan, tetapi kalenda dah tulis esok (Sabtu) akan start posa di Singapura.
http://theramadanblog.blogspot.com/2009/08/ramadan-begins-in-singapore-on-august.html

Actually, aku tak kisah posa. Tapi, Hari Raya bole mintak postpone tak??...heh!

Preparing for Ramadan >> Read


-----------------------------------


"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat."



Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
Satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
Membina mengambil masa
Meruntuh sekelip masa

Yang jauh itu MASA
Yang dekat itu MATI
Yang besar itu NAFSU
Yang berat itu AMANAH dan
Yang indah itu SOLAT



Mohon maaf jika ada kata atau laku yang telah menyinggung perasaan sempena mejelang Ramadan. Moga-moga kita semua memperolehi barakah dan dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Ameen.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT"


ps: Bagaimana pulak kat Malaysia, Indonesia & Brunei eh? Nampak anak bulan ke tidak?



Soul : Ramadan
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB