Subscribe News Feed Subscribe Comments

Epika Bonda

Lagu ini telah kami gunakan untuk pertandingan Alunan Kasih 2 - Menyanjungi Kaum Hawa, pada tahun 2009.


Oleh kerana pihak penganjur masih takmo umumkan saper para pemenang, maka kami mengambil keputusan utk 'meng-releasekan' nyer disini sebelom lagu-lagu kami diciplak oleh orang-orang yg tak bertangungjawab!

Sempena Hari Ibu ini, kami rasa agak sesuai ler lagu ini kiter tujukan untuk semua kaum hawa yang bergelar 'ibu' diluar sana. Selamat Menyambut Hari Ibu.

Epika Bonda

Epika Bonda

Sinar mata mu
bagaikan sinar mentari
Airmata mu
bagaikan embun di waktu pagi

Jeritan batin mu
Tak siapa yang sedari
Iringan doamu
Tuhan yang mengetahui
Di hati mu

Belaian tangan mu
Memberi sentuhan yang sakti
Alunan kasih mu
Menghibur ku dikala sunyi

Hari-hari indah
Disinari suria pagi
Keindahan wajah mu
Seperti taman syurgawi
Oh Bonda ku

Bridge:
Usia mu setakat mana yang mampu
Berkati dia, hingga ke saat ini

Chorus:
Telapak suci dikakimu
Adalah syurga untuk ku
Seorang insan digelarkan
ibu yang penyayang

Dari sudut dikamar mu
Terukir seribu impian
Lahirlah aku ke dunia
Engkau ibu tersayang
Oh Bonda...


Lagu: Ayu/Adzam
Lirik: Ayu/Zuraini


Soul: Epika Bonda
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB