Yayasan Mendaki dan Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang bergabung tenaga untuk menjalankan kajian terperinci bagi memahami dengan lebih baik segala faktor yang menjadi penyebab permasalahan keluarga pincang yang membelenggu masyarakt Melayu/Islam sejak sekian lama.
"Ada kemungkinan juga mereka ini tidak dikesan lebih awal atau mereka ini tidak tahu dimana mereka boleh mendapat pertolongan bagi menangani masalah yang dihadapi." - Dr Mohamad Maliki Osman (Setiausaha Parlimen Pembangunan Negara)
"Golongan elita Melayu tidak boleh bersikap lepas tangan. Jika hal itu berlaku kita akan menghadapi bahaya."
"Ini kerana mereka tidak meluangkan masa, tenaga dan sumber-sumber yang ada pada mereka untuk menangani masalah yang ada."
"Jadi, saya mengharapkan golongan ini mempunyai matlamat dalam kehidupan mereka, untuk sama-sama memikirkan tentang masalah-masalah yang dihadapi masyarakat, untuk menulis tentangnya dan teroka huraian-huraiannya.." - Dr Yaacob Ibrahim (Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.)
Teks diatas dipetik dari akhbar Berita Harian (Singapura) Isnin, 7 Disember 2009.
Click sources here:
Mendaki, NUS kaji kepincangan Melayu
Usah pinggirkan 'kelompok di luar lingkaran biasa'
Pendapat aku...
Stigma masalah sosial orang-orang melayu telah berlingkar sejak sekian lama tanpa mencapai huraian konkrit utk mengatasinya.
Konflik diatas ini adalah masalah kuno yang telah menjadi pekong di dada masyarakat melayu sejak Singapura merdeka lagi.
Apa yang menghairankan aku, kenapa baru hari ini tergesa-gesa mencari huraian? Adakah topik yang dilemparkan pada ketika ini adalah satu propaganda politik?
Kepincangan masyarakat melayu dan segala delima yg dihadapi, mencerminkan kepimpinan yg kurang idealistic. Keperhatinan terhadap masalah-masalah sosial juga diambil sambil lewa dan kurang diberi tekanan tehadap individu dan kelompok-kelompok dalam masyarakat.
Dimanakah pemimpin-pemimpin bangsa melayu yg berwibawa, golongan-golongan elite dan karyawan-karyawan kita? Adakah usaha mereka itu selama ini telah mencukupi? Atau adakah mereka hanya mementingkan jawatan, kedudukan, pangkat dan harta sehingga maruah bangsa sendiri tergadai?
Dimanakah mantan menteri-menteri melayu yg telah bersara dari politik? Hilang? Migrate? Tak kuasa nak layan masalah orang-orang melayu? Sibuk dgn bisnes mencari harta kekayaan dunia?
Bersara dari politik tidak bermakna bersara terus dari menyumbangkan tenaga dan bakti utk masyarakat sendiri.
Dimanakah para cendekiawan yang cerdik pandai menghilang? Adakah mereka hanya memeluk tubuh masing-masing tanpa memberi bantuan-bantuan dan buah fikiran yang sepatutnya?
Mereka-mereka inilah diantara sumber-sumber terbaik yg dapat membantu memberi pandangan dan kepimpinan yg sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat melayu.
Agak kurang tepat jika masyarakat melayu di Singapura ini selalu dimomok-momokan sebagai masyarakat yang paling bermasalah.
Bangsa2 lain juga menghadapi masalah sosial. Tapi, mereka dapat mengatasi dan mengawal masalah sosial mereka dgn kecekapan pemimpin2 masyarakat mereka sendiri dan sokongan padu dari badan-badan sosial dan kebajikan.
Tetapi ini kurang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin melayu amnya. Kenapa ya?
Punca terjadi sebegini kerana, masyarakat melayu kini terbahagi kepada 2 golongan. Golongan kelas atasan dan kelas bawahan. (Bourgeoisie dan Proletariat, respectively. - Teori Marxism)
Kalo dikaji, sebilangan besar masyarakat melayu masih lagi tergolong dalam kelompok Proletariat.
Proletariat adalah golongan yang kurang mempunyai kuasa pengaruh dan pembangunan, dimana mereka adalah dari golongan masyarakat kais pagi makan pagi (peasant), yang tidak mendapat banyak faedah keuntungan walaupon berkerja keras hasil dari titik peluh mereka sendiri dan golongan Bourgeoisie yang mengaup segala credits dan keuntangan itu.
Proletariat boleh dipecah kepada lagi satu golongan kelas bawahan, iaitu lumpenproletariat.
Lumpenproletariat ini adalah golongan kelas paling bawahan di dalam sesuatu masyarakat itu, dimana mereka tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi negara.
Golongon inilah yang sentiasa terjebak dengan masalah-masalah sosial dan jenayah. Dan masyarakat melayulah yang mendominasikan golongan tersebut.
Akan tetapi, tidak kah menteri-menteri melayu sedar akan ke wujudan masalah ini sejak dari dulu lagi? Pemimpin-pemimpin melayu semua tidor keper?
Bimbingan dan sokongan golongan atasan amat diperlukan bagi golongan bawahan yg menyumbang kepada peratusan besar masalah-masalah ini.
Tetapi, oleh kerana sikap ego dan tinggi diri masyarakat atasan ini, maka ianya tidak banyak membantu membelenggu / menyelesaikan masalah dalaman masyarakat melayu.
Setiap rayuan pertolongan oleh golongan bermasalah ini, dibalas dengan ejekan dan cemuhan oleh golongan atasan, mendiskriminasikan dan memburukan lagi keadaan masyarakat itu yg sedia ada.
Kurang keperhatinan dan kepimpinan golongan atasan tersebut, menyebabkan masyarakat itu sendiri yg menjadi mangsa.
They have to be at Ground Zero to better understand the complications that arise and becoming part of the social problems.
Apa yg penting, golongan atasan ini harus membawa diri mereka kebawah dan mendekati golongan bermasalah ini bagi memahami punca-punca tersebut.
Dengan adanya persefahaman dan perspektif yg lebih menyeluruh, punca dapat dikesan dan tindakan yang lebih terperinci dapat menghuraikan masalah masyarakat melayu sedikit demi sedikit.
ps: Kalo benar-benar nak bantu masyarakat melayu, tolong ketepikan fahaman politik mereka sejenak. *hint*hint*
Soul: Orang Kita (Wings)