Teehehehehehehe~
Aku baca blog si Steph tu hari pasal oral sex! Errr...sajer jer nak tahu aper pandangan wanita terhadap oral sex...kehehehe
Oral Sex: Better to Give than to Receive
"...I’ve read so many articles that assume we prefer cunnilingus to anything else sexually, but I know I’m not the only girl who can take it or leave it. Frankly, when it comes to oral sex, I prefer to give than to receive. I can also take care of myself with my fingers or a vibe when I giving head.
It’s not that I don’t like cunnilingus – I do — but I prefer being kissed on the mouth or tits, and while having my vag eaten out can be nice for a short while, it doesn’t come close to being fingered or fucked hard..." - Stephenie
Source: Click here.
Tapi, aper pula pandangan Islam terhadap Oral Sex nie, eh? Ramai orang tanyer, aper hukum nyer Oral Sex nie? Halal ke, Haram? Bole buat ke, tak bole buat??
So, tu hari, kawan aku pon ader ler kasi email nie..so meh ler kiter menyelami dan memahami aper kah itu Oral Sex dari sudut kacamata Islam...
ORAL SEKS
Pandangan ORAL SEKS dalam Islam (boleh atau tidak?)
Soalan :
Assalamualaikum,
Saya adalah suami yang baru mendirikan rumahtangga. Masalahnya ialah isteri saya sering menolak apabila diajak melakukan oral seks. Apakah hukumnya melakukan oral seks seperti menjilat kemaluan isteri untuk menambahkan kenikmatan kepada isteri? Perlukah saya bertaubat?
Terima kasih...
(Nama dia aku rahsia kan), Ampang
----------------------------------------------------
Jawapan :
Sebelum saya memperkatakan tentang oral seks, terlebih dahulu elok kiranya saya menjelaskan kepada saudara tentang ketaatan isteri kepada suami. Islam dengan jelas mewajibkan ketaatan isteri kepada suami selagi suami tidak menyuruh kearah kemaksiatan kepada Allah...
Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan sebagai wasilah(cara) bagi manusia memenuhi fitrah nafsunya... Islam memberi kebebasan bagi suami untuk mendatangi isterinya sebagaimana yang dikehendakinya selama mana tidak melampaui batas-batas berikut...
1. Tidak mendatanginya melalui dubur...
2. Tidak mendatanginya sewakti isteri dalam haid
3. Menyetubuhinya sewaktu isteri suci daripada haid dan belum mandi junub...
Selain daripada tiga perkara diatas maka suami boleh menikmati kesemua bahagian tubuh isterinya temasuk menyentuh dan menjilat kemaluan isterinya.
(Aku: Part nie aku baca sambil tersipu-sipu malu. Pasal aku nie memang sorang yg pemalu, lagi sopan santun..huhu)
Dari sudut hukum, saudara bolehlah mengamalkan oral seks...Tetapi disana, perlu di ingatkan, sesetengah orang meninggalkannya untuk menjaga adab.
Sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj Isterinya Aishah dan begitu juga Aishah tidak pernah tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah dan juga Baginda sewaktu berjimak menutup tubuh dengan kain.
Saya berpandangan mungkin isteri saudara malu ataupun tidak tergamak kerana menjaga adab. Kalau saudara ingin juga mengamalkannya mungkin saudara perlu berbincang dari hati kehati dengan isteri saudara kerana kepuasan dalam hubungan kelamin memerlukan persefahaman daripada kedua belah pihak.
(Aku: Ingat tu, perkara nie harus dudok dan bawa berbincang. Aper yg penting kerjasama!)
Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian bahawa kemaluan lelaki megeluarkan 2 jenis cecair, air mani dan air mazi.
(Aku: Eh, 3 kan??...air kencing??)
Mani lelaki adalah suci dan ini bermakna kalau ia terkena pakaian, pakaian tersebut boleh dipakai untuk sembahyang. Air mani tidak boleh ditelan walaupun ianya suci kerana ia adalah benda-benda yang jijik yang tidak boleh dimakan.
Manakala air mazi pula jika terkena pakaian, ianya tidak boleh dibawa sembahyang kerana mazi adalah najis dan ia juga tidak boleh ditelan. Saya menyebut perkara ini kerana seks barat mengamalkan perkara ini (perempuan menelan mani dan mazi lelaki dan begitu juga sebaliknya sebaliknya).
(Aku: Fuhhh! Ustaz nie POWER dok!)
Faraj perempuan juga mengeluarkan mazi dan mani dan hukumnya adalah haram untuk ditelan. Kita perlu beristighfar kepada Allah dan mengingatiNya setiap masa sehingga waktu kita berasmara dengan isteri pun kita telah diajar cara untuk mengingatiNya.
Rasulullah telah menyebut adab-adab serta zikir untuk mengelak daripada persetubuhan dihadiri oleh syaitan. Disebut didalam hadis juga, jika kita membaca doa sewaktu jimak, zuriat yang bakal lahir akan dijaga oleh Allah dari Syaitan...
Dalam masalah ini saya bahagikan kepada dua keadaan:
1. Jika saudara menjilat kemaluan isteri (dengan syarat faraj bersih dari sebarang najis), saudara adalah berhak mengikut hukum. Tetapi kalau saudara meninggalkannya kerana menjaga adab ianya adalah lebih baik.
(Aku: Hmmmm....*sedang cuba membayangkan*)
2. Jauhi daripada menelan cecair sama ada daripada kemaluan suami ataupun isteri kerana ianya adalah benda kotor. Kalau saudara telah melakkukannya (menelan mani atau mazi) ianya dimaafkan keranab saudara tidak mengetahui hukum dan setelah diketahui perlulah ianya ditinggalkan dan melakukannya adalah berdosa.
(Aku: Ohhh...tertelan tak dosa ek?)
Dan akhirnya kejahilan tentang hukum bukanlah alasan untuk melakukan perkara haram. Oleh itu, kita dituntut untuk belajar selok belok agama dan juga hukum hakamnya.
Wallahualam.
ps: Kawan aku beritahu aku, "Doktor aku kater, oral sex tu lebih kotor dari anal sex!"- Doktor dia yg kater...bukan aku, OKEYYY!
Soul: Let's Talk About Sex (Salt 'N Pepper)