Subscribe News Feed Subscribe Comments

Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Untuk yg dah gatal nak kahwin

Pada sesiapa yg dah gatal nak kahwin, tapi masih blom ketemu jodoh, meh aku share ngan korang tips-tips yg berguna dari satu website nie...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

...ader 6, 7, 8, 9, 20, 34, 48, 60 tips lagi, Tapi, aku malas nak tulis arr..

So kalo korang ghairah sangat nak tahu...
siler click sini > http://feryco.com/60-petua-mendapatkan-pasangan


ps: Tak lawa takpe. Yg penting hati mau baekkkkkkkkkkkkkkkkkk. Jgn nak PERANGAI jerr!


Soul: Cari Jodoh (Wali Band)

Saper nak kahwin, angkat tangan!


Semalam kawan aku email citer nie. Aku baca lepaksss sia!!!

But come to think of it, the blunders have ruined the whole objective.

Al-Kisahh...

Si lelaki hantar rombongan meminang. Yelah, org melayu kalo nak kawen, penuh dgn adat istiadat. Musti antar wakil merisik konon.

So, si mak nyer pompan nie pon letak ler 'price tag' kat anak pompan dier. Konon nak ikot 'market price' ler...

Mak (Side Minah): Yerlah... anak saya blajar lulus universiti. Tak nak bilang brape tapi biarlah patut-patut.. Selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu...tapi ini lah satu satunya anak pompan saya...harap harap paham jerlah

Mak (side Mat): Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah ye...
kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan,biar jauh dari maksiat.

Mak (side Minah): Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...ada banyak lagi yang tunggu.... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap.

Mat : Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini....
SEKARANG jugak saya DOWN 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik....
Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK....
Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak...tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!

what happened next was an UGLY scene....bertikam lidah sampai 3 mat polis dtg step hero. Tu pon kena maki dgn 'mak side minah'...hurhur

...and this has been a police case...SERIOUSLY!


ps: Bak kater pepatah, "...orang lain nak kahwin, polis jugak yg kena maki.." Kao ingat jadi mat polis senang keper??


Soul: Asereje (Les Ketchup)

Dah kahwin ke blom?


Trutt....Trutt...Trutt...

Aku tgk nombor kat hp aku. Pelik. Nombor tak familiar gitu.

Aku pon jawab ler dgn selamba. Rupanya, kawan lama aku ler, si Rodzan, yg tepon. Dah lama aku tak dgr khabar dia. Cuma poke2 jer kat fB....

So, rancak ler kiter bobal tanyer khabar masing2...

Rodzan: ...sebenarnyer, aku dah lama nak tanyer ko benda nie ahh..

Aku: Ahh aper ko nak tanyer?

Rodzan: Eh, ko dah kahwin ke blom??

Aku: Huh??..Eh, amenda ko tanyer soklan bukan-bukan mcm tu...huahuahhuaa

(Kiter sesama tergelak)

Rodzan: Hahahaa...tu pasal lah aku tepon ko nie. Aku nak tanyer hal nie direct kat ko..

Aku: Hahahaha...takde soklan lain ke nak tanyer aku. Tu hari Si Zalefah pon interview mcm nie jugak..ahahahah. Mepek ahh korang!

(Aku cuba divert topik lain dulu...bla..bla...blahh)

Rodzan: Eh, ko jgn nak tukar topic ahh. Aku serious nie. Ko dah settle down ke blom?

(Suara si Rodzan tetiba bunyik serious ahh...)

Aku: Mcm mana lak ko agak aku blom kahwin ahh?? hahahah...

Rodzan: Eh, seri muka org blom kahwin dgn orang yg dah kahwin lain okeyyy..hahaha!

(Sejak biler dia jadi Mr Cupid nie??)

Aku: Ermm...ko ader calon utk aku keper?? keheheehe (Aku cuba buat lawak lagi ahh...)

Rodzan: Ader ramai calon aku nak recommend nie. Eh, aku serious ahh...

(Rupanya kawan aku tu betol punya serious lerr..ishhh!!)

Aku: =______=

(Aku terdiam seketika. Agak2 ader ler dlm 42 saat aku lost for words.)

Rodzan: Ko nak aku recommend tak??

Aku: Eheheheh....(Muka aku dah start cramp!)

Rodzan: ishhh...susah ahh kao nie. Secretive sangat!!

Aku: ???


ps: Si Shamsul nyer wife tu hari nak recommend aku awek batam! Fuhhhh...jauh nyerrr!!! =D

Soul: Sudah Kahwin Ke Belum (Ismail Haron & Anita Sarawak)

Alahh emak kahwin kan aku...


Jarang aku dapat email dari Abg Rosli. Tapi sekali-sekala dia kasi email...fuhhhh...PEDAS!!!

Nie lagi satu email dia sent kat aku tadi. Lepakk siakk aku ketawa! Ntah dari saper nyer artikel dia suah sapu, tapi bagus jugak ler dia share ngan kiter sumer hal-perihal ehwal semasa dlm negeri nie.

So, aku pon nak share ngan korang ahh, lelebih lagi utk sumer yg tgh sibuk nak kahwin, yg blom kahwin dan yg dah kahwin tapi nak kahwin lagi.. =D

--------------------------------------------------------------------------------

Aku ni actually ghairah pat members² aku start plan kawin. Bukan jealous cuma tumpang gembira jer. Heehee..

So aderla satu hari tu, members aku satu ni tepon nak jemput aku ke majlis dia...

Aku pon tanya ler.. 'Amacam geng, semua dah siap?'

Dia cakap 'Parah beb, gua kayap siak ni bulan... 20 ribu dah abis siol..'
HAAA?!? 20 RIBU?!?! Mak oi..

Hidop pat singapore nie memang ler mahal and kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal duit tak cukop ataupon duit yang ade tu diorang tak bleh agree nak digunakan untuk apa.

Maknernyer, diorang plan nak buat majlis kan, abih tak boleh agree with each other, so they bergaduh & bertekak & salahkan mak bapak each other & end up, tak jadi kahwin..... Al kisahhh...

Tapi kan, aku heran tau... pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas
nikah. Heran eh?? Diorang ingat lepas kawin life stops there ke??

Hmm.. ok, that's a different story..

So getting back pasal duit nie kan, tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, akak kau peh laki la, mak ensem bapak jambu la, hai... macam-macam story lagi.

Biasanyakan, yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak confirm mesti orait.. ikutkan aje. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak, revenue sharing 50/50.

Hurhurhur basketball btoll...

Mengikut survey kedai kopi pat Jurong West St 42, sekarang hantaran paling minimum ialah SGD$7000.. Maximum sampai $25,000 pon ade.

Kalau kedai kopi Marsiling lak SGD$5000 + rokok kretek 30carton. Dasyat beb.. Dah lah Singapore ni mahal giler.. Macam mane couple tak bertekak..Nak tahu apasal mahal?

Mengikut Survey Kedai Gunting Teban Gardens, antara punca hantaran sekarang makin mahal;

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi sampai tingkat 20
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja lawyer/doctor/CEO AnakMelayu.com
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang pandai masak, kemas rumah, layan suami sampai suami takmo gi kerja
7. Kakak belum kahwin; jadi kena sponsor kakak kawin jugak.. nanti lemau..
8. Anak pompan tu banyak yang melamar, semuanya hensem brylcream + kaya

Mengikut survey Kedai Basikal Chai Chee, selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ialah;

1. Bapak Rock - 'Lu giler ka pa beb?'
2. Bapak Mithali -?'Astarghfirullah..'
3. Bapak Bintang TV - 'TTIIDDDAAAAKKKKKK!!!!!!'
4. Bapak Gangster/Tailong - 'Masih 'virgin' ke tak ni lu peh girl, ada diamond ka pa..'
5. Bapak Bisnesman - 'We're sorry but the returns of our investment is definitely less than 20%...'
6. Bapak Lembik - 'mahal la.. macam mane nie daling?' sambil membisik pat Isterinya...
7. Bapak Garang - 'APAAAA?!?! AAPPAAAAAA??!! CUBA KAU CAKAP LAGI SEKALI!!!??'
8. Bapak Gerek - 'HAHAHA! Lupakan sudah... Takpe Roy, nanti bapak recommend yang lebih power dari Ashwarya Rai eh?'


Mengikut survey Warung Nasi Lemak Bussorah Street, kata² dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar ialah;

1. 'Ikut suka hatilah.. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Makcik ngan pakcik kau nie tak cerewet.'
2. 'Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.'
3. 'Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.'
4. 'Pasal makcik kau ngan pakcik kau nie suka sangat kat kau, kita ikhlas...'
5. 'Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi. Ada kawan, rekemen arh skali'


Mengikut survey Mat Despatch Gathering @ Waterloo St, kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya;

1. 'Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Ditanggung beresss.'
2. 'Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Malu la kawin hantaran $10,000. Kami OKB tau!'
3. 'Brape? Gitu je?'
4. 'Dahling, amikkan chek book abang tu.. '
5. 'Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5 bijik. Tu anak bujang kita tengah parking semua kat bawah tu.'
6. 'Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta 5 bijik, 3 bijik TV LCD 50 inci, 2 tiket penerbangan ke...'


Haa... tu lah beberapa karenah orang melayu kita ni. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje.

Cukup time tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu...yg terpaksa amik personal loan la, 0% installment Bank la, atau pakai credit card.

Honeymoon pon utang.. Lepas kawin, dah balik dari honeymoon, kepala teros sewel, pikir nak bayar hutang and at the end of it, tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

So amacam geng, dah ready nak kawin?

Kalau yg dah kawin tu, ape pulak masalah dorang..

End.

ps: Tu hari aku dok sembang dgn satu ustaz. Dia beritahu aku, statistic penceraian kalangan masyarakat melayu meningkat akibat masalah kewangan dan beban hutang. Ustaz tu kater lagi, isteri-isteri sekarang terlampao demanding dan materialistic.

Cerita kahwin-kahwin


Tetiba, Nisha saper aku kat MSN. Mata aku tercelik dari lena yg diulit mimpi. Aku terkebil-kebil sambil mengesat air liur yg meleleh membasahi pipi ku yg gebu.

Nisha kater dia nak shopping beli bag. Bag raya, bag skola, bag kejer...bla...bla..blaa..

Ahh...bagus ler tuu. Beli ler banyak2 bag. Jgn terbeli bag mayat (bodybag) suahh...ekeke!

Biler cakap pasal bag nie, tiba-tiba aku teringat nak tanyer sesuatu ahh. Apasal bila org kahwin, si pengantin lelaki akan selalu kasi handbag kepada pengantin pompan sebagai hadiah hantaran perkahwinan?

Apasal tak kasi buku cerita ke, buku masak ke, mesin jahit ke, kuali ke, periok ke....bla...bla..

Musti ader perkara logik yang dapat memberi jawapan kepada pertanyaan aku ini. So, aku gie ler tanyer si Nisha...sememangnyer dia seorang yg mentel dan arif tentang perkara2 mcm nie.

"...knp orang kahwin kena kasi bag sebagai hantaran ek?"

Nisha jawab, "jd leh pukul laki dia ngan bag kalau laki dia menggatal ngan org lain"

HAHAHAH! Memang bijak si Nisha nie. Aku setuju sangat-sangat ahhh...!!! =D

So kalo korang gie majlis org kahwin lain kali, perhatikan berapa besar kah hantaran handbag dia tuu...Lagi besar handbag dia, lagi sakit kalo kena pukol, wooooo...!!! =)

ps: Selamat berpuasa dan selamat pengantin baru kepada sumer yg baru kahwin. Semunyik kan ler handbag isteri anda seblm anda nanti dipukol! Pesanan ini dibawa khas oleh Sepuloh Tin Sardin. ~ Berkhidmat utk rakyat ~ =)

I nak kahwin dgn you. Tapi you ader AIDS tak??


Sunday morning seperti biasa, kalo cuaca cerah, aku akan bangun awal dan kluar gie cari sarapan.

Sambil dok menunggu roti bakar dan teh susu panas kat kedai kopi, aku pon membelek-belek sotkabar pagi minggu tu. Ader ler satu artikel nie captured my attention.

Patutkah uji HIV sebelum nikah?
Berita Minggu, 14 Jun 2009. Pg 9
Kelolaan - Dr Jazlan Joosoph


Quote:

"Ramai yang tidak setuju atau kurang memberi sokongan kepada saranan mewajibkan ujian HIV ke atas pasangan sebelum berkahwin."

"Bayangkan sepasang bakal mempelai yang sudah lama bercinta dan sudah membuat keputusan untuk membina mahligai, tiba-tiba terpaksa membuat penilaian semula terhadap hubungan cinta mereka kerana salah seorang dikesan mepunyai jangkitan HIV..."

End quote.

Hmmm....kalo 10-20 tahun dulu, kiter tak pikir pon pasal HIV testing nie time nak kahwin. Tapi sekarang mcm dah jadi satu kemestian pulak. Apasal eh??

Few years back, Malaysia juga mengumumkan perkara yg sama sebelom pasangan bernikah. Para pasangan harus menjalani pemeriksaan HIV sebelom bole mendirikan rumahtangga. Aper yg masih aku ingat, ramai yg kurang bersetuju dgn tindakan tersebut kerana ianya seperti mengaibkan pasangan masing-masing.

Yelah, dah syok2 bercinta pastu tak bole kahwin, pasal salah sorang kena jangkit penyakit HIV-AIDS. Tak ke haru dibuatnyer? Ramai pertikaikan tindakan tersebut. Ramai tak nak amik ujian kerana takot aper yg tak diingini berlaku.

Kini, Singapura juga mengambil tindakan serupa. Musti ader sesuatu sebab mengapa ianya dilakukan.

Kuman HIV ini boleh dijangkiti melalui beberapa perkara dan the top 3 are:

1. Blood transfusion
2. Jarum suntikan dadah
3. Seks rambang

Kalo dikaji dari statistic, kes penyalahan penggunaan dadah di Singapura telah berkurangan dan terkawal lelebih lagi dikalangan masyarakat melayu setempat.

Jarang sekali kiter mendengar orang kena jangkit HIV melalui pemindahan darah kerana pihak hospital disini mengamalkan prosedure yg begitu ketat bagi menjamin setiap darah yg didermakan itu bersih dari kuman HIV.

So, aku merumuskan peningkatan pesakit AIDS terdiri dari mereka yg suka melakukan seks rambang dan bertukar-tukar pasangan.

Apasal mulot aku celupah sangat cakap mcm tu eh?

Jangan banyak colok ahh...Bukak jer mata besar-besar dan lihat ajer aper dah terjadi disekeliling kiter nie. Kegiatan seks bersepah depan-depan mata aku. Mcm takde benda gitu. Sama ader kao nak buat OR tak nak buat jer.

So kini, punca meningkatnya kegiatan seks bersepah menjadi puncanya naik statistic AIDS di Singapura.

So adakah aku bersetuju jika pasangan yg bakal mendirikan rumahtangga harus menjalani pemeriksaan HIV?

Pada mula nya aku tak setuju. Malu weiii...!! Kena gie clinic, amik contoh darah, pastu tunggu result sama ader positif atau tidak. Takut kan??

Tapi sekarang, aku dah mula berubah fikiran setelah mata aku telah dibuka dgn kebebasan seks rambang pada masa kini.

Fuhhhh....takot siakk!

Kiter tak tahu sama ader pasangan kiter dah beberapa kali buat seks sebelom nie. Dgn siapa partner dia pon kiter tak tahu. Tak kan dia nak bilang kiter kan?? Baik yg si lelaki ataupon si pompan. Dua2 terpaksa tutop keaiban masing-masing. So rahsia menjadi lebih rahsia ler.

Walopon pasangan tu bersumpah utk tidak ader rahsia diantara mereka, tapi rahsia benda2 mcm nie tak kan nak bilang kan? heheheee....(Betol tak?? Tepok dada tanyer diri sendiri ahh...)

Abes ler bakal mentua sumer dpt tahu. Malu kaum keluarga kiter nanti.

Kejujuran pon ader tahapnya. Sebelom kahwin, dia cakap " I'll accept you and all about your past." Sekali dah kena AIDS, dia cakap, "I am in this state because of your past! Why didn't you tell me, bitch / bastard!"

By that time, dah terlambat ler...

So aku setuju sangat-sangat ujian ini harus dilakukan. Kekadang susah jugak nak caya dgn pasangan kiter. Jika kau jujur, buktikan lah ujian HIV mu negative...teehehehee!

Kalo kiter tak buat salah, kiter tak perlu rasa takot dan malu. Kalo kiter sayangi pasangan kiter, harungi ler cabaran ini dgn berani dan buktikan lah setiaan dan kejujuran kiter demi kebahgiaan bersama.


ps: Bukti cinta pada masa dulu - Aku sanggup telan bara api. Bukti cinta masa sekarang - Aku sanggup jalani ujian HIV...wahahaaakakaka... (Korang jgn nak ketawa. Benda nie SERIOUS OK!)





Soul: Be My Baby (Vanessa Paradis)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB