Subscribe News Feed Subscribe Comments

Budget Lemao!


Bedebar-debar aku tunggu budget FY2010. Of course ler, sumer orang mengharapkan budget yg memberangsangkan sempena situasi ekonomi yg semakin baik nih..

Tapi aper yg telah dibentangkan oleh menteri 'duit-duit', Mr T Shamsugaratnam, agak mengecewakan ramai rakyat jelata.

Budget kali ini lebih menumpukan kepada business dan enterprise secara keseluruhan. Ianya lebih memberi faedah kepada pengusaha dan syarikat-syarikat demi mengukuhkan ekonomi Singapura dlm jangka pendek ini (mugkin dlm 1-2 tahun).

Aper yg dapat di agihkan kepada rakyat hanyalah, tax relief, medisave top-ups dan training insentif, demi menggalakan rakyat utk terus bekerja dgn lebih terok dan dipaksa bersaing diperingkat antarabangsa.

Tak kira yg muda atau yg dah tua nak mampos, sumer dipaksa bekerja bermati-matian supaya jemaah menteri dpt duit gaji yg lebih lumayan, malahan gaji yg paling tertinggi dlm dunia.

Tapi, ade kah pendekatan itu cukup membuat rakyat berasa lega dari belenggu kesempitan hidup seharian??

Pemerintah masih kurang peka dgn masalah-masalah peningkatan taraf hidup di Singapura yg semakin tinggi dan mahal, yg menyumbang kearah ketidak stabilan kewangan rakyat yg boleh memporak-peranda kan keluarga-keluarga yg dah bermasalah.

Dgn keadaan mcm nie ler, makin ramai orang stress dan terjun flat. Tu hari ader orang terjun flat dari tingkat 7 depan block aku. Berkecai kepala otak dia!

Wak pula cerita kan aku, ader sorang tauke nie terjun dari tingkat 12 terus landing atas keter mercedes dia sendiri. Berterabuh isi perot dia!

Kat sini, orang-orang tua kena kerja sampai dia orang mati. Kalo tak kerja, lebih baik mati sudahh..
Ko tengok jer bill hospital yg semakin naik memuncak. Tapi remedi yg dikongsi hanyalah medisave-top-ups yg belom tentu cukop menampung cost rawatan yg berkali-kali ganda mahalnya.

Orang Singapura kater, kalo sakit, biar ajer terus mati. Jgn masok hospital. Kalo masok hospital kena bayar duit bill mahal. Pastu stress, sakit jantung dan tetap jugak mati!

Harga rumah yg meningkat dgn mendadak akibat pembajiran pendatang asing yg sama-sama berebut nak beli rumah. So, saper yg ader banyak duit, bole beli dgn harga yg mahal. Yg tak mampu beli rumah, bole cucok tent dan tido kat tepi laut.

Cerita orang2 yg hidop merempat takde rumah kat singapore...
http://www.mrbrown.com/blog/2010/02/nparks-officers-go-on-blitz-at-changi-beach.html

Harga bill air api naik akibat harga minyak yg meningkat justeru menaikan segala cost operasi harian. Pastu biler mintak tolong ngan MP, kena vote dia dulu. Baru dia nak tolong...tolong tulis surat ajer. Ehehe...

Transportation cost jugak naik tak agak-agak walopon khidmat pengakutan awam masih kurang bermutu. Ko naik ler MRT, aper ko rasa? Malas aku nak cakap lagii ahh...

Alaaahh...kalo aku nak ceritakan sumer, banyak lah masalah yg belom terhurai lagi.

So, pendekatan belanjawan kali ini agak lemao, bukan kerana takde cash give out, tapi tak banyak membantu golongan yg terhimpit.

Ianya lebih condong kearah reviving the economy, particularly in the business sectors, yg berharap dpt meningkatkan GDP singapura utk tahun yg akan datang, supaya nanti dorang ader modal nak bobal dabik dada sebelom election nanti...yg tengah merana skrg adalah si rakyat oiii..

Generally, there's nothing to look forward to the FY2010 budget. There's nothing much really..!

Tahun nie aku bole gerenti tak akan ader election punyer...

Kalo ler skrg buat GE, aku bole bet confirm kalah besar! Pasal ramai aku dgr tk happy dgn belanjawan tahun nie...huhu.

Apa yg merepek ke pepek pasal belanjawan tahun nie...
http://www.channelnewsasia.com/budget2010/

Takde cerita yg bole membuat rakyat tersenyum lebar...
http://www.channelnewsasia.com/budget2010/budgetspeech2010_G.pdf


ps: Tahun rimau tak bagus utk mereka yg bernaung dibawah zodiac naga. So, ko pikir ler sendiri aper maksud aku tuu...


Soul: Empire State of Mind (Jay-Z)
 
Sepuloh Tin Sardin | TNB