Subscribe News Feed Subscribe Comments

môr'fō-jěn'ĭ-sĭs

morphogenesis: mor·pho·gen·e·sis (môr'fō-jěn'ĭ-sĭs)

n.
Differentiation of cells and tissues in the early embryo which results in establishing the form and structure of the various organs and parts of the body.


Scar Symmetry - Morphogenesis

Scar Symmetry, adalah diantara new age metal band yang hebat!

ps: Oppsss...ader orang bingit kena dengar birthday song repeatedly. Sementera aku carik idea untuk mengupdate blog nie, enjoy ler lagu selingan nie...hehehe..
Soul: Morphogenesis (Scar Symmetry)

Happy, Happy Birthday


Selamat menyambut harijadi untuk Nisha yang ke dot..dot..dot..

Semoga usia anda diberkati dan sentiasa ceria bunga selalu =)

@}-----

Baju itu sungguh cantik...


Jersey terbaru untuk pasukan Liverpool FC pada musim akan datang. Aku rasa, design nyer lebih simple, kemas dan berseri. Lagi berseri kalo aku yg memakainyer...heh!


ps: Aku rasa baju nie akan menjadi baju rasmi aku utk Hari Raya nanti. Bole gitu? :P


Soul: You'll Never Walk Alone (Gerry & The Pacemaker)

Macam baju Power Rangers siaa...Hahaha!

Korang tengok baju Power Rangers nih...


Manchester United new kit for season 09/10




Sama takk?? Hahahahaha....


ps: Hahahahaa....Hobit siakkk! *ketawa tergolek-golek*




Soul: Mystic Force (Power Rangers)

Gone Too Soon - Goodbye, Michael Jackson

29 Aug 1958 ~ 26 June 2009


Bangun tidor pagi tadi, aku terbaca Tweeter updates from CNN. Michael Jackson dah mati.

Aku sangkakan nie sumer hoax jer. So, aku buat bodoh suahh. Aku pon bukak fB. Makkooo! berlambak siakk update pasal Michael Jackson mati. Aku tgk ramai jugak yg dah update blog pasal nie....

Yang terawal update blog pagi-pagi buta sebelom subuh is Arshanti. Aku rasa either dia tinggal kat sebelah umah Michael Jackson or dia kejer kat CNN. Tu pasal dia dpt info lebih cepat dari sumer orang.

Saper tak kenal Michael Jackson - Mamat kulit itam tetiba jadi putih nie. So tak hairan ler kalo memana aku pegi tadi, heboh pasal kematian ikon lagenda superstar nie.

Ketika aku kecik2 dulu, aku membesar dgn lagu2 Beat It dan Billie Jean. Siap hafal lirik lagik. Time skola, aku dan kawan2 aku yg lain akan ke kedai apek kat blakang skola, beli kaset cetak rompak Michael Jackson berharga $2 jer.

Kiter beli pasal nak copy lirik lagu Michael Jackson lah. Dulu mana ader internet nak carik lirik lagu. Aku dgn si Hafiz dan Annish. Kiter bertiga nie mmg kemarok dgn Michael Jackson time tuu. Hari2 kiter dok nyanyi lagu MJ. Siap buat dance step lagikk...woooohooo...! Masa tu kami baru darjah 3.

Ader sekali tu aku bukak lagu Billie Jean kat radio. Biler dgr lagu tu, apalagi ler, musti nak berjoget sakan. Aku pon tunjuk ler skill 'moonwalk' aku. Kebetulan bapak aku tgh pakai tepon kat sebelah.

Bila dia nampak aku buat 'moonwalk', terus dia ngamok. Dia masok bilik amik rotan! Apelagi ler, kena belasah terok tak terhingga lah aku time tuu...huhu


Inilah gaya joget Michael Jackson yg aku tiru dulu...


Begitu hebatnyer pengaruh Michael Jackson ketika zaman kanak2 aku. Semoga rohnya tenang disana. Selamat tinggal, Mikaeel Jackson ='(


ps: Korang caya tak aku masih bole lagi buat 'moonwalk' sekarang?..hahahaha =D



Soul: Gone Too Soon (Michael Jackson)


Monsters Vs Aliens


Jgn salah anggapan bahawa citer nie hanya utk kanak2 ribena jekk. Actually, citer nie bagus ditonton utk kanak2 besar dan kanak2 tua mcm aku. Masa dlm cinema tu, yg tgk pon ramai yg dah tua bangka nak mampos.

Mengisahkan seorang gadis jelita yg bernama Susan, tetiba menjadi seorang gergasi yg jamboo setelah dihempap meteorite dari outer space time dia nak kawin.

Dari situ ler bermula kisah dia terjumpa kawan2 monster dia dan mereka ditugas kan utk melawan satu mahluk alien kepala besar, mempuyai 4 mata dan 8 kaki mcm sotong!

Walopon ianya sebuah citer animasi mepek dan sesuai utk kanak2, tetapi message yg diterapkan banyak pengajaran utk orang-orang dewasa.

Ianya merangkumi tentang kesetiaan cinta, semangat setia-kawan, teamwork, never say die attitude dan mcm-mcm lagi ler. Selain tu, bnyk adegan lawak jugak ahh..

Seronok ler tgk citer nie...aku syor kan korang gie tengok citer nie. Lepakssss lerr!!!

Aku kasi 11 out of 10!


ps: Sebenarnya post nie dah outdated. Aku lupa nak publish last week..huhu! :p




Soul: Wolly Bully (Sam The Sham & The Pharaos)

Beralunan Semalam

huhu...lengit ahh semalam.

Aku tgh siapkan project lagu kedua utk song competition, Alunan Kasih 2.


Nie pon last minute jugak. Fangface beritahu final date of submission is on the 30th June 2009. Mana siakk sempat karang lagu..idea pon tgh takde nie. Lagipon this few months aku mmg bz giler dgn hal-hal kejer.

Aku pon kol ler adik aku kat johor tanyer dia kalo nak sumbang kan lagu utk kiter yg ketandusan ilham nie. Lagi pon Fangface gie holiday seminggu tu ari. So, aku cuma ader seminggu ajer utk cari lagu for this song competition.

Nasib aku baik ler adik aku mmg ader simpan banyak lagu2 yg dia karang dulu. So, aku pon buat muka sardin dan kecek ler dia satu lagu nie. Aku rasa lagu nie sesuai utk dipertandingkan. Last Saturday, aku paksa adik aku nyanyikan balik lagu tu. Hahahah...sampai cramped jari dia petik guitar! Hmmm...aku suka melody unplugged dia. Cuma lirik nak tambah 2 verses lagi ahh kasi panjang sikit...

Monday lepas, aku pass demo kat Fangface. Dgn lincah dia rearrange balik music score. Dlm masa 24jam dah siap. So, semalam aku sibuk buat balik lirik lagu tu. Pastu aku buat voice recording dgn minus one yg Fangface kasi tempoh hari.

Actually, lagu nie perit jugak ler nak nyanyi pasal high pitch banyak sangat. But nie cuma rough cut jer. Nak kena adjust the song length lagi...perrghhh.

ps: Ayu & Anis, hehe...we might want to use one of ur songs in future too. but for now, it'll be this one. =)



Soul: Thank You For The Music (ABBA)

Holding On




My world is closing in I'm so alone
The door is locked and nobody's home
Desire is the key that I must own
Emotions get me losing control
I'm losing control

But I know
It's the way that I must live
Even though
It's so unclear, so unfair
God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

I'm wishing I was somebody else
This world left me all by myself
Now why do they keep playing with my mind
Trying to break me down trying to make me blind
But I see

Cuz I know
It's the way that I must live
Even though
It's so unclear, so unfair
God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

God I know
There's a path for everyone
I must believe and keep holding on

I never let my fears conquer me
Cuz I know in my heart what I can be
Holding on

Aku amik nie dari Bro Halim nyer facebook. Aku mintak izin nak letak kat blog aku.
Bro Halim kater bole, but actually nie bukan tulisan dia. Nie lirik lagu Taufik Batisah...huahuahua
Aku pon tak tahu lak. Tapi lirik dia sungguh meaningful sekali...

ps: Bila aku baca title lagu nie, teringat lagu 'Hold On' dari Mari Hamada. Tetiba terkenangkan kembali ol' sweet memories, ketika aku baru berkenalan dgn seseorang sewaktu remaja dahulu...



Soul: Hold On (One More Time) - Mari Hamada

In Loving Memory...

"You will always on my mind..."


Everyday...I wish to see you in my dreams...
Everyday...I wish you are still here with all of us...

I remember the places that we went...
I remember the days you walked me to school, holding my hand...

I miss the days we prayed together as a family...
All your cheerful smiles and we laughed at your witty jokes...

I will always remember our last moments together...Till eternity...

If only I could hold your hands and touch your face for one more time...


Happy Father's Day, Abah... ='(

Al-Fatehah.


ps: You will always on my mind...


Soul: You will always on my mind (Willie Nelson)


Kisah Seorang Romeo


Psst..aku ader citer nak story kat korang. Nak dgr tak?

Since aku tgh boring tak tahu aper nak blog, aku teringat ler kisah kawan aku nie dulu...

Aku kenal dia nie dah lama. Kira-kira lebih 10 tahun dulu ahh. Dia nie memang seorang jejaka yg hensem, macho, cantik lagi rupawan....

Ramai pompan2, gadis2 yg tergedik2 dgn dia nie. Infact, bini org, mak org, pon ader yg suka sangat dgn dia. Maklom ler dia nie hensem giler...!

Oleh kerana dia ramai peminat wanita, kiter pon gelar kan dia Mat Romeo.

Kira tiap-tiap minggu, Mat Romeo nie selalu kiter nampak kluar berdating dgn wanita2 yg berlainan. Cantik-cantik lak tuu. Ader yg mcm model, mcm artis, mcm bidadari...bla..blaa...blaa.. Kira bertuah betol ler nasib Mat Romeo tu.

Kawan2 kami yg lain pon terasa iri hati dan kadang kala terdengki jugak dgn Mat Romeo nie. Apa ketidaknya, kita nak cari satu awek pon susah. Sedang kan Mat Romeo nie boleh dpt 4-5 awek sekali gus!..huhu...bayangkan betapa hensem gilernyer kawan aku tu.

So, satu hari tu, aku berkesempatan dok bobal dgn dia. Aku pon eksyen ler bertanyerkan susuk aper dia pakai??

"Issh...kao nie pon. Walopon aku nie bukan ler baik sangat, tapi aku tahu pakai susuk tu syirik. Dosa kalo kiter mendua kan Tuhan!" Mat Romeo templak aku balik.

Terasa teramat ler malu diri aku ketika itu kerana telah memburuk sangkakan si Mat Romeo selama ini.

"Abes tu, aku heran ler kenapa kao nie mcm senang jer pikat pompan. Adakala nyer pompan2 tu yg berlari terkejar-kejar kat kao...heheh!" aku pon tanyer dgn hati yg begitu curious.

"Sebenarnya ilmu 'buaya darat' nie senang nak dipelajari. Tapi, tak sumer org bole lakukan nya." jelas Mat Romeo lagi. Terngah-ngah kejap ler aku time tu.

"Nak jadi 'buaya darat' pon nak belajar ilmu ke?" aku tanyer kehairanan.

"Ader. Semua perkara yg nak kiter lakukan di dunia nie harus berpandukan pada ilmu. Termasok ler jugak ilmu memikat pompan ..ehehehe!" Mat Romeo kenyit2 mata kat aku.

"Walopon aku nie 'buaya darat', tapi kan ader 2 perkara aku tak buat. " sambung dia lagi.

"Pertama, jgn sekali-kali kacau bini orang. Kedua, jgn rampas tunangan org. Tu bukan hak milik kiter. Tu hak orang lain. Dosa kalo kiter meruntuhkan masjid. Itu jer aku nak pesan kat kao! Itu lah pantang larang kalo nak jadi 'buaya darat'. Bukan sumer bangkai kiter bole makan," Mat Romeo berkata dgn nada serious.

Fuhhh..aku terus tabik spring ahh kat dia nie. Walopon dia ngaku dia tu 'buaya darat', tapi dia masih kenal mana batasan.

Sejak dari tu, aku takde perasan dengki kat dia lagi. Baru aku tahu betapa gentleman dia nie. Patut ler ramai pompan yg terpikat kat dia.

Setelah berapa tahun lamanya aku tak dgr berita, aku mendapat tahu, Mat Romeo tu dah pon mendirikan rumahtangga yg bahagia. Kini dia dah pencen jadi Mat Romeo. Dia sekarang seorang suami dan seorang bapa yg mithali.

Aper yg aku pelajari dari Mat Romeo nie ialah, jgn sesekali kiter kacao hak orang lain. Banyak lagi pilihan untuk kiter diluar sana. Jika ianya bukan tertulis utk kiter, maka ianya bukan hak kiter. Part nie aku respect betol dgn Mat Romeo.

ps: Mat Romeo kasi aku satu doa utk dibaca ketika melihat wajah kiter dicermin. Kalo di amalkan selalu, org akan nampak wajah kiter manis dan berseri-seri....mcm lagu Seri Hari Raya! =)



Soul: By The Way (Hinder)

 
Sepuloh Tin Sardin | TNB