Subscribe News Feed Subscribe Comments

Si Pengemis Musiman


Wak & Adzam ajak aku gie solat Jumaat kat Masjid Sultan semalam. Dah terlanjur tu, Wak kater nak belikan wife dia kebab kat Bussorah Street.

Di situ amat meriah sekali pada bulan puasa. Susasana amat berlainan kalo aku nak bandingkan dimasjid2 lain serata Singapore nie. Mungkin keadaan sekeliling yg begitu sinonim dgn masyarakat Melayu / Islam setempat yg memberi banyak perbezaan.

Setelah selesai solat, aku pon turun dari aras 2 masjid dan terus mengambil kasut di lelapang depan. Sambil memerhatikan para jemaah yg berpusu-pusu kluar, aku lihat ader sekumpulan pengemis yg dah mula bertapak di depan pagar masjid.

Masing-masing menghulurkan tangan sambil menagih rayu simpati, meminta belas ikhsan serta mengharapkan sedollar dua dari orang2 yg berjalan kluar dari pintu pagar itu.

"Macam kena bayar duit tol pulak ek?" aku berkata didalam hati.

Si pengemis tanpa segan silu meminta sedekah. Aku sangkakan org mintak sedekah dah tak wujud lagi di Singapura. Ader pengemis yg datang dgn berpakaian cantik, tubuh sihat. Ada pula ibu-ibu muda mengendung anak2 kecil sambil mengemis.

Ada satu insiden pulak, setelah seorang hamba itu memberi sedekah pada si pengemis, pengemis-pengemis yg lain berlari menerjah si penderma itu hingga ke tengah jalan raya dan meminta-minta wang lagi.

"Makkoo...kena keroyok ramai-ramai siakk!" aku tercenggang melihat gelagat mereka ketika berdiri di lampu traffic depan Restoran Zam-Zam.

Aku teringat kembali sewaktu aku ke indonesia dulu. Dia org pesan, kalo dah beri duit kena cepat2 lari. Kalo tak, kao kena kejar mati-matian. Aaahh...sama lah keadaan skrg nie.

So, aku rasa pengemis-pengemis nie bukan org-org dari sini. Pengemis import rupanya. Aku iingat para pemain bolasepak professional ajer diimport. Rupanya pengemis pon ader diimport jugak ek?

Dimanakah badan2 kebajikan dan penguatkuasa ketika ini? Seharusnya mereka patut menjangkakan pengemis musiman akan berleluasa disekitar masjid2 pada hari-hari tertentu. Kenapa tiada tindakan?

Adanya pengemis2 musiman ini akan memberi image yg buruk pada persekitaran masjid2. Nak tunggu orang complain ke baru nak amik tindakan?


ps: Dulu aku kenal satu makcik nie mengemis disekitaran Jalan Sultan. Setiap minggu aku nampak dia masok kan duit dlm Maybank kat bangunan Textile Centre sekitar $500 utk ditransfer ke Malaysia. Dlm sebulan aku kira, dia meraih wang mengemis hampir $2000. Kalo ditukar ke RM, nilai wang beliau dianggarkan sekitar RM5000. Gaji si pengemis tu lebih kurang dah mcm gaji seorang engineer!


Soul: Suara Takbir (P. Ramlee)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB